27 November 2012

Kenapa pilih blog?

Salam semua... (macamla ramai naw yang nak baca blog aku ni kan3...?hehe...) Dari pagi menyiapkan Alat Bantuan Mengajar (ABM) untuk ditampal  dalam kelas tahun depan & untuk mengajar, setengah hari. Dah siap, lepas zohor baru boleh buka blog, edit lagi blog dan buat pembetulan dalam Segmen yang disertai 2 hari lalu, ni baru dapat menulis. Fb pun tak sempat nak buka... bz2... hehe...

O ya, bagus juga rupanya joint segmen dari blogger hebat. Banyak manfaatnya. Antaranya :
1. Meramaikan rakan blog.
2. Menambahkan ilmu.
3. Menambahkan idea.
4. Menambahkan pengalaman dalam dunia blog.
5. Melihat dan meninjau2 keindahan blog orang lain yang hebat2.

Bila ada masa terluang, nak belek2 pula blog mereka yang dah joint segmen tu. Lepasni, ada mana2 blog yang buat segmen In Sha Allah nak joint lagi. Memang syok blogging ni...


Kenapa ku memilih blog sebagai dunia penulisanku? bukan dalam fb, bukan juga dalam twitter ataupun di mana-mana lagi medium yang hebat? Apa pun, semua yang ku tulis ni sejak joint Networkedbloggers (ia ke namanya mcm tu?) ia akan auto appear kepada fbku, So mudah bukan...

Sebabnya :
1. Dalam blog boleh menulis secara santai ISA (Ikut Sukati Aku)
2. Boleh menulis ringkas ataupun panjang juga ISA...
3. Minat menulis. Memang dari dulu aku suka menulis tapi ayat memang lah biasa je... janji menulis...

Cumanya, bila mengadap komputer, aku memang tak pedulikan perkara lain sampai aku kepenatan. hehe... itulah aku...


Nak menulis boleh, tapi perlu berhati-hati juga supaya tak kena saman... takpun, boleh jadi gaduh laki bini... hehe... sbb tu malas nak over2... Pengalaman beb... (kena saman sbb penulisan tak pernah la tapi kena marah dgn my lovely suami sbb tulis sesuatu yg dia tak suka dikongsikan kat fb ada la. hehe...) So, lebih baik menulis hal sendiri(tapi jgn lak tulis hal2 dlman rmhtangga... bahaya wo...) ataupun tazkirah ke... motivasi ke... takpun, tak usah menulis langsung. Kan3...

Rasanya sampai sini dululah ya... Wassalam

Nota kaki :
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sebab pe? buat baik org jarang ingat tp kalo buat jahat, org ingat smpi mati. Tapi biasanya kalo org buat baik kat aku, mmg aku ingat smpi bila2. Begitulah sebaliknya pula... So,  sentiasalah berwaspada


6 comments:

  1. saya dulu buat blog sebab nak kejar trafik dan duit..skng ni tak kesah da benda tu.blog tmpt sekadar nak kongsi idea dan jmpa kwn baru..huhu

    ReplyDelete
  2. Saya juga pernah sedemikian tapi, sekejap je. Kini, blog adalah tempat untuk saya menulis apa yg sy nak tulis & share ilmu bermanfaat. Terima kasih sifu

    ReplyDelete
  3. dulu blog sbb nak dari duit , tapi skrg ni mcm my friend ja

    ReplyDelete
  4. duit boleh di cari tapi kawan kita kena cari... banyak duit tapi kawan tak ramai tak best... terima kasih abg cik sbb kenalkan sy kat segmen Mia

    ReplyDelete
  5. hehehe.. sma aje ngn kita.. nk kjar traffic..
    tp bila dh smkin rmi follower, ape yg dirisaukn kualiti entry yg akn di publish tu.. sm ada org ble trima atau x.. yg pnting menulis utk meluahkn ape yg terbuku di hati.. rsa puas.. hihhi

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?