Salam, petang semalam saya telah selesai menjawab soalan final exam bagi sem 2, subjek Psikologi. Memang sgt2 psiko...Alhamdulillah tak migrain pala otak sy ni... Apa pun, saya amat2 bersyukur kerana , hati saya amat tenang & sentiasa tenang semasa menjawab semua soalan2 itu... Terima kasih kepada rakan saya di seksyen 3 & rakan saya di seksyen 2 yang tidak kedekut ilmu & sudi berkongsi semua ilmu yang mereka dapat..
Bacalah ye...
sejuk hati jika kita melihat sahabat2 saling bekerjasama dalam mendapat
ilmu. tapi... adakah sahabat2 kita semua macam tu? ada yang tahu tapi
menyembunyikan kerana mereka ini bersifat tidak mahu ada orang yang
lebih pandai dari mereka, dan bersifat pentingkan diri sendiri asal
lepas dia sahaja tanpa membantu kawan-kawan yang lain.
sabda Rasulullah SAW:
مَثَلُ الَّذِيْ يَتَعَّلَمُ الْعِلْمَ ثُمَّ لاَ يُحَدِّثُ بِهِ كَمَثَلِ الَّذِيْ يَكْنِزُ الْكَنْزَ فَلاَ يُنْفِقُ مِنْهُ
Perumpamaan orang yang belajar ilmu kemudian tidak menyampaikannya
adalah seperti orang yang menyimpan kekayaan kemudian tidak
membelanjakannya.
Jika kita menganalisa para ilmuan, akan
didapati orang yang kedekut ilmu semakin hari semakin berkurang ilmu
mereka. Ini kerana sikap kedekut itu bertahap-tahap merosakkan ilmu yang
mereka miliki pada awalnya. Berbeza dengan orang yang bekerja keras
mensedekahkan ilmu. Semakin hari ilmu mereka semakin bertambah kerana
sikap bersedekah itu menggandakan ilmu mereka dengan gandaan yang besar.
wahai para sahabat, buanglah sifat pentingkan diri, kelak nanti tiada
orang akan bantu kita nanti. jika kita bersifat sedemikian.
wallahua'lam....
Kata2 ni saya ambil dari rakan saya yg berlainan seksyen. Thanks a lot utk beliau...
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.
Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.
Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.
Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁