PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Quality Time

Tajuknya omputih... tapi... nak ceritanya dalam Bahasa Melayu sudahlah kan...

Hari ini, baru ku rasai apakah itu "Quality Time". Setelah sekian lama aku berumahtangga... Hehe...

Kenapa ya? Nak ceritanya, hari aku, encik usben & anak-anak pergi ke kenduri kawan encik usben... Selepas itu, kami berjalan-jalan... Nak tau ke mana? Ke Carrefour je... hehe... Kebetulannya sudah lama tidak ke situ... Janji berjalan kan... Jalan-jalan lihat tv & peralatan teknologi yang canggih lagi manggih. Than, jalan punya jalan punya jalan... makan-makan... Nak tau makan apa? Banyak rupanya pelbagai booth  produk makanan dibuka hari ini di situ... Memang best... Dah mereka bagi kami rasalah beramai-ramai... Free lah katakan... Memang best... Than kami ke bahagian stationary. Tiba-tiba, lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif berkumandang... Tergelak ketawa aku melihat gelagat encik usbenku dan anak-anakku yang comel bersama-sama menyanyi dan mengikut rentak itu. Suka hatinya...



Layan....

Setelah menjelajahi persekitaran yang kusebutkan di atas tadi, kami jalan-jalan  pula di port  ikan-ikan yang sedang hidup lagi. Anak-anak... memanglah suka dengan ikan-ikan tu even  aku kegelian melihat belut... Ieeee.... loya tekakku... Tapi takpe... Janji anak-anak & encik usben suka... happy kami semua... Jalan lagi... makan aiskrim... anak-anak je la... kami suami isteri takla teringin, sekadar melihat anak-anak happy makan aiskrim yang panjangnya ke atas dalam corn penjual telah letakkan dan sekadar merasa gitu-gitu je... Janji, anak-anak happy...  Sebelah kaunter aiskrim tu ada pula hamster dan pelbagai haiwan jinak untuk peliharaan... Maka, suka sukilah hati anak-anakku pergi melihatnya... Tak beli... Cuma lihat... Memang seronoknya mereka. O ya di kedai buku, sempatku membeli beberapa poster ilmiah tentang abjad rumi dan jawi, solat lelaki & perempuan. Begitu teruja anak-anakku melihat poster itu. Tak sabar mereka nak balik rumah & sama-sama belajar seterusnya mempraktikkannya.

Dah sampai rumah, semua mandi... Bila Maghrib kami solat berjamaah termasuklah yang berumur 2 tahun. Comel sangat dia memakai telekung buatanku (tudungku yang dah tak ku pakai) jadi lah kan... Janji dia nak solat even solat pun dok cak cilut cak dengan kami semua. Hehe... Si abang pun sama (5 tahun) katanya "Siti, jangan mainlah!" sambil solat ni tapi bercakap... Macam-macam... tak khusyuk nak solat aku dibuatnya menahan ketawa. Tak mengapalah, janji solat bermula dari kecil lagi. Selesai solat, mereka semua mengaji. Begitulah rutin mereka bila solat berjamaah maghrib bersama-sama.

Tergerak hati untuk survey produk baby online. Sedang survey, suami ajar anak-anak bacaan solat dan cara solat berpandukan poster yang ku beli tadi. Sejuk...hatiku mendengar mereka beramai-ramai mengikut membaca. Dah selesai, semua nak tidur tapi, sempat lagi, bersama-sama membaca abjad-abjad diposter tu. Sukanya mereka...

Hari ini baru ku tahu betapa ni'matnya quality time iaitu masa yang diluangkan untuk suami dan anak-anak/keluarga. Mudah-mudahan kami bahagia hingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbal 'Alamin...
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *