31 December 2012

BELAJAR BUAT HEADER SENDIRI


Nak gak tachap2 blog diwaktu senggang ni... haha...
Header baru saya... huhu... tak pandai tapi try & error dari onlinelogomaker
Tak reti-reti la nak centre kan....
Ada masa nanti, nak adjust2 lagi la kowt...

Sila komen... tqvm :)

29 December 2012

Blog Review by Cik Nani Noraini


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ



Jumpa segmen ni dari blogger Muja. Hehe... Saya sangat-sangat suka dengan segmen berbentuk Review ni... Pantang terjumpa segmen macam ni, memang tak buang masa, In Shaa Allah saya joint. Apa lagi... jom joint... Tarikh tutupnya pada 31/12/2012. Ada lagi masa tu... :)

Walau tak diminta tapi rerasanya nak tag 2 orang ni la 
http://ctss-siti.blogspot.com/ & http://chepahilahussein.blogspot.com/

Psss... lepas kena review ngan Muja semalam kan, sampai termimpi-mimpi... akak buat entri bertajuk "Under maintainance" haha... punyala excitednya nak baik pulih blog sampai termimpi-mimpi bagai... :) Lucu-lucu...

ADA ORANG NAK CURI MASUK AKAUN EMAIL SAYA

Assalamu'alaikum

Tadi buka email untuk emailkan slide presentation kepada rakan group, tiba-tiba nampak email di bawah ni. Memang kurang ajar lah ni... Hackers ni dari New York, USA IP Address : 64.152.25.155 pukul 7.30 waktu sana. Memang melampau... Dek kerana itu, terpaksa la tukar password...


Ada sesiapa yang tahu langkah-langkah lain supaya penceroboh macamni tak boleh hack email kita?

Contest: Top Referer Get RM100 TopUp!


As-Salam

Selalu sangat lepas buat entri, baru terjumpa G.A la, segmen la n contest la. Join je la... Mana tau kan... ada rezeki, dapat topup free... :) Jimat duit... Duit yang ada, boleh buat belanja anak-anak mamam... 


Terima kasih tuan contest :)



[STICKY] BLOGLIST BLOGGER BAHARU 2013 | SEGMEN TAMBAH FOLLOWER !


As-salam




Follower saya baru ada 138 setakat 2.25 pagi pada 29/12/2012. Memanglah kurang dari 1000 orang. Jadi rasa dihati bagai nak menambahkan lagi jumlahnya tu. Terjumpa segmen ni dari blog en. Isam Ismail. Pada pendapat saya lah kan... bloglist dan follower adalah sama penting. Dimana, follower adalah untuk melihat sejauhmana sesebuah blog itu punya pembaca atau tidak. Manakala, bloglist bertujuan untuk menjelajah blog-blog oranglain terutamanya follower blog kita atau disaat kebuntuan mendapatkan idea untuk mencipta sebuah entri. Sebagai contoh, saya suka membaca ataupun menziarahi blog lain untuk mempelajari sesuatu daripada blogger di dalam bloglist saya. Bloglist seperti banner di atas selain dapat meramaikan lagi rakan-rakan dalam dunia blog, ia amat berfaedah untuk blogger baru seperti saya. 


Segmen ini akan berakhir pada 30 disember..sudah siap tinggalkan komen di  ruangan penganjur. Terima kasih penganjur segmen :)

27 December 2012

Ibu sayang kamu semua...

Mood sedih menyelubungi diri tika membaca blog En. Fendi

Entri bertajuk "...Ibu..Mengapa Saya Nampak Pelangi?"

Terkesima dan terkedu ku seketika
Lantas ku pandang wajah anak-anakku seorang demi seorang...
Adakah kasih sayangku untuk mereka semakin berkurang?
Mood untuk membuat entri ceria terbengkalai seketika...
Sedih kurasa...
Aduhai diri... 
Bersabarlah wahai hati...
Sesungguhnya ku sering leka
Menghitung kerja apatah lagi mengejar date line tugasan2ku semata...
Ampunilah daku
Kasihanilah anak-anakku
Juga suamiku
Sesungguhnya merekalah segalanya bagiku 
Dalam menghitung hari, mencari kekuatan diri...
Juga membentuk hati...


Ibu sayang kamu semua...

Nota : Sayangilah dan hargailah siapa sahaja yang ada disisi kita walau siapa pun mereka...
Kerana, menyesal dikemudian hari memang tidak berguna

26 December 2012

Giveaway Mialiana.com


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Yeay.... Mia buat G.A... memang akak tunggu ni... :)


Akak paling suka (yang lain-lain suka juga tau...) entri Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com di Mialiana.com kerana follower akak bertambah dari bermulanya joint Segmen ini. Boleh lihat di SINI bagaimana terkial-kialnya akak belajar menyertai segmen... hehe... Berkat kesabaran Mia mengajar akak, akhirnya berjaya juga akak menyertai first segmen dalam blog akak ni. Memang melucukan :) Selalu bila flash back balik memang akak akan

Smile... Smile... Smile...
kerana rasa lucunya, nak juga-juga joint segmen tu walau terkial-kial. he...

Dihati ini nak sangat tag blogger hebat di bawah ni....
  1. Nick Nashram
  2. Miz Ruha
  3. Ciklaili

24 December 2012

KENAPA PILIH KERJAYA GURU?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.

Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.

Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?

Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.

Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru. 

Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...

Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat...
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga, 
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi  manusia yang berguna. 
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka. 
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya. 
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa. 
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa 
dan terkadang menulis entah apa-apa....

Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya? 

Bloglist Miz Ruha | 2013

As Salam...
Sesibuk manapun dengan assignment dan sebagainya lagi...
Pantang jumpa dengan segmen2 atau GA yg mudah diri ni nak joint. Sukanya hati....
Tersangatlah senang nak joint segmen Mizz Ruha ni... 



Kebetulan duenya lambat lagi... joint aje le...apa lagi... 
Mana lah tahu kan...
Untung-untung ada manfaat untuk masa akan datang bagi blogger baru tak baru macam aku ni...

Terima kasih Mizz Ruha... :)

Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani

Joint segmen yang dijemput oleh owner segmen Cik Nurfara hani


terima kasih ya sudi jemput akak :)

sebulan je ke dik dok dlm bloglist adik? hehe...

Fivers Hijabis Giveaway by MV

Assalam


Dah pagi tetiba plak ternampak GA ni kat blog Muja. Tak taulah kenapa dan mengapa nak pulak hati ni joint GA ni... Takmolah pk panjang2... Sila baca

Kenapa dan mengapa GA ni diberi nama Fivers Hijabis Giveaway by MV? Nama Fivers diberikan kerana GA ini mempunyai 5 syarat yg perlu dipatuhi. Nama Hijabis pula bersempena dengan hadiah GA ni sendiri. Sila lihat bahagian senarai hadiah, kebanyakan hadiah yg ditawarkan ialah tudung. Sebab itulah, terhasil Fivers Hijabis Giveaway by MV.

Nak joint? Silalah klik je banner bulat kuning kat bawah ni ya :)


Syarat-syarat :-
  • Wajib Follow blog Mrs Violet (SINI
  • Follow twitter (SINI) *wajib bagi yg ada twitter*
  • Buat entry bertajuk "Fivers Hijabis Giveaway by MV" , letak banner dan link kan ke entry ni.
  • Tag sekurang-kurangnya 2 orang rakan blogger *pastikan mereka tahu*
  • Hantar link entry di comment box di bawah entry ni .
Nak Tag mereka berdua ni >> amalinalee & SM

Dah siap dah...

Note : Nak buat header blog, tak menjadi2...

23 December 2012

TENTANG SEO

As salam...
Dalam kesibukan belajar dan membuat assignment... Sempat lagi... Dalam kelas Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi ni, belajar bab infrastruktur internet & domain, aku google tentang SEO... kLIK banner di bawah ni untuk ke blogr.my yang menerangkan tentang SEO.


Ni, aku copy untuk aku meneruskan pembacaan aku balik dari kelas nanti. Aku dah follow blog tu.

SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet. Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'ebook' di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas. 

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO
White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian. 
Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian. 
Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut. 

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain. Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain. Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini. 

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain. Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain. 

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain. 

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet. Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi. 

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip perkataan 'download percuma' di laman web Google, alamat laman web http://downloadpelbagai.blogspot.com akan berada disenarai ke dua selepasgempak.org .




TAKDE ENTRI LAGI...

BZ SIAPKAN ASSIGNMENT JE NI... 


due dah makin hampir dah ni...
Header memang tak sempat menyempat nak di edit-editkan lagi...
Apatahlagi nak mengemaskini blog yang nampak macam serabut je dah ni....
Tunggulah nanti-nanti...
Bila free, pasti ku tachap blogku lagi...
Komen sendiri kat entri sendiri yang titlenya takde entri lagi, 
tapi bl belek2 balik. Jadi la tu... haha jadi dah entri... walau yg ntah hape2 ntah le ni...

Nota : Maaf ya semua pembaca yang ku sayangi...


22 December 2012

Segmen Sabtu By Emas Putih

Masih mood nak joint segmen di hari sabtu ni sebelum ke kelas sambil-sambilan menyiapkan assignment. hehe...


siap dah klik2 semua ikut arahan :) Sape nak joint, klik je banner di atas tu. Mudah & senang je :)
Thanks a lot kpd tuanpunya segmen :)

Nota : Srategy mesti ada dalam membina apa sahaja rangkaian. 

SEGMEN: MEH AKU REVIEW BLOG KORANG

Ini kali pertama akak nak joint segmen adik cantik manis ni buat. Haritu akak dah joint G.A nya. Berbaloi.... memang berbaloi-baloi... hehe...

Nurmujahidah

tarikh berakhir 25 Disember 2012, pukul 2.30 petang (tak berapa hari je lagi...)

Psss... Jangan lepaskan peluang yang ada. Rebutlah peluang ketika mendapat peluang

RUGI KAH JADI BLOGGER YANG MESRA?


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Mood nak siapkan assignment setelah tidur awal... Selepas kemaskini fail subjek esok, Teknologi Pengajaran & Pembelajaran. buka blog dulu... Mata tertumpu di ruangan komen "Awaiting moderation", "Do follow me, I'll follow you back" dari satu segmen yang pernahku joint satu masa duluAku nak follow ke orang yang komen begini? Tanpa buang masa, terus tekan button tong sampah

Itu namanya memaksa dan tidak ikhlas.  Memang tak suka jika orang tulis komen macamtu. Maaflah ya... baik tak payah follow atau komen...

Bukan nak sombong tapi... Terus terang tak suka benar dengan pendekatan sedemikian. Tak mesra blogger langsung... RUGIKAH JADI BLOGGER YANG MESRA?

Sewajarnya sebagai seorang blogger gunakanlah ayat yang mesra. Jadikan budaya bersopan walau di mana berada. Walau followers AKA rakan blog atau apa sahaja yang digelar kepada mereka yang joint blog kita. Usah memaksa dan usah kerana terpaksa, baik menulis mahupun menjadi pengikut sesebuah blog. 

BLOGGER YANG MESRA
SUMBER DARI ENCIK GOOGLE

Ku tidak famous yang penting, dapat meneruskan penulisan. Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi followers AKA rakan blogku ini. Tanpa anda semua, siapalah diriku ini.... 

Maaf, hanya sekadar meluah rasa :)

Psss... saya suka follow blog blogger yang tak ramai followers sebab saya pernah sedemikian, bila orang mula follow blog saya masa baru-baru jadi blogger dulu, than bila tengok ada orang komen pada entri, semangat untuk menulis semakin bertambah :)

20 December 2012

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ?

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME  ATAU PJJ?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

 KISAH GURU, PANDUAN, PENGALAMAN, cara menguruskan masa sebagai pelajar sambilan, pelajar Pengajian Jarak Jauh, Part time study, SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ?, bagaimana boleh menjadi student PJJ di UTM, Universiti idaman, Universiti Teknologi Malaysia, Diploma Pendidikan, Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Diploma Komputer & Pengurusan, College University of Information Technology COSMOPOINT, list down, pengurusan masa, happy sewaktu belajar, classmate semua otak gila-gila, bijak manage masa, cara blogger sambilan yang dah bekeluarga macam aku bersosial dan belajar
Permintaan rakan blogger untuk saya kongsikan pengalaman sebagai student part time.
Rentetan dari perkongsian tentang part time study dalam entri Miss Zahirah, terasa nak berkongsi pengalaman  bagaimana boleh menjadi student PJJ di Universiti Teknologi Malaysia hingga sekarang ni.

Sebenarnya, UTM merupakan Universiti idamanku dari kecil lagi. Memang tak sangka dapat juga menjejakkan kaki untuk belajar di sini. Kebetulan pula pihak Jabatan telah mengarahkan supaya guru yang belum mempunyai Diploma Pendidikan supaya mengambilnya, maka tahun 2011 termetrailah sudah diri ini sebagai Mahasiswa PJJ dalam bidang Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) walaupun sudah memiliki Diploma Komputer & Pengurusan dari College University of Information Technology COSMOPOINT terlebih dahulu sebelum menjadi guru. Kiranya, membuat keputusan belajar ni, atas arahan Jabatan lah kiranya...  Demi masa depan, sekurang-kurangnya, dapat juga menambahkan ilmu. Redah je... hehe... Diam tak diam, semester ni sudah semester ke 5. Tinggal lagi 2 semester sahaja lagi... Ada rezqi, In Shaa Allah sambung lagi ke peringkat tertinggi :)

Menjadi pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atau Part time study ni tak susah, senang je sebenarnya. Cuma kena pandai bahagi masa. Selalunya list down samaada melalui facebook atau di akhir entri blog takpun di dalam diary management, apa yang perlu dibuat untuk esok hari, amat membantu dalam pengurusan masa ni. Kerana telah berumahtangga, suamilah yang sudah tentunya banyak memberi sokongan & dorongan. Waktu sibuk belajar  ni, suami memang banyak memberi sokongan padu buatku. Contohnya, sewaktu ke kelas untuk belajar, suami lah yang akan uruskan anak-anak yang berumur 8, 5, 4 & 2 tahun (22/2/2015, 10, 8, 7, 6 & 2 tahun). Terima kasih tak terhingga buat suami tersayang :)

Waktu dalam kelas, memang waktu yang amat menyeronokkan sebab : classmate semua otak gila-gila. haha... Memang release tension. Kesakitan dan kepenatan yang ada pun hilang sebab selalu gelak-gelak masa sedang belajar, ditambah pula dengan pensyarah-pensyarah yang suka buat kelakar waktu mengajar. Tak kering gusi dibuatnya walau ada juga pensyarah yang strict kami tetap happy sewaktu belajar. 

Ada masalah? Ada... tapi semua dapat diselesaikan jika bijak menguruskannya.
  1. Penat. Memang penat... sbb mana nak handle waktu kalutnya nk siapkan assignment, mana nak handle anak-anak dan mana lagi nak handle kerja sebagai guru. Pasti ada salah 1 yg terlewat disiapkan ataupun terlupa nak siapkan takpun, keciciran.  Mana nak blogging lagi... hehe... Tu sendiri kena manage tau... Sebab itu,  pentingnya pengurusan masa yang bijak... :) 
  2. Waktu nak siapkan assignment, berebut komputer dengan anak-anak dan sering tidak cukup tidur adalah perkara biasa. Sebab tu buat assignment kena pandai set masa. Masa bila siapkan assignment? Biasanya, waktu anak-anak leka dengan mainan mereka ataupun waktu mereka sedang leka menonton tv takpun, masa mereka semua sudah tidur. Tapi, selalunya buat assignment tak kira masa pun... main redah je... Kerja kalau ditangguh, semakin banyak. Jadi, siapkan yang mana satu dulu bergantung pada keperluan dan jangan lupa... rujuk list down yang telah dibuat :)
  3. Terkadang tu, masalah bila buat tugasan berkumpulan. Cari isi bersama, bahagian slide power point, memang kerjaku. Kalo ahli group hantar isi kepada editor lambat, lambatlah siapkan slide. Pernah dalam masa 3 hari menyiapkan slide yang 39 40 page (sikit je tu...) sebab lambat dapat isi. Tapi, kalo dah jadi student part time ni... alah tegal dek biasa dah... Kebetulan aku memang minat bab2 grafik ni... selalu slide presentation yang ku buat, mmg lecturer salute dan puji kaw2... punya... (takde la nak bangga... cuma nak cerita je... Maaf ye...)
Ada masa ke dengan keluarga ataupun nak bersosial dan bersantai?
Bab ni juga kena pandai uruskan. Contoh :
  1. Macam hari ni, sempat juga bersama suami dan anak-anak ke Aquaria dan ronda-ronda di KLCC sampai letih dan tak larat dah nak berjalan. 
  2. Kenduri-kendara pun sempat juga pergi. Takmo kena sindir atau dibebel oleh pensyarah (yang mana strict la), pergi ke kenduri awal dari kebiasaan.
  3. Membeli belah pakaian sekolah anak-anak pun dah siap... 
  4. Nak pergi ke oversea atau melancong? Boleh je... Baru-baru ni, kawanku yang juga dah bersuami tapi belum punya anak, baru balik dari China. Boleh pun... Cumanya, agak-agakla kan... jikalau macam aku ni, anak-anak kecil-kecil lagi... kalau rasa payah.... jalan-jalan dipersekitaran berhampiran pun, boleh juga... 2 orang yang kecil tu, tinggalkan sekejap di rumah pengasuh. Janji dapat quality time macam dalam entri yang pernah ku buat ni.
  5. Nak jumpa kawan-kawan pun boleh... Jumpalah waktu lunch hour hari bekerja. Takpun, berhubung dengan lain-lain cara. Fb ke, twitter ke dan lain-lain laman sosial pun boleh juga....
  6. Yang paling best... sempat lagi berblogging... 
Bila masa baca buku untuk exam?
Bila-bila masa yang terluang. Selalunya dekat-dekat nak exam baru baca buku sebab baca awal-awal selalu terlupa. Selalunya juga, study group last minute juga banyak membantu waktu nak exam. Selalu jugakla esok nak exam malam ni baru buat nota ringkas yang cuma diringkaskan ayatnya sahaja. Maklumla, aku ni memang tak pandai buat nota ringkas.... Tapi ada gak rakan sekuliah yang ambil nota tu untuk buat rujukan. Bolehlah kan... Dari tak study langsung.... Hehe....

Biasanya pensyarah tidak kedekut bagi markah lulus kepada pelajar part time tapi, atas daya usaha pelajar jugakla kan... Sesungguhnya belajar sambil bekerja apatah lagi jika dah bekeluarga, lebih mudah lulus daripada masa dulu-dulu. Sebab dulu masa belajar, tak berapa matang lagi....

SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? Tak susah jika kita bijak manage masa. Inilah cara blogger sambilan yang dah bekeluarga macam aku bersosial dan belajar... Sekian, terima kasih kerana sudi membaca kisah SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME / PJJ? dan  jangan lupa komen tau.... :)
Nota : LIFE IS EASY, WHEN YOU MAKE IT EASY.... :)

19 December 2012

BLOGGING MEMANG BEST!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Sebab terlampau best, 2 entri kusiapkan hari ni.

Balik dari kerja berceloteh dalam entri INI. Kali ini tentang entri seperti tajuk di atas pula.

3 sebab utama blogging memang best
  1. Banyak ilmu saya boleh dapat dari dunia blog
  2. Saya boleh tulis apa sahaja, mengikut citarasa saya asalkan tidak mengaibkan atau mengganggu dan menggugat jiwa sesiapa
  3. Saya boleh blogwalking hingga ke dunia antarabangsa disamping mempunyai ramai kenalan di kalangan blogger.
Walau pernah buat entri bertajuk KENAPA PILIH BLOG? Tetap ingin berkongsi lagi tentang betapa bestnya... blogging :)


Psss... macam tak best je takde shoutbox dalam blog ni. Dah cuba sehari tanpanya. Tak boleh la... 

Segmen : blogger muslimah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

As a muslimah blogger, come and join me in this segment. ^_^
Tag : Adik Shiqin & adik Fuza



BERAPA NILAI BLOG ANDA?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Bagi saya, tiada dalam hidup saya hari tanpa sepatah kata. Kerana saya memang suka nak berkata-kata juga melalui tulisan saya. haha... (gelak dulu...)

Berblogwalking semalam terjumpa tentang entri apa harga blog anda di entri en. nicknashram. Lantas teringat pernah saya mendapat sebuah email dari siapa ntah la. Lama dah email tu... Kebetulan email tu dah corrupt tak boleh buka, tak dapatla nak tunjuk bukti. Antara isi email tu ialah, beliau berminat untuk membeli blog saya. Masa tu tak terfikir langsung blog ini boleh menjadikan seseorang itu dikenali dimata dunia. Tak tahu pun dari blogging boleh menjana income. Tak tahu pun blog adalah segalanya bagi seorang blogger. Tak kiralah blogger itu blogger sepenuh masa atau separuh masa. Memang tak ambil port langsung tentang email tu... Kebetulan pula masa tu sedang kecoh tentang penipuan dari laman internet. Lagi la tak hirau langsung...

Bila baca entri en. Nick teringin juga la nak tahu bernilaikah blog saya ni. Lantas, saya pun klik di laman web ni bizinformation. Hasilnya, seperti yang anda lihat di bawah.


Bermakna, blog saya ada juga nilainya ya? Bukan tidak bernilai. Cuma amountnya taklah sehebat seperti blog lain-lain blogger... Amount yang tertera di atas itu bagi saya, bolehla .... dibuat untuk membayar yuran UTM saya. Tapi perlu tambah sikit dengan duit gaji la... Biasalah kan... dunia masa kini, mana ada apa pun yang percuma dan murah-murah belaka... 

Persoalannya, mahukah saya menjual blog yang amat berharga buat diri saya ini walaupun blog saya ini tidak sehebat blog orang lain yang sememangnya hebat. Jawapannya mudah sangat iaitu TIDAK samasekali. Kenapa? Kerana blog saya adalah medium untuk saya menulis, membaca dan berkongsi pendapat melalui cara saya tersendiri tanpa perlu meniru mana-mana idea oranglain tetapi dari blogwalking ke blog oranglain, selalu juga saya mendapat idea untuk menulis AKA mengomel :) Rugi wo.... Penat-penat menulis, nak jual. Takmo3.... hehe... 

So, berapa pula nilai blog anda? Mestilah lebih hebat dari nilai blog ini kan? :)

Nota : 
Satu hari dulu, sedih bila rakan blog AKA followers  tak ramai. Tapi sekarang dah tak kisah sebab "Janji dapat menulis".  Dan ada yang sudi membaca. Lagi seronok jika entri dikomen. Followers ramai pun tapi entri takde orang nak baca atau komen, pun tak syok juga. Sebab kadang-kadang tu... orang just follow sebab ikut arahan GA /Segmen. Terkadang, orang tak follow pun... Pengalaman...

Apapun, saya amat-amat berterimakasih kepada followers yang sudi follow blog saya dan sudi komen entri saya. Tanpa anda semua, tak mungkin blog saya akan terus bertapak hingga ke hari ini walau tak hebat seperti blog blogger yang lain :)


Akhir sekali, usah berputus asa sebagai blogger kerana apa yang telah terjadi dan akan terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri.

18 December 2012

DOMAIN mana lebih baik? Perlukah HOSTING?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Sambil menyiapkan assignment, mencari-cari juga hal ehwal domain, terjumpa blog Jutawan Internet terkenal. Di sini saya ingin berkongsi pendapat dari pembacaan saya tentang domain dari blogger hebat Irfan Khairi. Entri beliau bertajuk 

Domain name perniagaan .com.my lebih baik


Mengapa domain name .my, .com.my, .net.my, .org.my dan domain name tempatan yang lain adalah lebih baik?
Satu sebab yang amat penting adalah domain name tempatan seperti di atas akan mendapat tempat yang lebih baik di enjin pencari apabila seseorang melakukan carian tempatan.
Kini, enjin pencari seperti Google mempunyai pilihan kepada pengguna untuk melakukan carian internasional atau carian tempatan. Bagi mereka yang menggunakan domain name tempatan seperti .my, .com.my, .net.my, .org.my akan mendapat kelebihan promosi percuma ini.
Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet tempatan, atau baru hendak memulakan web presence anda, pastikan anda mendapatkan domain name berakhir .my untuk mendapat kelebihan di enjin pencari. Domain name .my boleh didapati di .my Registry


Ini pula dipetik dari forum mesra.net

1. ".com tu lebih universal..kalau .com.my tu lebih kepada negara...jika datang dari malaysia sebaik baiknya guna .com.my sebab org akan kenal website tu dari malaysia dan .com.my ni lebih profesional memandangkan prosuder untuk mendapatkannya bukan semudah .com yang boleh di beli dengan mudah...."

2. "jika anda mempunyai syarikat yang berdaftar, anda bolehlah mendapatkan domain .com.my seperti yang diberitahu sebelum ini. mempunyai domain .my ni ada beberapa kelebihan. contohnya:

  1. customer/potential cust lebih percaya kepada syarikat kita, berbanding domain .com sahaja. ini kerana seperti yang kita tahu, untuk mendaftarkan domain .my kita perlu mempunyai syarikat yang berdaftar dan juga perlu menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat sebelum domain kita didaftarkan berbanding domain seperti .com, .net, .org dan lain lain.
  2. imej korporat dan imej malaysia. sesebuah website yang mempunyai domain .my, .sg, dan lain lain menampakkan ciri ciri korporat sesebuah syarikat tersebut. secara automatik, pelawat akan tahu, website ini adalah dari sebuah syarikat yang berdaftar di malaysia. boleh menonjolkan ciri malaysia juga.
berkenaan beza domain dan hosting. selalunya bila kita beli domain, kita akan beli dengan hosting, melainkan kita host server sendiri. tentang harga, kene check dgn hosting provider."

Harap memberi manfaat.
psss... sejak guna domain .my ni percambahan viewer makin meningkat. Alhamdulillah... :)


Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?