PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KiSaH PaRkInG

Sebenarnya... minggu ini, aku dilanda kesakitan perut menggila dari hari Isnin hingga hari ini. Selasa pagi aku tidak dapat hadir bekerja, cirit birit. Petang je dapat ke sekolah. Khamis, aku MC sebab cirit birit hingga lembik. So, hari ni...8/9/2012, pagi gi sekolah sbb ada sek ganti. Prestasi kerja kena jaga beb...
Selepas selesai mendengar bacaan dalam solat 4 orang murid perempuan, aku suruh mereka ambil wudhuk pula. Than selepas rehat, memandangkan semua murid yang hadir (ada la dalam 1 kelas dalam 4/5 orang je yg hadir hari ni...) aku ngan murid-murid lelakiku yang 5 orang je tu, menstaplekan lukisan bendera-bendera Malaysia yang murid-murid kelasku warnakan semasa Jamuan Hari Raya pada hari Rabu tu. Habis je sesi pagi, terus gi belajar di UTM. Subjek yang aku minat...Qawa'id Lughatul 'Arabiyyah. Ada la lebih kurang dari 11.30 hingga 12.45 tengahari je. Sebab lepas solat zohor, gi semula ke sekolah untuk sesi sebelah petang pulak.
Dari UTM, aku ikut shortcut, melalui MINDEF ke sekolahku bekerja. Sekali askar yg menjaga banyak pertanyaan da... Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum 2.30petang.
Sesi petang pun murid tak berapa ramai (lupa da hari ni nak snap gambar...) sebab kelam kabut. Aku mengajar setengah jam je hari ni. Itupun, just bagi murid-murid tahun 1 yang tak berapa ramai tu lembaran ulangkaji je...الحمدلله mereka semua dapat menjawab dengan baik...
5.30 macam biasa, balik le... Sampai je kat kawasan parking aku, ada plak keta ntah sape ntah parking... Menyirapnya darahku ini...Masih bersabar, aku block je la keta tu... Malas la aku nak bunyikkan hon, aku dahla kurang kesihatan... so, ikut je la kata suamiku, park je dpn keta tu. Udah itu dpn parkingku...
Malam, tiba2 sedang aku yg keletihan kesakitan perut tidur, ada org ketuk pintu. Bercakap ngan suami sowh alih keta sbb dia nak keluar. Tak lama tu, ada sorang budak pompuan ketuk lagi pintu sowh alih keta. Aku cakap "Sabar la! Sape suruh parking kat tpt org?" Budak tu bukan anak pemilik keta tu pun...haha... camane aku tau plak tu bukan anak pemilik keta tu? Aku tanya la tadi... "Awak anak org keta tu ke?" pehtu aku gelak je ngan budak tu. Aku yg sakit perut pun turunla...Lambat aku turun, saje je nak bagi dia pengajaran...
Sampai kat bawah, sorang pompuan kurus tidak bertudung, sdg berpeluk tubuh sambil memandang tepat ke arah aku. Marahlah tu kowt konon...sbb aku lambat turun... Walhal depa yg kacau parking aku, sapa suruh...? Aku langsung tak pandang... Sebab dari atas sblom turun td, mmg aku dah membebel. Jadi, aku takut akut ni menggila plak marah kat dorg tu. Aku terus ke keretaku dan sound dengan nada yg tegas tapi lembut (sabar lah katakan, kan...) "Awak tau tak? awak dah menyusahkan saya! Saya ni tak larat tau tak? tak sihat" Pehtu, lelaki tu minta maaf berkali-kali dari aku. Kataku lagi "Belajar beradab...kalau datang kat tpt org, jgn sesuka hati parking kat tpt orang...Ini parking saya, saya dahlah tak sihat, awak menyusahkan saya..." Aku pun memulakan tazkirah pendek aku...hehe...Aku cakap..."Jadikan ini pengajaran. Jangan sesuka hati parking kat tpt org...Belajar beradab..." Lelaki tu diam...je. Tapi...pompuan tu plak naik menyinga...macam2 dia sembur aku. Agaknya sbb aku ni pada dia membebel kowt...maka dia kata "Ish, org tua ni..." Dia kata "Kan kita dah minta maaf...ktorang tak tau sape pnya parking ni" Aku pun menambah tazkirah penyedap halwa telinganya...mengulang lagi ayat tadi... Pompuan tu membebel dgn menyinganya. Aku sambil masuk dlm keta & menghidupkan enjin bercakap lagi..."Kalau saya, saya rela park jauh2 daripada park kat tpt org! Belajar lah beradab kat tpt org..." Aku ulang lagi apa yg aku cakap dah tadi. Tiba2 pompuan tu e2 macam nak dtg kat aku. Lelaki tu dok tarik tgn pompuan tu  dan berkata "dahlah tu.... Pompuan tu cakap " You yg kurang ajar! Cabut jelah tudung tu!" Huish... dahlah tak bertudung, nak suruh aku plak cabut tudung hanya semata2 aku mengajar dia adab2 memarking di tpt orang? Aku guna nada lembut tu... Dia plak yg lebey2 menjadi singa... " Aku cakap pada suaminya, "Lepasni, tolong...la jgn buat lagi, jadikan apa yg berlaku harini, pengajaran" Achewwah.... kelakarlah plak... 
Lastly, dah mmg keletihan dek asyik memerut je dari hari Isnin haritu, aku cakap "Dahlah, blahla...." Haha.... Aku menang sebab berjaya tidak menaikkan tanganku kepada si pompuan yg kurang adab itu sekaligus, aku telah mengajarnya cara beradab. Biar dia marah giler kat aku...takpe...janji aku dah ajar dia dgn kata nada lembutku tetapi berdesing telinganya mendengar. Mudah2an menjadi pengajaran kepadanya, kalau dah salah, janganlah ego....dan jangan sesekali terjerit2 di khalayak awam mempertahankan kesilapan yang telah kamu lakukan. 
Akhir sekali... JANGAN SESUKA HATI PARKING KAT TEMPAT ORANG HA.... Tidak, kena pengajaran macam yg aku buat tu... haha... (Aku tak kisah ar, pompuan tu nk sowh aku cabut tudung even dia tak bertudung...yg penting, aku nak kasi pengajaran peradaban padanya). 
ADA AKU KISAH...?
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *