Cikgu ieta berblogging dari tahun 2009. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam lagi. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

PEMERGIAN MENYEDIHKAN

Hari ini genap 10 hari pemergian emakku tercinta ke rahmatullah... Sememangnya pemergian emakku amat mendukacitakanku. Saban hari aku menangis sebenarnya bila teringatkan emak. Tapi... kehidupan & pekerjaan serta tanggungjawab terhadap anak2, suami  & kerjaku perlu kuteruskan. 
Hari2 ku teringatkan emak diwaktu terjaga dari tidur lena & ku menangis sendirian. Ku merindui emak & sesekali ku merindui juga arwah adikku Ibrahim dan arwah adikku Muhammad Sidek yang tidak sempat ku tatap wajahnya setelah 15 hari dia lahir kedunia walau namanya aku yang beri.
Ingat lagi, saat akhir sebelum pemergian arwah adikku yang ke 3, Ibrahim kerapkali pukul 3 pagi beliau menalifonku semata2 ingin berbual denganku. Tapi... aku yg sedang diulit lena jarang mahu berbual dengannya dengan panjang lebar. Sedih sangat2...
Emak, hanya sempat ku berbakti sedikit sangat sebelum beliau koma pada hari Rabu 12/6/2012. Hari Selasa, hari terakhir aku berbakti padanya, aku hanya sempat lap2kan muka & tangan emak yang demam dan tak larat. Aku hanya sempat menyuapkan buah2an dan memberi emak minum air milo yang emak suka. Itulah hari terakhir aku berbakti untuk arwah emakku... Memang sangat2 menyedihkan...
Aku memang tidak menyangka sama sekali pada hari Rabu, hari yang aku tidak dapat datang menjaga emakku walaupun sekejap dek muntah yang teruk kerana alahan, merupakan hari terakhir emak membuka matanya...
Segalanya hanya tinggal kenangan... Al-Fatihah untuk arwah emakku & ke 2 dua adikku. Aku rindukan mereka...
SHARE

Cikgu ieta Blogging Marketing Management Expert & Freelance Speaker

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *