PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

SUKA JUGA MENULISKAN WALAU TAKDE IDEA?

As salam. Pagi-pagi ni, sebenarnya nak kongsi tentang buku yang ku baca. Tapi... baru beberapa perenggan baca, mata mengantuknya hai.... Terkuap-kuap menahan mengantuk. Lantas, ku buka dan ku belek tulisan-tulisan dalam beberapa blogger yang ku ikut. Aku memang gemar membaca blog orang daripada membaca buku... sebab bila membaca blog, mata yang mengantuk terbuka luas. Idea pun senang nak dapat untuk meneruskan penulisan. Selalunya, dari blogger2 hebat inilah ideaku tercetus untuk menulis. Bila membaca buku hah, nilah jadinya... Jadi, ku tangguh dahulu perkongsian ilmu dari bacaanku dibuku. Insya Allah  satu hari akan ku kongsi apa yang ku baca bersama kalian.

Dari blogger HH di laman http://www.hasrulhassan.com/2012/07/18-perkara-untuk-menjadi-blogger-yang.html ku dapatkan pelbagai tips menjadi blogger. Terima kasih kepada beliau.

"Membaca Jambatan ilmu. Ilmu datang dari membaca. Ilmu yang dapat, perlu dikongsi. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon tanpa buah."

Ini adalah antara ungkapan tentang membaca yang sering kita dengar dan hasil daripada membaca adalah ilmu. Bukan senang nak dapat ilmu andai tidak dicari. Berkenaan ilmu, hari ini bermula jam 2 petang adalah hari pertama kelasku di UTM bagi semester yang ke lima bermula. Hari ni, lepas g kenduri dengan encik usben n anak2, baru ke kuliah. Just park keta kat tempat yg sll park BILA TIME SUSAH NYA NAK KE TEMPAT KULIAH TU than ke masjid jamek putra than ke star Lrt berhampiran dengan tempat kuliah than naik man2 bas yang berhenti depannya. Huh, memang bukan senang nak senang... Harap segalanya berjalan lancar... Amin

Ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca tulisan-tulisan saya dan saya amat-amat menghargai kalian yang sudi menjadi rakan blog saya. Moga anda semua sentiasa di dalam rahmat Allah S.W.T Amin..

Nota kaki :
Tiba-tiba rasa terharu sebab jumlah rakan blog menjadi 12 orang (yg sorang tu, aku le tu masa memula belajar blogging terklik joint blog sendiri. Nak remove dah tak boleh. Haha... pecah rahsia...) yang paling aku rasa terharu adalah :-
1. Suamiku hari ni membelek blogku.
2. Semalam rakan blog ada la 11 orang, tujuan blogging mencari latihan utk murid tahun hadapan. Namun, tak ku sangka en. Ahmad Sufi sudi menjadi rakan blogku.
3. Blogger terhebat en Nick telah sudi menjadi rakan blogku... (Malu pun ado...) ye lah... siapalah aku kan...blogger yang biasa2 je... tak hebat macam dia dan yang lain2... huhu...

Mak aih... panjangnya nota kaki....
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

  1. mia datang sini.... wahhh blogger baru ieta ni... salam kenal ya.

    selamat datang ke dunia blogging... :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mia... sudi ziarah & menjadi rakan blog saya. terima kasih juga atas info2 menarik tentang dunia blog. :)

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *