CARI DI SINI
BAHAYA MENABUR FITNAH
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:
"Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah".
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain. Rasullullah S.A.W. menjelaskan mengenai
mengumpat seperti sabdanya bermaksud:-
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(HadisRiwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging
saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,
inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja
besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan
oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya
diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W.
Bermaksud: Awaslah daripada
mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya
orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima
taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan
diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis
riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat
terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat
dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda
Rasullullah S.A.W.
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi
belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan
dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat
kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan
dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasullullah
S.A.W.
Bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga
tidak tinggal apa-apa lagi." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)
Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab:
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis
diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita
wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu
perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.
:: SELAMAT BER'AMAL ::
p/s: Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarkannya meskipun dia sudah mati. Wallahualam"
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^