DOMAIN mana lebih baik? Perlukah HOSTING?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Sambil menyiapkan assignment, mencari-cari juga hal ehwal domain, terjumpa blog Jutawan Internet terkenal. Di sini saya ingin berkongsi pendapat dari pembacaan saya tentang domain dari blogger hebat Irfan Khairi. Entri beliau bertajuk 

Domain name perniagaan .com.my lebih baik


Mengapa domain name .my, .com.my, .net.my, .org.my dan domain name tempatan yang lain adalah lebih baik?
Satu sebab yang amat penting adalah domain name tempatan seperti di atas akan mendapat tempat yang lebih baik di enjin pencari apabila seseorang melakukan carian tempatan.
Kini, enjin pencari seperti Google mempunyai pilihan kepada pengguna untuk melakukan carian internasional atau carian tempatan. Bagi mereka yang menggunakan domain name tempatan seperti .my, .com.my, .net.my, .org.my akan mendapat kelebihan promosi percuma ini.
Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet tempatan, atau baru hendak memulakan web presence anda, pastikan anda mendapatkan domain name berakhir .my untuk mendapat kelebihan di enjin pencari. Domain name .my boleh didapati di .my Registry


Ini pula dipetik dari forum mesra.net

1. ".com tu lebih universal..kalau .com.my tu lebih kepada negara...jika datang dari malaysia sebaik baiknya guna .com.my sebab org akan kenal website tu dari malaysia dan .com.my ni lebih profesional memandangkan prosuder untuk mendapatkannya bukan semudah .com yang boleh di beli dengan mudah...."

2. "jika anda mempunyai syarikat yang berdaftar, anda bolehlah mendapatkan domain .com.my seperti yang diberitahu sebelum ini. mempunyai domain .my ni ada beberapa kelebihan. contohnya:

  1. customer/potential cust lebih percaya kepada syarikat kita, berbanding domain .com sahaja. ini kerana seperti yang kita tahu, untuk mendaftarkan domain .my kita perlu mempunyai syarikat yang berdaftar dan juga perlu menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat sebelum domain kita didaftarkan berbanding domain seperti .com, .net, .org dan lain lain.
  2. imej korporat dan imej malaysia. sesebuah website yang mempunyai domain .my, .sg, dan lain lain menampakkan ciri ciri korporat sesebuah syarikat tersebut. secara automatik, pelawat akan tahu, website ini adalah dari sebuah syarikat yang berdaftar di malaysia. boleh menonjolkan ciri malaysia juga.
berkenaan beza domain dan hosting. selalunya bila kita beli domain, kita akan beli dengan hosting, melainkan kita host server sendiri. tentang harga, kene check dgn hosting provider."

Harap memberi manfaat.
psss... sejak guna domain .my ni percambahan viewer makin meningkat. Alhamdulillah... :)


Comments

  1. Aslm, ni nak tanya, cmna nk dpatkan domain .my adakah kena beli ? free ada x ?

    ReplyDelete
  2. hosting sesuai bli mase satu website tu dah femes dan purata visit 10k shari :)

    ReplyDelete
  3. Betul..[dot]my menunjukkan identiti kita selaku rakyat Malaysia.Hal ini sekaligus melonjakkan nama negara di mata dunia dengan identiti domain yang tersendiri.Proud Be Malaysian

    ReplyDelete
  4. Mohammad Zikri : utk keterangan lanjut, sila lawat blog blogger Innanie http://www.coklateyes.my/2012/12/hadiah-hebat-buat-1500-follower.html Selamat maju jaya :)
    Paly : Terima kasih Paly atas jawapan diberi :)
    KC : Memang sangat2 berbangga menjadi rakyat Malaysia :)
    Syukur pada Ilahi atas semua kurniaannya ini.

    ReplyDelete
  5. muja punya pv pun naik mendadak,, alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  6. domain takde masalah nak tukar.
    cuma hosting je malas nak beralih lagi..tggu la..guna blogspot yg free ni dulu..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.