SUKANYA HATI....

Salam, 

Hai semua... Sukati sangat saya hari ini sebab...
  1. Ada kakak cleaner yang baik hati di sekolah dah siap tolong basuhkan langsir kelas saya... 
  2. Dapat hantar encik suami tercinta saya ke putra LRT untuk dia ke pejabatnya.
  3. Dapat siapkan tanda buku latihan bahasa arab murid saya. So, tinggal buku khat 2 kelas saya sahaja nanti bila sihat dan ada masa saya sambung semula menandanya.
  4. Balik dari kerja, terus buka PC dan jumpa entry ni berapa-jam-blogger-tidur-sehari dari blogger Nick Nashram. Tergelak membacanya... Sebab semuanya memang benar belaka. Kalau nak tahu kenapa, sila klik title yang berunderline tu ya. 
  5. Buka blog, rakan blog dah meningkat kepada 48 orang daripada mulanya hanya ada 11 orang sahaja... Pehtu kan, hari ini 6 orang telah sudi komen... Sukanya...hatiku ini.... (Sorry lah ya... saya memang suka sangat ngan blog, nak buat camana... sebab tulah apa sahaja yang berkaitan dengan blog saya, jika menimbulkan kegembiraan pada diri saya, akan saya coretkan dalam blog saya ni). Mungkin pada orang lain ini tidak membawa apa-apa erti tapi, bagi saya yang baru dalam dunia blog ni, itu adalah satu di antara beribu perkara yang membuatkan SUKANYA HATI... saya ini...
  6. Nak sambung blogwalking peserta Segmen blogger Mia yang juga friendly macam blogger Nick Nashram tu.
  7. Saya memang sangat-sangat sukahati...
 


Sebenarnya,
semua manusia yang dicipta oleh Allah tercipta dari azali lagi suratan taqdir untuk dirinya. Jadi sentiasalah suka-sukakan hati sendiri. Carilah sesuatu yang boleh menceriakan hati sendiri. Contohnya:-
  1. Membaca. Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun samada membaca melalui blog ataupun membaca buku. Terpulang...  
  2. Cari kawan... kawan boleh dapat dari pelbagai tempat. Samada dari facebook, twitter, blogging atau apa sahaja laman sosial yang bermanfaat untuk diri sendiri. Tapi jangan lupa ha.... batasan perlu dijaga...
  3. Buat kerja-kerja amal contohnya, kemas dan bersihkan masjid/surau. Bersedekah. Takpun, pergi tolong mangsa peperangan di mana-mana negara yang memerlukan tu... (Kalau mampu la kan...) Saya sendiri pun tak mampu, jadi lakukanlah kerja-kerja amal yang anda rasakan bersesuaian dengan kemampuan dan kudrat yang anda ada.
  4. Bahagiakan keluarga. Ibu/bapa, suami/isteri, anak-anak, adik beradik dan sanak saudara anda adalah segalanya bagi kita. Tanpa mereka semua, tidak mungkin kita mencapai apa yang kita ada sekarang ini.
  5. Tataplah wajah atau gambar insan-insan yang boleh menceriakan hati.
  6. Rehat dan tidurlah secukupnya walaupun ianya kadangkala payah...
  7. Senyumlah walau sedang dilanda masalah.
  

Akhir sekali, ingatlah....
Apa sahaja yang menimpa ke atas diri kita, sudah semestinya itu adalah ujian untuk meningkatkan keimanan ATAUPUN sebagai kaffarah dosa2. Renung2kanlah...apa yang pernah kita lakukan kepada oranglain sebelum kita menyalahkan oranglain. 

JADI...
Usah menyerah kalah pada masaalah. Hadapilah ia dgn tabah. Musuh memang suka melihat kita rebah dan berjiwa gundah. Hidup ini memang bukannya mudah. Mohon dan berserahlah segalanya kepada Allah. Pasti ada jalan penyudah... 

Nota :
Ish, baru perasan, apesal plak la timing & date entry ni tak betul... ada sesiapa tahu camana nak betulkan tak? tqvm Dah ok dah

Comments

  1. nanti rajin2 la blogwalking dan tinggalkan komen untuk tmbh follower..huhu..saya dah kena balik semula ke johor.pengetua suruh dtg brtugas.keje cikgu mmg camni.

    ReplyDelete
  2. Mekasih ats nasihat & panduan. Sdg berusaha ni...huhu... slmt bertugas dan moga tercapai segala yg diimpikan... :)

    ReplyDelete
  3. Akhirnya, setelah 3 hari 3 malam siap juga BW ke peserta 109 dlm segmen Mia dek pelbagai kebzian benda... hehe... SUKATINYA.... (aDA lagi, BW lagi...)

    ReplyDelete
  4. wah baiknya cleaner tu :) itulah tugas yang mulia :)

    ReplyDelete
  5. Tersenyum Wilma tengok pic tersenyum tu ^_^
    Memang hari nie hari menggembirakan buat Ieta ya :-)
    Wilma tumpang gembira buat Ieta jugak...

    ReplyDelete
  6. bestkan bla berblog.. rsa puas bla ade org dtg blog kta n komen.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.