26 January 2012

JALAN-JALAN, CARI BUKU...(SILA ULANG 3 KALI YA...)


Salam... 
Dah dinihari....mata tidak boleh lena...Tiba2 rasa nak menaip diblog menyala2....Maka tanpa on9 fb, aku pun memulakan menaip....dari jam 12.40 tghmlm. Tadi print slip gaji bulan Januari dulu.
hArI iNi kan...pagi setelah mandi pukul 6 pagi, kepeningan melanda membuatkan aku kembali tidur. Sempatlah masak air & panaskan apa2 yg patut b4 tidur utk meredakan kepeningan melanda itu...Tak taulah pasai apa ntah....dah 2,3,4 hari ni asyik pening gila....je. Asal pening je tidur le jawabnya, bangun tidur tu barulah reda...Kelam kabut aku bangun n mandi sekali lagi. Panas naw rasanya cuaca hari ini. 
Ingatkan Akmal tak sekolah harini. Rupa2nya, pengasuh dia kol tanya baru aku tau tadikanya sekolah, tak cuti seperti sekolah Adilah puteriku yg sulung & sekolah aku sendiri cuti hingga hari Jumaat ini. (Esok aku pastikan Akmal ku hantar ke tadikanya! Chewwah...semangat waja ni...hehe...)
Oleh kerana Adilah lambatnye bangun...maka, jam 11 lebih baru aku bawa Adilah & Akmal g Perodua untuk melihat perkembangan fizikal Myvi yg kurindui di Perodua AU2. Sampai di sana, Juru Nilai Kos Insuran Claim aku bawa aku ke Myviku. Terubatlah kerinduan menyalaku seketika....(Macam org bercintalah plak...rindu...) Ye lah, dah 8bulan hari2 pandu, tiba2 ter 'eksiden' sebulan lebih xnampak, rindu le... Keretaku telah direpair hadapannya. Tinggal nak pasang enjin, pasang body n cermin sahaja lagi. Dah siap diorang test drive, baru aku boleh ambil. Mungkin pertengahan bulan 2 siap. Sod ba ro...jela... Dah siap melihat2 Myviku, aku pun nak balik...En. Halim kata"Rajin2la datang jenguk2 kereta ya?" tergelak aku dengar perkataannya tu. 
Dah nak balik, Adilah menuntut janjiku nak bawa dia ke kedai buku di Jalan TAR, K.L. Maka kami bertiga pun, pergilah membeli buku....Puas dari 1 kedai ke 1 kedai aku JALAN-JALAN, CARI BUKU2 tu. Akhirnya, di Pustaka Mukmin terjumpa buku Psikologi Pendidikan. Alhamdulillah...bolehlah aku menambahkan slide power point utk presentation subjek Psiko 23/2 bulan hadapan. Assignment ni berkumpulan. So, aku & kawan2 aku buatla part tugasan masing2. Aku bahagian power point je.
Best giler melihat buku2 di Pustaka Mukmin ni. Rasa nak borong semuanya je. Tapi takut tak terlarat membacanya. So, inilah dia buku2 aku beli pada 25/1/2012...
"Sorry, xdapat upload dari fon. Lenkali lah ye aku cuba upload..."
Yang bawah sekali tu, buku Adilah & Majalah Ana Muslim. Beli juga buku & gunting untuk Akmal, tak taulah dia letak kat mana. Mungkin dah simpan dalam beg dia. Semuanya berjumlah RM155.60 menggunakan baucer buku RM150. rm5.60 tambah duit la...sayang nak guna sekeping lagi BAKI baucer RM50 tu....
O ya, semasa dihadapan Pustaka Mukmin, dalam waktu nak balik, ada seorang perempuan bertudung labuh berbaju kurung. Katanya "Saya Kristian, dah 5 tahun memeluk Islam" sambil menghulurkan & memasukkan pamplet rumah kebajikan kepadaku ke dalam plastik bukuku, untuk mengutip derma. Aku pun bertanya "Kalau saya nak derma, saya derma di alamat n no. fon di pamplet ni ke?" dia jawab "Nak derma, derma di sini"sambil menunjuk ke arah dirinya. Berkali2 aku tanya. Tetap itu juga jawapannya. Aku tanya lagi "Boleh saya kol no. fon di pamplet ni?"Dengan nada & wajah yg macam marah, dia merampas pamplet yg dia dah bagi kat aku yg aku dah simpan dalam plastik berisi buku2 yg aku beli. Aku bukanlah nak berkira bab derma2 ni tapi, aku xyakin nak derma kat pompuan tu. Dahlah paksa aku ambil pamplet dia, ingat bagi terus. Than bila aku cakap nak kol, terus marah n rampas balik pamplet tu? Secara logiknya, kalau dia betul2 jujur, mesti dia biarkan je pamplet tu kat aku. Haish...zaman sekarang ni...ramai betul manusia macam pompuan tu. Bertopengkan pakaian konon Islam tapi penipu. (Aku dah terkena, sbb tu lebih berhati2)
B4 balik, aku ajak 2 org anakku makan dulu, Ada lagi pompuan tu kat dpn KFC deret Minerva tu...Dah berapa ramai la org terkantoi dgn dia agaknya...Ish3.... Pada akulah kan, kalo betul2 nak derma/bersedekah...elokla direct ke masjid atau bagi je berapa RM yg nak diderma kepada suami @ direct derma ke rumah anak2 yatim yg mmg tak dapat sebarang bantuan. Baru betul puas hati aku.... Kitorg terlepas bas so, jalan kaki ke Putra LRT Masjid Jamek. Sampai Jelatek, 5.25 petang, hujan lebat, tunggu suami tercinta balik sama2. Sampai rumah, ambil anak2 bersama suami, mandi, basuh pinggan mangkuk yg xsempat basuh tadi dek kepeningan melanda, air suami dh jerangkan. Aku masak nasi n panaskan lauk sambal cili api paru baki semalam n baki pajeri nenas yg kak iparku bagi. Dah sampai rumah lambat, xsempat da...nak masak....Malam, anak2 makan cekodok petang semalam n roti. Than suami makan nasi. Aku? teman suami makan tp aku makan biskut n air n cekodok je....Semangat mengecilkan fizikal yg termontel. He3... Baru 2 malam xmakan nasi... Anak sedara aku Husni boleh, aku pun mesti boleh! Yakin boleh! Hidup aku...! Ish, apa yg aku merapik merapu ni? Semangat waja....harap berkekalan sampai bila2.
Oh ya....25/1/2012 merupakan hari ulangtahun ke 10 perkahwinan aku. Baru 10 tahun...masih muda lagi rasanya usia perkahwinan kami.... Namun, banyak suka duka, pahit manis & tawar yang telah kami lalui bersama dengan penuh tolak ansur&banyak berbincang. Alhamdulillah suamiku pemikir,penyabar&memahami aku...Huhu...bersyukur sangat2 dikurniakan rezqi suami & anak2 yg amat ku cintai....
Moga aku terus matang, tabah&berfikiran terbuka lagi berlapang minda menerima sebarang perkara yang mendatang. Amin Ya Rabbal 'Alamin....

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?