KISAH CIKGU IETA

Cikgu ieta Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Mula menulis di blog dari tahun 2006. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam lagi. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. �� Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza

Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza

Ku menitiskan air mata 
Lantaran melihat betapa sengsara
Umat Islam di bumi Ghaza
Ku tak berdaya membantu mereka
Hanya doaku hulurkan sebagai senjata
Membantu perjuangan mereka
Yang tak pernah-pernah leka
Berjuang untuk negara
Menuntut keamanan yang tak pernah tiba
Apakah kita hanya mampu melihat semata?
Tanpa melakukan apa-apa?
Bersyukur kita di bumi Malaysia
Walau parti politik bercakaran sesama mereka
Walau pelbagai kebobrokan berlaku di negara kita
Walau buang anak di sini sana menjadi berita utama
Walau jenayah dibanteras namun tetap berleluasa
Walau budaya Gangnam kini bermaharajalela
Walau kemasukan budaya barat menerjah Malaysia
Walau sewajarnya, kitalah yang patut menerima atau menolaknya
Bersyukur kita masih tidak menjadi seperti di Ghaza
Yang saban hari dibom di sini sana
Tangisan bayi dan wanita
Darah berlinangan di mana-mana
Kematian saban hari di sana
Syahidnya mereka sudah tentu milik mereka
Pilu ku melihatnya
Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza






SHARE

Cikgu ieta Blogging Marketing Management Expert & Freelance Speaker

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 orang yang sudi komen:

  1. Yang ni sajak saya reka sendiri ha... takde ciplak memana ek...

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *