PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

APA AKU BUAT MINGGU NI EK?

ISNIN (19/12/2011) 
Sebelum keluar, bagi makan dulu...Mohammed Akmal ngan puteri sulungku, Nur Adilah than hantar Akmal ke rumah pengasuh. Dengan bas ke Taman Melawati utk print, binding buku Sains Fizikal dalam Kehidupan. Terus buat cop nama aku, utk aku gunakan mencecopnya kelak di atas report card pelajar2 aku.... Kemudian, ke bank amik gaji....biasa la kan....hidup memerlukan duit.... Seterusnya. bawa Nur Adilah ronda-ronda sekitar Giant Taman Permata tujuan, membeli kasut sekolahnya. Bila dah sampai Giant...x jumpa kasut yg berkenan di hati...lantas, aku pun buat la cermin mata aku....O ya, jumpa kasut Nur Adilah di kedai Bata. Dah penat kan, so, gi Pizza, beli n pergi sekolah ambil buku-buku untuk bahan rujukan assignment Aqidah Islamiah. Borak-borak n makan2 ngan member ofis sekejap, balik.... O ya, sebelum tu, ada kawan datang ambil borang tender kantin....Sampai rumah, biasala kan.... terus lah ke dapur....


SELASA (20/12/2011) 
Macam semalam gak, lepas hantar Akmal ke rumah pengasuh maka aku pun memulakan langkahku dengan lafaz بسم الله توكلت على الله aku pergi Balai Polis Jalan Bandar, dengan Nur Adilah untuk membayar kompaun RM300.OO direct di kaunter. Senang, terus dapat resit masa tu juga. Malas nak jumpa sarjan yang bagi surat kompaun tu. Biasala...polis... Kemudian, bawa Nur Adilah jalan-jalan di Central Market. Saje je....dah lama x ke sana. Kemudian terus ke Jusco AU2, cari kasut sukan Adilah (semalam xde di Giant & sekitarnya) jumpalah....terus ke pasarayanya membeli belah keperluan rumah. Sampai rumah dah maghrib....En. Usben pun dah balik....siap2 apa yang patut...seperti biasa la kan...membereskan kerja2 rumah pula...


RABU (21/12/2011)
Migrain n sakit dada kiri (maybe kesan eksiden haritu) so, berehat aje la di rumah....petang sikit baru ok, sambung lagi, wat kerja-kerja rumah macam biasa la kan....

KHAMIS (22/12/2011)
Sakit bahu kiri pulak... x kemana gak la kan...breakfast utk Akmal n Adilah siapkan gak la kan...(2 orang anak lagi, suami dh hanta ke rumah pengasuh, macam biasa) tengahari sikit dah ok, lipat kain baju n basuh pinggan mangkuk sementara menanti suami pulang. Malam, anak-anak dah tidur, siapkan assignment Aqidah Islamiah. Alhamdulillah....siap juga akhirnya....


JUMAAT (23/12/2011)
Dada kiri still sakit lagi, so mmg xkemana gak la kan....wat breakfast mcm biasa than makan ubat, berehat. Pukul 3 bangun sambung melipat kain baju, membasuh pinggan mangkuk n memasak nasi serta merebus brokoli n kacang buncis. Seperti biasa, jam 5 lebih, siapkan air teh panas... b4 tu, goreng keropok... Than g amik 2 orang anak (Nur Fatihah n Siti Nazihah) kat rumah pengasuh. Letak dulu dorg kat umah....Kakaknya ada... Oleh kerana Akmal nak tiket talifon...(hehehe...prepaid tu la..., kebetulan prepaid udah habis. Dah aku gores, dia ambil lah wat main...) maka aku pun mmbawanya ke kedai....langsungla membeli telur n roti yg dah habis di rumah.... Malam, tidurkan anak aku tertidur sama, pukul 10 terjaga, sampaila sekarang,x tidur2 lagi....hajat di hati nak menyiapkan power point Assignment subjek Al-Quran Wa Hifzuh. Xtaula boleh siap pukul berapa...


SABTU (24/11/2011)
Sekarang dah 3:58 pagi So, Nanti aku sambung yea ceritanya....sbb aku nak sambung wat Assignment da...

Wassalam...(mood mata dah sakit n kepala dah bengal utk tidur...)
 
SAMBUNGANNYA.....
Sabtu (24/12/2012)
Hari ni ada org dtg pinjam duit. Oleh kerana kesian, maka aku pun bagi je la dia pinjam...sampai pukul 8 malam dok termenung sana, termenung sini kat rumah aku. Dlm hati aku "bila la dia ni nak balik, aku nk mengemas pinggan mangkuk pun payah, nak solat pun xboleh dia dok ada lagi" Nak halau xsampai hati...Hari2 mesej ganggu aku nk pinjam duit, sampai aku tensen. Ni kali ke 2 dia pinjam duit aku. Halal je la...kalo dh xdek rzqi aku...
 


SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *