PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

REZQI

Tiba2 malam ini, rasa nak menjengah blog yang dah agak lama tak ku jengah....So, rerasanya, nak menulislah sikit...sikit je....xpanjang...

Malam ni, nak cerita bab rezqi. Rezqi datang & pergi tanpa disangka & tanpa diundang. Ada yang dapat cepat,ada yang dapat lambat....Rezqi ni sebenarnya, diberikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk&suasana....Kadangkala dalam bentuk wang ringgit,harta benda,kemewahan,anak2,pangkat,makanan dan sebagainyalah lagi....Sebagai contoh la kan....(ambil contoh diri sendirilah,xkan nak ambil contoh org lain...:)) sepanjang hidup aku....banyak impian yg ku impikan....tetapi, semakin meningkatnya umurku, semakin kuranglah impianku...sebab,ku impikan suami yang mengikut citarasaku, dh dapat..(he3....Alhamdulillah....)impikan anak2 yg comel2,pun dh dapat...bersyukur kepada Allah yg memberikan rezqi...

Dalam diam xdiam, sudah hampir 5 tahun ak bekerja dengan JAWI... pada tahun inilah baru ak mendapat 2 rezqi yg xkusangka-sangka sekali. Korang nk tahu apa? Xnak tahu pown, ak nak kasitau gak...sbb,blog ini,aku yg punya....bukan Ahmad Albab yang punya...(he3....,wat lawak lak ak ni...)

Rezqi itu ialah:
Pertama, kereta....me...mg ak xsgka samasekali ak dapat memiliki sebuah kereta....walaupun hanya MYVI sahaja....xpelah....at least,dapat gak aku berbakti kepada anak2 & suamiku bawa ke sn cni&memudahkan urusan kerjaku.
Kedua, dapat masuk Universiti....hah, yg ni pown,la....gi ak xsangka....tapi,suatu yg amat mengujakan aku. Universiti yg ku idam2kan,akhirnya dapat juga aku melangkah kaki ke dalamnya utk belajar walaupun diusia yg sebegini.

Mungkin bagi pembaca, perkara ini biasa2 je,tapi bagi aku, inilah kejayaan luarbiasa aku selain dari anugerah RPH cemerlang 3tahun berturut2 yang diberikan oleh sekolahku sepanjang anugerah itu di wujudkan. Bukan nak berbangga, cuma berkongsi rasa gembira semata-mata....

Inilah yang kukatakan rezqi....tapi bagiku, semua itu adalah rezqi anak-anak....aku hanya menumpang semata, hanya utk membahagiakan mereka...Namun demikian,keperitan tetap dirasai...almaklumlakan,dgn nk bayar pengasuh,bayar kereta lagi dan lain2 kos sara hidup yg semakin meningkat,xpernah-pernah turun. Aku rasa,keperitan ini,dirasai oleh semua org....bukan aku sorang sahaja....Jadi...Kesimpulannya,kesabaran itu perlu walau siapa&di mana pun kita berada. Hanya kesabaran sahajalah yg dapat membuahkan hasil yang amat manis dipenghujungnya...."Bukan senang nak senang,tapi tidak susah nak susah kerana kesenangan itu tidak datang bergolek tanpa usaha yang tidak mengenal erti jemu....".

Akhir kata,"Ambillah i'tibar dari apa yang disampaikan,bukan melihat siapakah si penyampai"

Wassalam...Adios Amigos,مع السلامة jumpa lagi di lain waktu&ketika....
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *