PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KENAPA PILIH KERJAYA GURU?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.

Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.

Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?

Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.

Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru. 

Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...

Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat...
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga, 
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi  manusia yang berguna. 
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka. 
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya. 
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa. 
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa 
dan terkadang menulis entah apa-apa....

Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya? 
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 orang yang sudi komen:

  1. kerjaya perguruan tu sesuatu yang mulia lah kak... tanpa guru sapalah kita... dia yang memberi ilmu dan menjadikan kita apa yang kita jadi sekarang... disamping didikan ibu bapa dan persekitaran...

    saya dulu pernah gak terfikir...jadi cikgu pown besh jugak nih... adalah mengajar tuition kat rumah dulu...tapi sekarang sebab cbuk... dah tak ter-tuition jugak... lagipun biarlah bebudak tu belajar dengan cikgu yang bertauliah...

    tunggu ngajar anak sendiri...

    ReplyDelete
  2. bukan tah pape la,,, muja suke je baca blog ni,, hehehe,,, i am also going to be a teacher,, hope i will be as strong as you are when i am officially a teacher :D

    ReplyDelete
  3. mcm mana cra terbaik eh lps dpt ijazah yg bkn peguruan...confius la pensyarah ke nak guru hihi

    ReplyDelete
  4. Farah : betul, kerjaya sebagai guru memang kerjaya yg mulia. Antara perkara yg mnjadi bekalan mati ialah Ilmu yg bermanfaat. Syukur Alhamdulillah sbb ada gak la sesuatu utk bekalan mati nnti... walau amalan tak banyak... huhu...
    Muja : Selamat bergelar guru ya :)
    Zila Manaf : buatlah solat istikharah utk mdpt pilihan yg terbaik.

    ReplyDelete
  5. guru jutawan akhirat.

    selamat kembali bertugas dengan penuh azam & kesungguhan :)

    * ciklaili.com pun cikgu juga.

    ReplyDelete
  6. betul tu jadi guru ni tanggungjawab besar nak mendidik anak bangsa...job description nya tiada batasan...sampai kalau terjumpa anak murid di luar sekolah sekali pun guru kena tegur budak tu kalau dia buat salah....tu sebab saya respek dgn sesiapa sahaja yg bergelar guru...

    ReplyDelete
  7. wahh cikgu rupanya. teringat citer upin ipin petang tadi. saya pun berminat jugak untuk mejadi seorang pendidik. ツ

    ReplyDelete
  8. Kerjaya guru tu sememangnya mulia tapi niat ikhlas tu perlu seiring dengan khidmat yg diberikan seorang guru tu...

    ReplyDelete
  9. jdi cikgu ni kna byk bersabar..
    kna pndi mengajar..
    sya jnis x pndi mengajar.. hihihi

    ReplyDelete
  10. Saya pun nanti bila dah berjaya, saya nak jadi cikgu. Cita-cita sejak kecik. Jadi sampai sekarang cita-cita tu melekat sebab MINAT. Saya harap suatu hari nanti dapat jadi cikgu. Hikhik. Sis aka Cikgu, teruskan mengajar. Hehe :D

    ReplyDelete
  11. Cik Laili : Terima kasih :)
    Timi : betul tu :)
    BK : hehe... anak2 mmg suka tgk upin ipin.
    SM : sentiasa mengikhlaskan diri walau dicerca atau dimaki. Adat menjadi guru, sentiasa kena bnykkan bersabar :)
    MZ : xpandai m'ajar takpe sbb ada cikgu2 yg sudi m'ajar sesiap yg sudi belajar :)
    Nurul : Harap tercapai yg cita2kan :)

    ReplyDelete
  12. Saya juga merupakan seorang guru. Banyak sangat tekanan dan beban kerja. Tapi masyarakat sekarang tidak menganggap guru sebagai seorang pendidik yang sering dihormati seperti dulu-dulu. Masayarakat sekarang tggu masa je utk viralkan isu guru atau sentiasa menuding jari ke arah guru apabila dikaitkan dengan masalah atau kemenjadian akhlak murid. Redha je la... Semoga adalah saham kita di akhirat kelak. Kita jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang guru dengan amanah.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *