PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

BERAPA NILAI BLOG ANDA?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Bagi saya, tiada dalam hidup saya hari tanpa sepatah kata. Kerana saya memang suka nak berkata-kata juga melalui tulisan saya. haha... (gelak dulu...)

Berblogwalking semalam terjumpa tentang entri apa harga blog anda di entri en. nicknashram. Lantas teringat pernah saya mendapat sebuah email dari siapa ntah la. Lama dah email tu... Kebetulan email tu dah corrupt tak boleh buka, tak dapatla nak tunjuk bukti. Antara isi email tu ialah, beliau berminat untuk membeli blog saya. Masa tu tak terfikir langsung blog ini boleh menjadikan seseorang itu dikenali dimata dunia. Tak tahu pun dari blogging boleh menjana income. Tak tahu pun blog adalah segalanya bagi seorang blogger. Tak kiralah blogger itu blogger sepenuh masa atau separuh masa. Memang tak ambil port langsung tentang email tu... Kebetulan pula masa tu sedang kecoh tentang penipuan dari laman internet. Lagi la tak hirau langsung...

Bila baca entri en. Nick teringin juga la nak tahu bernilaikah blog saya ni. Lantas, saya pun klik di laman web ni bizinformation. Hasilnya, seperti yang anda lihat di bawah.


Bermakna, blog saya ada juga nilainya ya? Bukan tidak bernilai. Cuma amountnya taklah sehebat seperti blog lain-lain blogger... Amount yang tertera di atas itu bagi saya, bolehla .... dibuat untuk membayar yuran UTM saya. Tapi perlu tambah sikit dengan duit gaji la... Biasalah kan... dunia masa kini, mana ada apa pun yang percuma dan murah-murah belaka... 

Persoalannya, mahukah saya menjual blog yang amat berharga buat diri saya ini walaupun blog saya ini tidak sehebat blog orang lain yang sememangnya hebat. Jawapannya mudah sangat iaitu TIDAK samasekali. Kenapa? Kerana blog saya adalah medium untuk saya menulis, membaca dan berkongsi pendapat melalui cara saya tersendiri tanpa perlu meniru mana-mana idea oranglain tetapi dari blogwalking ke blog oranglain, selalu juga saya mendapat idea untuk menulis AKA mengomel :) Rugi wo.... Penat-penat menulis, nak jual. Takmo3.... hehe... 

So, berapa pula nilai blog anda? Mestilah lebih hebat dari nilai blog ini kan? :)

Nota : 
Satu hari dulu, sedih bila rakan blog AKA followers  tak ramai. Tapi sekarang dah tak kisah sebab "Janji dapat menulis".  Dan ada yang sudi membaca. Lagi seronok jika entri dikomen. Followers ramai pun tapi entri takde orang nak baca atau komen, pun tak syok juga. Sebab kadang-kadang tu... orang just follow sebab ikut arahan GA /Segmen. Terkadang, orang tak follow pun... Pengalaman...

Apapun, saya amat-amat berterimakasih kepada followers yang sudi follow blog saya dan sudi komen entri saya. Tanpa anda semua, tak mungkin blog saya akan terus bertapak hingga ke hari ini walau tak hebat seperti blog blogger yang lain :)


Akhir sekali, usah berputus asa sebagai blogger kerana apa yang telah terjadi dan akan terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri.
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 orang yang sudi komen:

  1. kalo betul la ni harga blog, konpem lama dah jual..haha
    pastu buat yg lain pulak.
    betul tu, follower ramai tak semestinya kita ada pembaca setia.

    ReplyDelete
  2. hihihi..
    btul ckp nik tu.. sya pn jual..
    bab follower ni sya tkut skt bla dh smkin ramai sbb takut entry yg kta buat tu x memuaskn hati pembaca..
    bgi sya biar follower x ramai, tp ade pembaca setia.. ;)

    ReplyDelete
  3. En. Nick : kalo terdesak tu, bleh lah kot... tp setakat ni, tak terdesak lagi. sayang ma... dgn blog nih... tp nak buat blog lain tu, mgkin lagi ada. brgantung pd keadaan & permintaan la kowt... :)
    Miss Zahirah : Akk belajar dari pengalaman berblogging, thn ni la br betul2 gila blog. Haha... tu pun bermula dari minat menulis. Nk jd penerbit buku rs tak layak, so tulis je la ikut apa yg rasa nak tulis dlm blog sendiri

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *