Cikgu ieta suka menulis, membaca dan berkongsi pengalaman. Freelance Blogger, Social Media Expert Coach & Speaker Digital Marketing. CPA Malaysia BLS Provider.
CARI DI SINI
09 October 2012
SELESAI SUDAH... EXAM. BELUM SELESAI...UPDATE APPEARANCE BLOG...
Tak kisah tak banyak pengikut dalam blog pun...apa yang penting, aku dapat menyuarakan isi hati seterusnya menyebarkan da'wah atau ilmu yg menjadi tanggungjawab setiap mukallaf. Untuk hari ini, aku masih terkial-kial mencari cara2 nak buat sitemap bagi memudahkan aku & sesiapa pun yg secara sengaja atau tidak sengaja membelek blog aku ni. Hidup bukan untuk glamour tetapi demi kepuasan diri sendiri. Ikut Suka Aku (ISA) apa yg aku nak buat, janji aku berpuas hati & sukahati dengan apa yg nak ku buat.
Hari ini juga, selesai sudah peperiksaan subjek Usul Fiqh 2 hari ini...الحمدلله aku dapat menjawab dengan lancar walau ada beberapa kesilapan dek kekeliruan menjawab. Mudah2an aku lulus dengan baik subjek ini. Amin.
Sekadar renungan.... "Hari
ni dia merasa bangga sbb dijulang2 olh org ramai...esok belUm tentu dia
akan dijulang,..mungkin juga allah akan menguji dia,apabila dia sendiri
akan diperkotak-katikkan oleh orang ramai juga...Hidup tak selalunya
berpihak kpd kita,sesekali allah akn menguji kepandaian kita...dan
akhirnya kita sendiri akan merasa menyesal atas tindak tanduk kita
dimasa 2 yg lalu... oLEH itu, Jgn suka menghina,memperlekehkan atau
kondem apa sahaja yg org lain buat walau kita lebih hebat atau merasa
rendah diri kerana kita tidak hebat kerna, kita sememangnya hebat di
antara yg hebat".
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi
penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila
seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu
menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia
melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak
menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;"
lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu
beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun;
dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya
satu kejahatan sahaja."
Apa kena mengena pula lagu di bawah ni dengan tulisan aku hari ni ya? Takde apa pun...saja2 je... chorusnya yg best. So, layan....
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum. 2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
No comments:
Post a Comment
1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁
Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^