PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

MEMBUAT BLOG ADALAH SANGAT-SANGAT MUDAH

Salam semua...

Saya ni bukanlah orang yang pandai dalam bab2 blog ni. Tapi sebab ada rakan google dan rakan facebook saya yang meminta saya ajarkan cara nak buat blog, maka di sini saya beritahulah serba ringkas caranya ya. Selebihnya, anda boleh rujuk dalam blog bloggers yang lebih hebat daripada saya. Sila scroll ke bawah dalam blog saya ni, di sebelah kiri, ada tabber widget dan lihat tajuk BLOGGER HEBAT...


Anda boleh klik pada mana-mana ikon blogger yang hebat tu untuk belajar lebih lanjut tentang dunia blog. Anda juga boleh buat seperti saya dengan klik di ikon JOINT THIS SITE untuk  menjadi followers mereka.

Untuk maklumat anda, anda boleh buat blog percuma sahaja tanpa sebarang bayaran menggunakan blogspot. Pertama sekali, untuk mencipta blog anda yang tersendiri, anda mestilah telah mempunyai akaun email samada dengan hotmail, gmail ataupun yahoo. Saya lebih suka menggunakan gmail  kerana :-

1. Spacenya besar daripada yahoo dan hotmail
2. Ianya Google =) 

Jika belum mempunyai akaun email, sila daftar dahulu. Sila klik www.gmail.com untuk mendaftar. Sesudah mendaftar, barulah anda boleh ikuti cara untuk membuat blog percuma versi blogspot. Atau lebih mudah... tak payah saya taip satu-satu... hehe... sila belek video di bawah ini

 
ataupun video di bawah ini

Dua video di atas, saya import dari mr. you tube. Zaman sekarang adalah zaman yang mudah. Anda boleh taip apa sahaja di ruangan google segala maklumat yang anda inginkan pasti akan diperolehi. Maaf ye... tak punya banyak masa untuk menaip. Sebentar lagi, nak mengemas rumah... hehe...

Sekian, ini sahaja yang termampu saya lakukan untuk anda. Maaf ya. Seadanya sahaja. Terima kasih sudi membaca dan menjadi rakan saya samada di dalam facebook, google, twitter atau di mana-mana sahaja. Anda memang hebat kerana sudi menyokong saya walau siapapun saya....

Nota kaki : Berhati-hati ketika memandu, jangan suka potong que.  Bukannya dengan potong que tu, boleh kereta awak laju... Tak baik tau....tak pasal2 kena sumpahan melulu dari pemandu yang awak potong que tu... Walhalnya depan kereta awak tu cuma ada kereta satu... Sabar tu kan lebih baik dari potong2 que...

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 orang yang sudi komen:

  1. buat blog mudah..cuma nak update blog tu yg malas..huhu

    ReplyDelete
  2. Memang mudah buat blog asalkan rajin google2 & blog walking ke blog blogger lain. Cari idea2 baru ataupun penampilan blog yg baru. Saya pun tak rajin gak nak update blog sbb jarang dapat dok dpn PC lama2.. tapi kalau sekali update ada la 2, 3 entry nak buat. Kadang2 ngarut2 je... hehe...

    ReplyDelete
  3. betul tu Puan..sekarang ni hampir semua benda boleh belajar dari youtube...sampaikan nak masak pun boleh cari je video terus..hehe mmg beruntung generasi zaman sekarang ni...sampaikan budak2 yg umur 10-12 tahun pun dah mula ada blog sendiri...

    ReplyDelete
  4. Zaman sudah semakin maju tak macam dulu... sebab tu kanak2 pun dah semakin expert dgn dunia IT dan web. Kadang2 parents tak tahu tapi ank2 lebih expert dari parentsnya. tqvm

    ReplyDelete
  5. Tq cikgu ita...for info...😊

    ReplyDelete
  6. Tq cikgu ieta ats perkongsian ini...

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *