Posts

Showing posts from November, 2009

PETUA MENJADIKAN KERJAYA SEBAGAI GURU LEBIH MENYERONOKKAN

Sume ni adalah antara pengalamanku sepanjang 3 tahun berada di sekolah ni. Kalo x caya, cb try testlh praktikkan.. 1) Semua yang Guru Besar suruh & arahkan, buat je tanpa banyak alasan.... 2) Bersikap semulajadi, jangan berpura2 @ am fusana wa anfusini 3) Walau camana bengang, nyampah rs hati @ terasa hati kita kat bos kita, simpan sedikit rasa hormat kita pada diri dia kerana "Hormatilah orglain jk anda ingin d hormati:. 4) Bos biasanya suka dengan org yg berterus terang tp mesti dgn bersopan nak tegur kesilapan dia. Biasala...bos pun manusia gak, x lps dr mlakukn kesilapan...tp bos mmg nk yg terbaik utk stafnya. 5) Jangan dengar khabar2 angin... rujuk org atsn jk x pasti... 6) Buat kawanlah dengan siapa juga walau orang tu ngumpat & kutuk diri kita sana sini. 7) Kalau rasa2 geram sangat dengan mulut2 longkang, dlam meeting, waktu diberi peluang bercakap, bantai je lah tapi jangan sesekali sebut nama org yg nk dihentam tu. 8) Nak smash org2 yg berperangai huduh t

KEJAYAANKU TAHUN INI

Salam kepada sume pembaca... berikut adalah kejayaan yg telah kulakukan pada tahun ini. Bagiku, pengiktirafan tidak penting. Yang penting adalah, aku telah berjaya melakukannya. Sesungguhnya kejayaan2 ini membuatkan aku lebih bersemangat waja utk mara ke tahun hadapan. 1) Mengemaskini & menguruskan perpustakaan sekolah dengan lebih sistematik. Pustakawan suka dengan caraku yg selalu berjumpa mereka. Kata mereka " x macam thn2 lps perpustakaan skrg ni". Ada guru yang berkata "Kerja2 yg kak lakukan kemas& teratur". Alhamdulillah... Idea banyak ku dapat dari suamiku yg juga merupakan Ketua Pelajar di Kolej dl & juga kebetulan kami sm2 prnh jadi librarian. 2) Melatih tahun 6 & tahn 4 Sajak & Syair d hr Israk Mi'raj peringkat Sekolah. 3) Melatih Ketua Pengawas, Ahmad Izman b. Ahmad Radzi bacaan Doa pembuka Majlis Jamuan Meraikan Pengawas, Pustakawan & Murid2 Tahun 6, 2009. 4) Melatih Pustakawan sesi pagi Tahun 3 & 4,lakonan & nas

RAHSIA DI DALAM AIS

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan be

JUBAH UNTUK IBU

Cerpen sikit.ade mase bc la weii..nak ngs woooo UntukmuIbu “Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba La kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak da

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN (Untuk peringatan diri sendiri)

Selimut Putih (Lagu asal nyanyian "Orkes El Suraya" dari Medan ) Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan Seluruh tubuh akan menggigil Terbujur badan dan kedinginan Tiada lagi gunanya harta Kawan karib sanak saudara Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita Janganlah mahu disanjung - sanjung Engkau digelar manusia agung Sedarlah diri tahu diuntung Sebelum masa keranda diusung Datang masanya insaflah diri Selimut putih pembalut badan Tinggal semua yang dikasihi Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Petua 8P Siti Nur Bahyah

1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Biar pun di mata kita nilai yang dilakukan oleh pasangan kita terlalu kecil namun jika dia telah berbuat sesuatu kenapa tidak kita hargainya sedangkan dia menerima kita sebagai pasangan hidupnya. Tanpa pujian, motivasi diri pasangan mungkin menurun dan sangatlah malangnya kita andai dia tiba-tiba tak melakukan sesuatu buat kita lantaran kita tidak menghargai usahanya...Ala, puji sikit, tak luak pun kan?? 2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu pelukmemeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Bak kata Dr Fadhilah kalau kita peluk 5 saat je pun dah boleh memanjangkan sikit umur kan? Ye ke tak bukan persoalannya. Yang perlu kita fikir adelah dia telah dihalalkan buat kita maka apa perlu kita fikir lagi?? 3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah