05 October 2012

Kisah semalam

Salam semua...
Moga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Semalam aku menjalani peperiksaan subjek Fiqh Islam 1 dalam keadaan migrain dan demam...
Apa pun...semalam adalah hari yang sangat teruk bagiku sebab... pagi tak boleh nak angkat kepala...
Hajat dihati nak pergi bekerja tak kesampaian...pergi ke klinik, doktor tengok muka aku dan terus bagi MC... Setiap kali belek buku, migrain menyerang... Memang sangat2 menyedihkan....
Namun demikian... kerna periksa final subjek ni...aku pun pergilah juga ke UTMSpace dalam keadaan yg kurang kesihatan... Tapi kan, bila jumpa rakan2 sekuliah...aku gelak & ketawa macam sihat. Saje je buat2 ceria... Hehe...
Alhamdulillah...ada rakanku, kak Kay yg sudi membacakan beberapa topik yg dijangka akan masuk dalam peperiksaan...
Akhirnya, Yeszzzzzzzzzzzzeeeeeeeee...memang amat2 membantu... 
Alhamdulillah...semuanya masuk...aku dapatla jawab...tapi taklah semua...ada gakla yg tersilap...
Dan tak taula samada tepat atau mengikut kehendak pensyarah ataupun tidak...
Tawakkal sahajalah... Kertas exam tak dapat bawa balik.... tidak, bleh aku upload dalam blogku ini bagi memudahkan sesiapa yg nak buat research contoh soalan final subjek ini.
Antara soalan2 yg masuk semalam ialah bab Toharah, puasa, zakat binatang dan sedikit tentang solat. Ada jugala soalan2 berkaitan hukum fiqh. 
Rugi pula rasanya tak salin pada kertas yg tersilap jawab tu... 
Apapun, Aku bersyukur kerana berjaya menduduki peperiksaan subjek ini walau dalam keadaan kesihatan yang kurang menyenangkan.. الحمدلله....

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?