31 October 2012

Syukur...

Salam,
Hari ini, rakan blog masih 9 orang. Tak kisahlah tu, janji aku setia menaip dalam blog aku ni. Sebab memang aku minat...

Kepada semua yang sudi menjengah blogku, ribuan terima kasih ku ucapkan... Anda memang hebat sudi memberi komen membina kepada penulisan saya & sudi menjadi rakan blog saya. Terima kasih sekali lagi.

Minggu ni minggu kalut... Kalut tanda kertas periksa bahasa arab darjah 4 & darjah 1, 6set x 2kelas, 2set khat darjah 1&4 dan 1set al-quran darjah 1. Nak habiskan syafawi lagi n siapkan buku cenderahati program Khatan Al-Quran & Hari Anugerah Cemerlang tahun ini yang bakal berlangsung pada 8/11/2012 nanti.... Bz2... Memang bz....

الحمدلله, siang tadi dapat siapkan menanda kertas objektif untuk seramai 340 orang murid (Kertas objektif subjek Bahasa Arab darjah 4=143 orang, darjah 1=170 orang & kertas objektif Al-quran darjah 1=27orang). Now, sudah mula menanda kertas subjektif untuk 2 kelas dahulu. Esok dan seterusnya, insyaallah akan cuba sedaya upaya menyiapkan hingga selesai kesemuanya.... sebelum 5/11/2012 sebab kalut nak siapkan buku cenderahati pula.

Cumanya.... kertas Khat tu la... malas sangat aku nak menandanya sebab aku ni kalau bab tulisan, memang aku cerewet... memang payah murid aku nak dapat A sebab tulisan mereka kebanyakannya tidak mengikut format penulisan Khat yang ditetapkan oleh skema... Skemakah aku...? He3... tak juga... Tengoklah bagaimana nak ku buat nanti... Senang je tu...

Oh ya, configure HTML dalam blog aku dah ok...tadi dah cuba masukkan widget الحمدلله dah boleh dah. Nantilah bila2 ada masa, aku kan cuba lagi meneruskan untuk buat sitemap blog aku ni...

Akhirul Kalam...
Kata2 ini ku petik dari wall facebook adikku. Renungilah ya.... dan selamat beramal...
"Ilmu yang bermanfaat,ibarat kawan yg setia.Sentiasa disisi bila diperlukan".
Kita akn merasa diri terlalu kecil bila org mempertikaikan kerja2 kita.Oleh itu,berusaha utk meningkatkan prestasi adalah lg baik dari terus menerus menghentam atau terasa hati bila ditegur. Bukankah kita belajar dari kesilapan? Tuntutlah ilmu walaupun sezarah. Banyak manfaat..Senyum selalu dan open minded..
 

Salam ceria buat semua...

27 October 2012

SITEMAP TAK MENJADI-JADI...

Pagi ni, tak boleh nak tidur lagi... di situ hanya ada perkataan Home  sahaja.... tak menjadi-jadi lagi... tak taulah kenapa...? Ada ke sesiapa yg tahu? Andai ada yg terbaca, sila lah beritahu saya ya bagaimana nak buat yg ada sitemap n whatever nya tu.... "Biar tak ramai yg joint, tapi hati berasa puas dengan apa yang ditaipkan".
Actually nak letak kat atas sekali tapi... tak menjadi... dia duduk kat bawah sekali pulak................... huwwwa............... mata pun dh ngantuk gila................. lenkalilah sambung.......................... Nak zzzzz.......................

Hari ini 28/10/2012 pada 1.22 am, satu lagi masalah timbul.... tak boleh nak tambah apa2 coding untuk widget atau edit mana2 gadget yang dah sedia ada.... semalam lagi dah jadi mcm ni.... kenapa la?

nak masukkan widget yg ni>>> 
<a href="http://busuk.org"><img src="http://busuk.org/banner.jpg" /></a> 

& yg ni>>>
<script type="text/javascript" src="http://cdn.wibiya.com/Toolbars/dir_1285/Toolbar_1285511/Loader_1285511.js"></script><noscript><a href="http://www.wibiya.com/">Web Toolbar by Wibiya</a></noscript>

tapi tak boleh.... dia keluar macamni... javascript:void(0)

dah siap dah masukkan widget2 di atas. Cuma, sitemap je tak menjadi2... huhu...akan diusahakan lagi...

21 October 2012

SUBJEK ASAS PEDAGOGI

Jap gi jam 9pagi, exam subjek ni... aku baru siap selesai mengedit nota ringkas yg xberapa nak ringkas... dari 8lebih mlm td buat. Ni baru siap... pnye la banyaknye yg nk dibaca... Jadila... Sambil copy, paste, sambil baca... Objektif. Badan dah letih n mata pun dh ngantuk...Tp, xtau knp xleh nak upload dlm ni... biar je la... Yg penting aku dah print 2 in 1 pg spy mudah nk bc

18 October 2012

FINAL EXAM MATEMATIK PENINGKATAN / PEMULIHAN

Cuti hari ni... Sedang dilibrary UTM, Jalan Ampang. Nak search tentang polinomial & ketaksamaan linear & study Math. 2.30 ptg ni examnya...
Bab paling pening pada aku, bab polinomial & ketaksamaan linear...huhu.... Aku google tanpa jemu...
Akhirnya, kak Kay lagi...penyelamat aku... hehe...Alhamdulillah... dia ajar aku n dptle aku menjawabnya seadanya n semampunya.... Mudah2an aku lulus. Amin...
Thanks a lot kak Kay & Faten yg sudi memahamkan aku di saat2 akhir bab statistik, sin tan kos & lain2 lagi..... Jasa kalian, ku kenang ke akhir hayatku

09 October 2012

SELESAI SUDAH... EXAM. BELUM SELESAI...UPDATE APPEARANCE BLOG...

Tak kisah tak banyak pengikut dalam blog pun...apa yang penting, aku dapat menyuarakan isi hati seterusnya menyebarkan da'wah atau ilmu yg menjadi tanggungjawab setiap mukallaf. Untuk hari ini, aku masih terkial-kial mencari cara2 nak buat sitemap bagi memudahkan aku & sesiapa pun yg secara sengaja atau tidak sengaja membelek blog aku ni. Hidup bukan untuk glamour tetapi demi kepuasan diri sendiri. Ikut Suka Aku (ISA) apa yg aku nak buat, janji aku berpuas hati & sukahati dengan apa yg nak ku buat.
Hari ini juga, selesai sudah peperiksaan subjek Usul Fiqh 2 hari ini...الحمدلله aku dapat menjawab dengan lancar walau ada beberapa kesilapan dek kekeliruan menjawab. Mudah2an aku lulus dengan baik subjek ini. Amin.
Sekadar renungan.... "Hari ni dia merasa bangga sbb dijulang2 olh org ramai...esok belUm tentu dia akan dijulang,..mungkin juga allah akan menguji dia,apabila dia sendiri akan diperkotak-katikkan oleh orang ramai juga...Hidup tak selalunya berpihak kpd kita,sesekali allah akn menguji kepandaian kita...dan akhirnya kita sendiri akan merasa menyesal atas tindak tanduk kita dimasa 2 yg lalu... oLEH itu, Jgn suka menghina,memperlekehkan atau kondem apa sahaja yg org lain buat walau kita lebih hebat atau merasa rendah diri kerana kita tidak hebat kerna, kita sememangnya hebat di antara yg hebat".
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."  
Apa kena mengena pula lagu di bawah ni dengan tulisan aku hari ni ya? Takde apa pun...saja2 je... chorusnya yg best. So, layan....
 

NOTA RINGKAS FINAL EXAM USUL FIQH 2



BAB 4 KONSEP MASLAHAH (M/S 55-63)
Hikmah sesuatu hukum diperundangkan > utk mmberi kebaikan kepada manusia.
BHS : Maslahah =  seuatu yg bermanfaat/kebaikan.

07 October 2012

MINAT BLOGGING BERTAMBAH TAPI TAK TAU NAK BUAT...

Hari ni buka blog, dari blogger yang mahir tentang 
1. sitemap. 
2. perkara yg wajib ada dlm blog & 
3. perkara sulit tentang Nuffnang. 
Cuba nak buat tapi dah cuba, still belum berjaya buat 1, 2 & 3 tu just dpt register dlm innit shj. Segala persoalan masih menanti jawapan... Tu pun kalo sudi dijawablakan... Sdg berusaha untuk penambahbaikan blog. Usaha lagi... Tapi nak g komen n belek blog org malam ni mungkin tak larat rasanya... nak rehat awal... penat exam

06 October 2012

KONSEP MASLAHAH DALAM SYARIAT DAN PERLAKSANAANNYA DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA


Pengenalan
Tabiat yang ada pada setiap manusia ialah menginginkan sesuatu yang baik dalam kehidupan mereka.Syariat Islam dibina dengan asas untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan.Syariat Islam sebagai suatu perundangan yang bersifat Rabbaniyyah dari segi sumber dan matlamatnya,kekal sehingga akhir dunia ini.Peranannya adalah menyeluruh , sempurna,memenuhi semua keperluan , tuntutan hidup individu dan masyarakat dengan cara menjadikan hidup mereka di dunia ini lebih bernilai dan menjamin kehidupan Akhirat yang bahagia.

Definisi
Perkataan maslahah adalah dalam bentuk mufrad dari kata jamak al masolih berdasarkan wazan al mafalah yang menunjukkan sesuatu yang banyak kebaikan.Ahli bahasa bersepakat bahawa lawan perkataan al maslahah adalah al masfadah iaitu yang bermaksud sesuatu yang banyak keburukannya.
Manakala kamus al munjid,menjelaskan maksud al maslahah sebagai sesuatu yang menghasilkan kebaikan iaitu perbuatan-perbuatan yang diperjuangkan manusia bagi menghasilkan kebaikan bagi dirinya dan masyarakat.Oleh itu maslahah menyentuh secara lansung kebaikan dan kepentingan sesuatu perkara.
Mengikut penjelasan imam al Syatibi,maslahah dari segi istilah bermakna mengambil manfaat dan menolak kerosakan yang tidak hanya berdasarkan kepada akal yang waras semata-mata tetapi dalam kerangka memelihara hak hamba dan tidak berlawan dengan nas syarak.
Menurut imam al Ghazali,maslahah ialah suatu gambaran untuk mengambil manfaat dan menghindarkan kemudaratan.Maslahah memelihara tujuan syarak dan terbahagi kepada dua bentuk iaitu maslahah menurut manusia dan maslahah menurut syarak.Maslahah menurut manusia ukurannya adalah akal dan perasaan manakala maslahah menurut syarak ukurannya adalah wahyu.

Jenis maslahah
1.Maslahah muktabarah (yang diterima) adalah maslahah  yang sabit dengan syarak sama ada dengan nas yang jelas ,ijmak atau qias.Allah swt berfirman:

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ

Terjemahan:  Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah al Maidah,5:38
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hukum potong tangan kepada pencuri.Hukum potong tangan ini adalah sebagai balasan perbuatan mencuri dan sebagai langkah pencegahan dari Allah.Oleh itu ,jelas menunjukkan bahawa nas memaklumkan maslahah hukum potong tangan tersebut.

2. Maslahah mulghah (yang dibatalkan) adalah sesuatu maslahah yang tidak dibuktikan melalui nas syarak.Ia bertentangan dengan syarak.Contohnya menyamakan pembahagian harta pusaka sama ada lelaki atau perempuan kerana memenuhi deklerasi persamaan jantina dalam hak asasi manusia.Ini adalah kebaikan pada pandangan manusia tetapi ia berlawanan dengan nas syarak.Allah swt menegaskan:
Þ
Terjemahan:  Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iatu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan[272]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[273], Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. [272]  bahagian laki-laki dua kali bahagian perempuan adalah kerana kewajipan laki-laki lebih berat dari perempuan, seperti kewajipan membayar mas khawin dan memberi nafkah. (lihat surat An Nisaa ayat 34). [273]  lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan nabi. 
Surah an nisaˈ,4:11

Begitu juga dengan perdagangan arak dan pelacuran.Walaupun ia boleh membantu seseorang mendapat pendapatan dan kerajaan mengutip cukai daripadanya tetapi ia bertentangan dengan nas syarak.Oleh itu maslahah ini dikategorikan sebagai maslahah mulghah yang ditolak oleh Allah.

3.Maslahah mursalah (yang dilepaskan)
Menurut al Ghazali ,maslahah mursalah adalah sesuatu maslahah yang tidak berlawanan dengan nas syarak.Kaedah qias digunakan bagi menentukan kesahihan sesuatu hukum yang lahir daripada kaedah maslahah mursalah.Diantara contoh maslahah mursalah di zaman sahabat ialah pemilihan saidina Abu Bakar sebagai khalifah selepas kewafatan rasulullah adalah qias kepada pesanan rasulullah supaya saidina Abu Bakar mengimamkan solat.Perlantikan ini bertujuan memelihara kepentingan Negara dan kesinambungan risalah tauhid yang dibawa oleh rasulullah.
Dihari ini,maslahah mursalah juga digunakan.Contohnya dalam urusan pernikahan yang melalui proses permohonan dan pendaftaran.Pernikahan yang berdasarkan undang-undang sahaja yang diterima untuk didaftarkan.Peraturan ini bertujuan  untuk memastikan pernikahan dilaksanakan mengikut hukum syarak.Hak suami dan isteri dapat dijamin oleh undang-undang.

Ciri-ciri maslahah
Maslahah yang diterima ialah maslahah yang bercirikan agama,tidak bercanggah dengan nas syarak sama ada dari al quran,sunnah,ijmak yang diyakini dan qias yang sahih.Maslahah yang berdasarkan pengalaman,adat atau kemahiran hendaklah tidak berlawanan dengan syarak.Nilai-nilai maslahah diambil dari nas syarak bukannya dari nilai kehendak semata-mata.

Para ulama telah membahagikan kemaslahatan ini berdasarkan kepada peranannya untuk keteguhan umat kepada tiga iaitu:dharuriyyah (perkara asas/ utama),hajiyyat (keperluan biasa) dan tahsiniyyat (keperluan tambahan).

1.Adh-dharuriyyah-الضرورية
Ia adalah sesuatu yang dikira wajib,utama dan asas dalam kehidpan manusia.Ketiadaannya akan mewujudkan kucar-kacir huru-hara dan kerosakan.Al-Imam asy-Syathibi rhm.telah mendefinisikan seperti berikut:
“Ia adalah perkara yang sangat perlu dalam menjaga kemaslahatan agama dan dunia.Ketiadaannya akan menyebabkan hidup di dunia ini tidak berjalan dengan sempurna.Bahkan akan mewujudkan kucar-kacir,huru-hara dan kerosakan.Ia juga akan menyebabkan hilangnya nikmat dan kejayaan di akhirat serta akan membawa kerugian yang nyata.”

Perkara utama yang menjadi tujuan syariah Islam untuk menjaganya ada lima iaitu:agama,nyawa,akal,harta dan keturunan.Syariah Islam menjaganya melalui dua cara:

1.Dengan menetapkan peraturan dan mendirikan rukun-rukunya;iaitu melalui suatu perundangan yang manusia dituntut supaya mematuhinya.Ini semua ditetapkan dalam rukun Iman dan rukun Islam.Ia juga menjaganya daripada dicabuli dengan mengadakan undang-undang yang berkaitan dengan murtad dan kekufuran.

2.Mengadakan satu kaedah untuk mengelakkan kerosakan daripada berlaku atau ciri-ciri yang membawa ke arahnya iaitu menjaga kesucian agama dengan jihad,menjaga nyawa atau tubuh badan dengan memberi hak-haknya seperti makan,minum,pakaian dan tempat tinggal.Disamping itu juga memberi peringatan dan amaran tentang setiap perkara yang boleh mendedahkannya kepada kerosakan,serangan yang boleh membunuhnya dan semua keburukan yang lain.

Islam juga menjaga akal fikiran dengan mengharamkan segala yang boleh melemahkannya seperti mabuk arak dan khayal dadah.Harta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan manusia.Islam mewajibkan seseorang berusaha mencari rezeki yang halal bagi menyara hidupnya.Islam menegah umatnya mencari rezeki yang haram.Maruah atau keturunan adalah keperluan utama yang perlu dijaga.Bagi menjaga maruah dan keturunan,Islam mengenaka hukuman had ke atas pesalah zina dan pesalah yang membuat tuduhan zina.

2.Al-Hajiyyah- الحاجية
Maslahah hajiyyah adalah sesuatu yang menjadi keperluan manusia bagi menyelesaikan masalah hidup seharian.Tanpanya akan menyukarkan  dan menyempitkan kehidupan tetapi tidaklah sampai memusnahkan kehidupan.Al-Imam asy-Syathibi rhm. Berkata:
“Hajiyyah ini ertinya:

Perkara-perkara yang diperlukan secara umum untuk menyenangkan dan mengelakkan tekanan yang selalunya akan membawa kepada kesusahan dan kekecewaan kerana tidak Berjaya mencapai sesuatu yang dihajati.”

Maslahah ini jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan menyebabkan orang Islam yang mukalaf secara umumnya akan mengalami kesukaran dan kesempitan.Contoh maslahah hajiyyah:

1.Dalam hal ibadat seperti rukhsah (kelonggaran) yang diberikan kepada orang yang sakit untuk mengelakkan sakit yang lebih teruk

2.Adat seperti mengharuskan berburu,menikmati sesuatu yang bagus dan baik selagi ia halal dari segi makanan,minuman,pakaian,tempat tinggal,kenderaan dan sebagainya.

3.Urusan dan pergaulan(muamalat) seperti menharuskan al-Qiradh (mudharabah – sleeping partnership),pawah tanaman (al-musaqat) dan jual janji atau secara tempahan (baiˈsalam).Islam juga mengharamka jual beli kepada hasil benda yang sudah dijual dan anak kepada hamba yang sudah dijual.

4.Kes jenayah seperti membenarkan adanya tanda permusuhan sebagai bukti dalam hukum pembunuhan yang tidak diketahui pembunuhnya,dan menetapkan bahagian bayaran denda (ad diyyah) kepada keluarga terdekat.

3.At –Tahsiniyyah- التحسينية

Maslahah tahsiniyyah ialah sesuatu yang menjadikan taraf kehidupan mempunyai nilai akhlak dan berpekerti mulia.Jika tiada perkara tahsiniyyah ,kehidupan boleh diteruskan.Nilai kehidupan berada ditahap yang rendah.Al- Imam asy-Syathibi rhm. Berkata:

“ Ia adalah beramal dengan adat,tabiat yang sesuai dan elok serta mengelakkan yang buruk.Manusia yang sempurna akal akan menolak.Ini semua terkumpul dalam akhlak mulia.Contoh maslahah tahsiniyyah untuk memperelokkan seperti:

1.Ibadat seperti menghilangkan najis,mengamalkan kebersihan dalam semua perkara,menutup aurat,memakai perhiasan,mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.membuat kebajikan,bersedekah dan sebagaiya.

2.Dari segi adat dan tabiat seperti adab ketika makan dan minum,menjauhkan diri dari makanan yang kotor,mengelakkan pembaziran dan kebakhilan.

3.Melalui urusan dan pergaulan(muamalat),Islam menegah jual beli benda kotor dan menjual air yang lebih kerana ia suatu keperluan.

4.Manakala dari segi jenayah,Islam tidak mengenakan balas bunuh terhadap orang merdeka yang telah membunuh hamba dan larangan membunuh wanita,kanak-kanak dan paderi(ahli agama) dalam peperangan.

Perlaksanaan maslahah syariah dalam kehidupan masyarakat islam di Malaysia

1.Sistem kewangan   (ucapan Dato Muhammad bin Ibrahim di majlis Muhadharah ILIM  jke – 9)
Industri kewangan Islam  di Malaysia telah mengalami transformasi yang pesat sejak kebelakangan ini.Sistem kewangan Malaysia menjadi salah satu pemacu kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi Negara. Malaysia mempunyai system kewangan yang disokong oleh perbankan Islam,takaful,pasaran wang dan ekuiti Islam berlandaskan sistem perundangan Islam.Sistem kewangan Islam dan kovensional beroperasi seiring.Al-Qardawi menfatwakan bahawa perbankan konvensional merupakan pemakan riba yang terbesar.Sesiapa yang inginkan perkara halal jauhilah dari bank-bank tersebut sebaliknya berurusanlah dengan bank-bank Islam.

2.Poligami suatu keharusan bersyarat
Islam membenarkan poligami.Maka harus bagi lelaki Islam mempunyai lebih dari seorang isteri pada satu-satu waktu dengan syarat-syarat tertentu:

2.1.Tidak melebihi bilangan isteri seramai empat orang.
2.2.Suami mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
2.3.Mestilah mampu untuk menunaikan tanggungjawab kewangan dan fizikal (mampu zahir dan batin)
Membenarkan poligami dengan peraturan dan undang-undang sebagaimana yang ditetapkan islam,adalah kebaikan dan rahmat yang besar terhadap umat manusia.Ini kerana,tidak ada sebuah masyarakat manusia kecuali terdapat dalamnya ramai lelaki dan wanita yang masalah keadaan dan kedudukan sosialnya tidak ada jalan penyelesaian lain kecuali dengan poligami.


3.Jihad
Jihad adalah satu unsur perlembagaan yang bertujuan untuk menjaga agama daripada terhapus dan musnah selepas kewujudannya.Jihad dapat menghalang setiap percubaan untuk menghapuskan asas binaan agama Islam.Para ulama menjelaskan jihad perlu dilakukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam untuk mendapat pertolongan daripada Allah.Anasir yang merosakan kesucian agama islam seperti murtad,gurauan melampau,bidaah,dakyah dari bukan islam,maksiat sebagainya hendaklah dicegah.

4.Warisan pusaka
Pusaka ialah bahagian yang berhak diwarisi oleh waris daripada harta si mati selepas ditolak semua hak berkaitan lain yang wajib diselesaikan sebelum pembahagian pusaka.Undang-undang warisan pusaka yang digariskan dalam Islam memberikan hak kepada setiap pemiliknya.Melalui cara ini,Islam telah menghapuskan ketidakadilan besar yang dialami oleh kaum perempuan seperti yang diamalkan oleh kaum Yahudi dan orang orang Arab pada zaman jahiliah.

Penutup
Islam sebagai agama Allah,adalah agama yang adil dan seimbang.Undang-undangnya tulus dan tepat.Ia memenuhi kepentingan semua manusia dan memberikan haknya kepada setiap yang berhak.Maha suci Allah yang maha mengetahui lagi bijaksana.

RUJUKAN:
1.www.najahudin.com
2.Metod fatwa Al-Qardawi dalam menangani isu semasa,Prof Madya Dr Basni bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari,Al –Hidayah Publication,Selangor,2011,m/s 200
3.Keindahan Islam-hikmah-hikmah disebalik pensyariatan,Dr. Abdul Basit Abd.Rahman,Telaga Biru sdn bhd,Kuala Lumpur,2012,m/s 19,20,21 (ad-dharuriyyah,al hajiyyah,at tahsiyyniyah) 99,109 (jihad) 122,123,127 (poligami) 143,146,150 (pusaka)
4.Maslahah dalam perundangan syarak,Selamat Hashim,utm,Selangor,2010,m/s 24,25,26,27,28,56-62.

05 October 2012

Kisah semalam

Salam semua...
Moga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Semalam aku menjalani peperiksaan subjek Fiqh Islam 1 dalam keadaan migrain dan demam...
Apa pun...semalam adalah hari yang sangat teruk bagiku sebab... pagi tak boleh nak angkat kepala...
Hajat dihati nak pergi bekerja tak kesampaian...pergi ke klinik, doktor tengok muka aku dan terus bagi MC... Setiap kali belek buku, migrain menyerang... Memang sangat2 menyedihkan....
Namun demikian... kerna periksa final subjek ni...aku pun pergilah juga ke UTMSpace dalam keadaan yg kurang kesihatan... Tapi kan, bila jumpa rakan2 sekuliah...aku gelak & ketawa macam sihat. Saje je buat2 ceria... Hehe...
Alhamdulillah...ada rakanku, kak Kay yg sudi membacakan beberapa topik yg dijangka akan masuk dalam peperiksaan...
Akhirnya, Yeszzzzzzzzzzzzeeeeeeeee...memang amat2 membantu... 
Alhamdulillah...semuanya masuk...aku dapatla jawab...tapi taklah semua...ada gakla yg tersilap...
Dan tak taula samada tepat atau mengikut kehendak pensyarah ataupun tidak...
Tawakkal sahajalah... Kertas exam tak dapat bawa balik.... tidak, bleh aku upload dalam blogku ini bagi memudahkan sesiapa yg nak buat research contoh soalan final subjek ini.
Antara soalan2 yg masuk semalam ialah bab Toharah, puasa, zakat binatang dan sedikit tentang solat. Ada jugala soalan2 berkaitan hukum fiqh. 
Rugi pula rasanya tak salin pada kertas yg tersilap jawab tu... 
Apapun, Aku bersyukur kerana berjaya menduduki peperiksaan subjek ini walau dalam keadaan kesihatan yang kurang menyenangkan.. الحمدلله....

03 October 2012

ALLAH SAYANGKAN KITA...

Hari ini aku diuji lagi. Namun ku membuat kesimpulan... Allah sentiasa menolong hamba2nya yg di aniaya/akan dianiaya melalui pelbagai cara... Sabar... Syukur Alhamdulillah...  

Kisah ini ku ambil dari wall facebook Cukuplah Allah bagiku. Sekadar renungan bersama...

Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya.

Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung.

Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.

Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar.

Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya.

Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling.

Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.

“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!”

Budak tersebut memohon maaf….

“Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.

“Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…

Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark.

“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.

Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”

Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh.

Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula.

Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”

Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”

Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah.

Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”

Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.

Senyum

by : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
 
Allah membaling bata itu bermaksud... Allah memberi ujian kepada kita hambanya. Bersyukurlah kerana kita masih mendapat perhatian dari Allah supaya kita tidak mudah alfa dan lalai.

02 October 2012

No Idea...

No idea...
Nothing can do
No idea...
But what to do?
No idea...
Keep typing
Don't be bored
with your blog
Don't be sad
And don't be mad
Nothing to do...

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?