01 August 2012

Resepi Daging goreng halia plus kentang goreng sempoi...

Salam pembaca semua. Hari ni terasa nak update blog sbb dah lama sgt tak update blog ni semenjak pemergian arwah emak tercinta. Al-Fatihah untuk arwah emak. (Update : 19/7/2013: Moga arwah emak tenang di sana dan tersenyum melihat anak-anaknya menjadi manusia-manusia yang berguna dunia dan akhirat untuk bangsa dan negara. Amin...)

Hari ni, nak kongsi resepi "daging goreng halia plus kentang goreng sempoi". Sowwi gambor xde coz xsempat nak upload....lenkali lah gambarnya....hehe....

Bahan2nya :
1. Daging yang dihiris (agak2 la ngkorang nak menghirisnya, jgn terlampau halus suda...) makesure, basuh dan tos dahulu ek...
2. Kentang (buang kulit, basuh dulu...potong ek...)
3. Halia (1cm)
4. Bawang besar 4 biji (lagi banyak lagi sedap)
5. Bawang putih (3 ulas)
6. Asam jawa (gaulkan dgn air, setengah mangkuk).
7. Garam secukup rasa
8. Gula hujung2 sudu je...xyah lebih2...
9. Bawang besar hiris bulat atau ikut sukati

No. 3, 4 & 5 tu...sila lah blender kan ia...

Cara2 memasak :
1. Goreng kentang (agak2 le ye, jgn hangus plak) dan toskan minyaknye.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis bahan2 yang telah diblender tadi hingga naik baunya...
4. Masukkan daging dan tutup kuali, biarkan sebati dgn bahan tumisan hingga keluar semua air daging tu.(sesekali kacau, jgn x kacau supaya tak hangit).
5. Than, masukkan air asam jawa.
6. Jika nakkan berkuah, silalah tambahkan air sehingga tenggelam daging...
7. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.....
8. Masukkan garam dan sedikit gula.
9. Akhir sekali, masukkan bawang besar hirisan tadi...
10. Dah menggelegak, silalah tutup api....

Dah siap....


3 comments:

  1. agak2 la...kentang pun nak diblend.
    huhuhuhu.

    patut 3,4 & 5 la....hehehehe

    ReplyDelete
  2. salam, maaf pcl baru tahu ttg pemergian bonda Ieta tercinta, semoga rorhnya dicucuri rahmat dan ditemptkan dikalangan org yg beriman.

    p/s ..resepi tu, nt pcl minta mamaD buatkan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?