30 November 2012

SIAP & TAK SIAP

Salam
Hari ni nak cerita apa yang dah siap
1. Tanda buku2 latihan murid tahun 1.
2. Makan (hari2 siap makan baru keluar. Waktu cuti sekolah la... tu pun kalo ada mood nak keluar samada ke sekolah siapkan kerja ataupun urusan lain2).
3. Buang kawasan dalam rumah yang dah beranai-anai tu... siapkan slowly je... bergantung pada kudrat yg ada...
4. Alat Bantuan Mengajar (ABM) untuk tampal dalam kelas tahun hadapan.

Apa plak yang tak siap?
1. Assignment individu subjek Pengukuran & Penilaian (bahan dah cari tapi belum sempat taip lagi... huhu...)
2. Perkara-perkara penting untuk di letak atas softboard S.U.P di sekolah.
3. Tanda buku2 latihan bahasa Arab tahun 4 & buku khat kelas sendiri. (bila ntah nak siap... tunggu kudrat bertenaga gak ni...)


4. Kemas dan Lipat melipat kain2 baju (pun sama, tunggu kudrat bertenaga gak...)


5. Blog walking (BW) segmen yang blogger Mia dah buat. Tak sempat...


Hah, ni lah dia kisah siap & tak siapku untuk entry hari ni... Bye. Wassalam :)

29 November 2012

ToTaL pAgE ViEw HaRi Ni...

Salam,
Saje nak testing buat blog header sebenarnya...
merangkap total page views today by ShinyStat 
Bukan nak menunjuk tau... tapi nak beritahunya kepada anda, tak semestinya rakan blog anda ataupun rakan google anda mahupun rakan fb anda tidak ramai macam saya... total page views & total visits per day anda sedikit. Betul ke rumusan saya ni? 
Rasanya tak betul kowt... Ada sesiapa boleh komen...?


























Nota kaki : sedang memikirkan macamana nak perbaiki blog saya ni & nak kembalikan semula button komen yang sekejap ada sekejap takde....huhu...

MEMBUAT BLOG ADALAH SANGAT-SANGAT MUDAH

Salam semua...

Saya ni bukanlah orang yang pandai dalam bab2 blog ni. Tapi sebab ada rakan google dan rakan facebook saya yang meminta saya ajarkan cara nak buat blog, maka di sini saya beritahulah serba ringkas caranya ya. Selebihnya, anda boleh rujuk dalam blog bloggers yang lebih hebat daripada saya. Sila scroll ke bawah dalam blog saya ni, di sebelah kiri, ada tabber widget dan lihat tajuk BLOGGER HEBAT...


Anda boleh klik pada mana-mana ikon blogger yang hebat tu untuk belajar lebih lanjut tentang dunia blog. Anda juga boleh buat seperti saya dengan klik di ikon JOINT THIS SITE untuk  menjadi followers mereka.

Untuk maklumat anda, anda boleh buat blog percuma sahaja tanpa sebarang bayaran menggunakan blogspot. Pertama sekali, untuk mencipta blog anda yang tersendiri, anda mestilah telah mempunyai akaun email samada dengan hotmail, gmail ataupun yahoo. Saya lebih suka menggunakan gmail  kerana :-

1. Spacenya besar daripada yahoo dan hotmail
2. Ianya Google =) 

Jika belum mempunyai akaun email, sila daftar dahulu. Sila klik www.gmail.com untuk mendaftar. Sesudah mendaftar, barulah anda boleh ikuti cara untuk membuat blog percuma versi blogspot. Atau lebih mudah... tak payah saya taip satu-satu... hehe... sila belek video di bawah ini

 
ataupun video di bawah ini

Dua video di atas, saya import dari mr. you tube. Zaman sekarang adalah zaman yang mudah. Anda boleh taip apa sahaja di ruangan google segala maklumat yang anda inginkan pasti akan diperolehi. Maaf ye... tak punya banyak masa untuk menaip. Sebentar lagi, nak mengemas rumah... hehe...

Sekian, ini sahaja yang termampu saya lakukan untuk anda. Maaf ya. Seadanya sahaja. Terima kasih sudi membaca dan menjadi rakan saya samada di dalam facebook, google, twitter atau di mana-mana sahaja. Anda memang hebat kerana sudi menyokong saya walau siapapun saya....

Nota kaki : Berhati-hati ketika memandu, jangan suka potong que.  Bukannya dengan potong que tu, boleh kereta awak laju... Tak baik tau....tak pasal2 kena sumpahan melulu dari pemandu yang awak potong que tu... Walhalnya depan kereta awak tu cuma ada kereta satu... Sabar tu kan lebih baik dari potong2 que...

28 November 2012

Berhati-hati bila berkongsi sesuatu...


Salam,
Buka Fb ada perkataan Arab tu. Masa blogwalking  pun, ada antara blogger yang letak di header perkataan tu. 

Saya tak pandai bahasa Arab ni tapi... saya terpanggil untuk bertanya di sini. Mana tau ada rakan2 yang pandai bahasa Arab...

Saya rasa musykil dgn maksud kalimah اللهم عليك باليهود

Ikut yang saya fahamkan, makna kalimah itu ialah "Ya Allah ya tuhan kami, ke atas engkau dengan org2 yahudi" = anda bersama (redho) dgn orang2 yahudi. Mana perkataan yg meaningnya binasa? cer bg pencerahan sikit... coz tgk ramai yg share doa ni. Maaf, sekadar bertanya. Harap sangat kita tidak tersilap kongsi sebarangan. Terima kasih


27 November 2012

Kenapa pilih blog?

Salam semua... (macamla ramai naw yang nak baca blog aku ni kan3...?hehe...) Dari pagi menyiapkan Alat Bantuan Mengajar (ABM) untuk ditampal  dalam kelas tahun depan & untuk mengajar, setengah hari. Dah siap, lepas zohor baru boleh buka blog, edit lagi blog dan buat pembetulan dalam Segmen yang disertai 2 hari lalu, ni baru dapat menulis. Fb pun tak sempat nak buka... bz2... hehe...

O ya, bagus juga rupanya joint segmen dari blogger hebat. Banyak manfaatnya. Antaranya :
1. Meramaikan rakan blog.
2. Menambahkan ilmu.
3. Menambahkan idea.
4. Menambahkan pengalaman dalam dunia blog.
5. Melihat dan meninjau2 keindahan blog orang lain yang hebat2.

Bila ada masa terluang, nak belek2 pula blog mereka yang dah joint segmen tu. Lepasni, ada mana2 blog yang buat segmen In Sha Allah nak joint lagi. Memang syok blogging ni...


Kenapa ku memilih blog sebagai dunia penulisanku? bukan dalam fb, bukan juga dalam twitter ataupun di mana-mana lagi medium yang hebat? Apa pun, semua yang ku tulis ni sejak joint Networkedbloggers (ia ke namanya mcm tu?) ia akan auto appear kepada fbku, So mudah bukan...

Sebabnya :
1. Dalam blog boleh menulis secara santai ISA (Ikut Sukati Aku)
2. Boleh menulis ringkas ataupun panjang juga ISA...
3. Minat menulis. Memang dari dulu aku suka menulis tapi ayat memang lah biasa je... janji menulis...

Cumanya, bila mengadap komputer, aku memang tak pedulikan perkara lain sampai aku kepenatan. hehe... itulah aku...


Nak menulis boleh, tapi perlu berhati-hati juga supaya tak kena saman... takpun, boleh jadi gaduh laki bini... hehe... sbb tu malas nak over2... Pengalaman beb... (kena saman sbb penulisan tak pernah la tapi kena marah dgn my lovely suami sbb tulis sesuatu yg dia tak suka dikongsikan kat fb ada la. hehe...) So, lebih baik menulis hal sendiri(tapi jgn lak tulis hal2 dlman rmhtangga... bahaya wo...) ataupun tazkirah ke... motivasi ke... takpun, tak usah menulis langsung. Kan3...

Rasanya sampai sini dululah ya... Wassalam

Nota kaki :
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sebab pe? buat baik org jarang ingat tp kalo buat jahat, org ingat smpi mati. Tapi biasanya kalo org buat baik kat aku, mmg aku ingat smpi bila2. Begitulah sebaliknya pula... So,  sentiasalah berwaspada


26 November 2012

Ntahapatitlenakletakni...

Salam... apa khabar semua...? Sihat dan ceria hendaknya kalian ya... Achewwah...macam nak tulis suratlah pula intro entri aku hari ni... haha...sori lah ya... daku memang tak pandai nak tulis tulisan berskema-skema ni... Tak enjoy rasanya menulis.

Banyak juga nak kukongsikan bersama tapi tak tau mana satu nak mula dulu. Rasanya mula dari yang ni dulu kowt... 

KISAH STUDY
Sabtu baru ni, cadangnya nak ke kuliah menaiki kenderaan awam je. Tapi... dek kerana kurang kedaya-upayaan (ada ke bahasa camni weh...). Terus menerus ku pandu keretaku ke destinasi kuliah. 



Melilau juga mencari tempat parking. Alhamdulillah ada juga akhirnya tapi... menurut kata isteri Guard di belakang bangunan KLMU tu "berhati-hati, jangan ke situ seorang diri... kawasan ni black area". Memang bahaya weh... Masa nak balik tu, rakan sekuliah menemaniku kebetulan dia nak turun di Putra LRT berhampiran. Alhamdulillah dia temani daku... ada sorang lelaki India asyik mengekori dan memerhati kami dari mula kami nak melangkah ke kawasan parking, hinggalah aku hidupkan enjin kereta. Patutlah dia dok sebut "Rasa tak sedap hati je" sepanjang nak ke kawasan parking tu. Hish, andai aku berseorangan di kala itu, ntah hape kan terjadi. Harapnya, selepas ni kuliah ditempat lain lah hendaknya. Amin...

O ya, berkenaan dengan kuliah, hari itu, kami belajar subjek Pengukuran dan Penilaian. Mula tu agak blur gak la. Biasala... kelas pertama kali bermula bagi sem ke 5 ni... Akhirnya, Pensyarah memberikan Assignment individu 1 dan assignment kumpulan 2. Huhuhu... Nak muntah juga rasanya bila semalam 25/11/2012 ku mula menggoogle bahan-bahan dari encik google yang memang amat berguna bila nak buat assignment...

BAB MENCARI BAHAN TUGASAN
Dah semalam bagai nak termuntah mencari bahan dalam pelbagai sumber, hari ni aku pergi menjelajah ke Perpustakaan pula...


Gambar ni ambil dari encik google  je... Jenuh weh... 4 tingkat... slow2  aku mendaki tangga dengan anak sulungku yang merupakan assistantku sekarang ni. Maklum je lah kan...

Ni antara deretan-deretan buku yang ada (pun amik dari encik google  juga hehe...)


Alhamdulillah, dapat 3 je buah buku. Jadilah kan... Bahan dari web semalam boleh diedit sebagai bahan tambahan....

BAB MAKAN
Dah penat-penat menjelajah library laparlah pula... so makan dulu di Cafe... sORRY...  Makan memang takde gambar. Malas ah semua nak appear sini... hehe... Rezqi hari ini, ada kakitangan UTM yang tak ku kenali tolong bayar makananku dan anakku. Nak tau kenapa? Sebab duitku tercicir RM50 ntah ke mana tak tau la... Ish3... duit dah makin nipis sekarang ni... Moga dimurahkan rezqi dan dipermudahkan segala urusan beliau. Allah memang maha pemurah lagi penyayang pada hamba-hambanya....

Setibanya aku ke rumah, terus on PC dan menaip blog dan meneruskan  mengedit bahan-bahan untuk assignmentku... Buatlah mana yang termampu...

Nota kaki : 
Jika kita permudahkan urusan orang lain, ALLAH juga sentiasa memberi ruang mempermudahkan urusan kita tanpa disangka-sangka. Sentiasalah bantu membantu walau tidak minta dibantu. 

Sekian, Wassalam untuk kali ini... Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi rakan blogku yang seadanya ini.

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mia



Suka dengan segmen sebab dapat belajar dan suka dengan tips-tips bloggingnya disamping menambahkan rakan blog dan menambahkan ilmu.

Sebelum joint segmen ini, rakan blog saya hanya ada 13 orang sahaja. Setelah joint segmen ini, ia meningkat kepada 21 orang... (yang sorang tu, masa baru buat blog, terklik joint dah cari camne nak padam, tak dapat2 plak tu pasal jadi 22 orang tu... 


inilah mereka...



Page header segmen itu mengingatkan daku, sentiasalah Smile... Smile... Smile...

Memang Mia tak kedekut ilmu & cepat sungguh dia reply n joint blog saya. Malu je rasanya sebab, Mia tak sombong... Harus ku contohi ni... hehe...

Tapi... nak buat tag line tu tak reti...huhu...nnt try lagi... Maka ku buka balik blog abg cik masih tak faham2 lagi... akhirnya Mia membuat tutorialnya, ku cuba membuatnya perlahan-lahan... walau masih ada lagi kesilapan...

Dan akhirnya... dari pagi sampai ke petang, barulah siap... Yeszzzeee..... berjaya akhirnya...


Terima kasih Mia...



SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

Salam semua...
Rupa-rupanya sudah sehari aku tak update blog aku ni... dan tak blogwalking. huhu... ye la, bz wo.... tak sempat... Kenapa dan apa kaitannya title aku hari ni dengan apa yang nak kutaip ya?

Ha... nin dia kaitannya... First of all... ku nak ucapkan terima kasih kepada blogger abg cik http://www.araublogger.com/ yang buat entry sampai saya berminat nak belek blog puan Mia. :)


takdelah nak banggakan... cumanya, ada la sedikit peningkatan... seronok beb... sebab apa seronok?
Sebab 1 : bertambahlah rakan blogku
Sebab 2 : yang baru menjadi rakan blogku bukanlah orang yang biasa2 je... mereka ni, blogger hebat... tak percaya? ce klik blog ni  http://www.mialiana.com/& ni http://nicknashram.blogspot.com/ Ewwaaahhh... macam nak promote le plak...hehe... takdelah kan... mereka berdua ni kan blogger hebat... so dari merekalah aku dapat sumber ilham & ilmu yang banyak tentang dunia blog... Jangan marah ha....
Sebab 3 : Bertambahlah pelbagai ilmuku terutamanya, ilmu blog

Than yang lagi seronok... harini aku dapat upload slide power pointku & letak kat dalam blogku nieh... Cubalah scroll ke bawah ya sampai nampak slide power point tu (jika sudi...)

Pehtu, jap2 g, aku nak coba buat entry yang puan Mia suggest tu klik sini kalau korang nak tahu... http://www.mialiana.com/2012/11/segmenfollowblogwalking.html. He3... tak salah mencuba kan...?
Apa yang penting, bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit... apa yang pa...ling penting... AKU NAKKAN ILMU....

Nota kaki : Blogging memang best... tak percaya? cubalah try test...

Sekian, wassalam

24 November 2012

SUKA JUGA MENULISKAN WALAU TAKDE IDEA?

As salam. Pagi-pagi ni, sebenarnya nak kongsi tentang buku yang ku baca. Tapi... baru beberapa perenggan baca, mata mengantuknya hai.... Terkuap-kuap menahan mengantuk. Lantas, ku buka dan ku belek tulisan-tulisan dalam beberapa blogger yang ku ikut. Aku memang gemar membaca blog orang daripada membaca buku... sebab bila membaca blog, mata yang mengantuk terbuka luas. Idea pun senang nak dapat untuk meneruskan penulisan. Selalunya, dari blogger2 hebat inilah ideaku tercetus untuk menulis. Bila membaca buku hah, nilah jadinya... Jadi, ku tangguh dahulu perkongsian ilmu dari bacaanku dibuku. Insya Allah  satu hari akan ku kongsi apa yang ku baca bersama kalian.

Dari blogger HH di laman http://www.hasrulhassan.com/2012/07/18-perkara-untuk-menjadi-blogger-yang.html ku dapatkan pelbagai tips menjadi blogger. Terima kasih kepada beliau.

"Membaca Jambatan ilmu. Ilmu datang dari membaca. Ilmu yang dapat, perlu dikongsi. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon tanpa buah."

Ini adalah antara ungkapan tentang membaca yang sering kita dengar dan hasil daripada membaca adalah ilmu. Bukan senang nak dapat ilmu andai tidak dicari. Berkenaan ilmu, hari ini bermula jam 2 petang adalah hari pertama kelasku di UTM bagi semester yang ke lima bermula. Hari ni, lepas g kenduri dengan encik usben n anak2, baru ke kuliah. Just park keta kat tempat yg sll park BILA TIME SUSAH NYA NAK KE TEMPAT KULIAH TU than ke masjid jamek putra than ke star Lrt berhampiran dengan tempat kuliah than naik man2 bas yang berhenti depannya. Huh, memang bukan senang nak senang... Harap segalanya berjalan lancar... Amin

Ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca tulisan-tulisan saya dan saya amat-amat menghargai kalian yang sudi menjadi rakan blog saya. Moga anda semua sentiasa di dalam rahmat Allah S.W.T Amin..

Nota kaki :
Tiba-tiba rasa terharu sebab jumlah rakan blog menjadi 12 orang (yg sorang tu, aku le tu masa memula belajar blogging terklik joint blog sendiri. Nak remove dah tak boleh. Haha... pecah rahsia...) yang paling aku rasa terharu adalah :-
1. Suamiku hari ni membelek blogku.
2. Semalam rakan blog ada la 11 orang, tujuan blogging mencari latihan utk murid tahun hadapan. Namun, tak ku sangka en. Ahmad Sufi sudi menjadi rakan blogku.
3. Blogger terhebat en Nick telah sudi menjadi rakan blogku... (Malu pun ado...) ye lah... siapalah aku kan...blogger yang biasa2 je... tak hebat macam dia dan yang lain2... huhu...

Mak aih... panjangnya nota kaki....

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?