12 December 2012

TUTORIAL TUGASAN SUBJEK PENGUKURAN DAN PENILAIAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Hari ni agak bz sebab berulang-alik check gula di klinik. Petang baru perasan ada mesej dari rakan se UTM
"Marsitah, cuba ko tlg citer sikit dlm sms ni mcamana ko buat tugasan individu dr. hamimah? Ringkas yg munkin tp padat. Tq"

Nak mesej... rasanya panjang lebar juga keterangannya. Jadi, blog inilah juga jadi mangsanya... than baru postkan ke dalam fb group.

TUGASAN INDIVIDU 10 %


TAJUK 1

TAKSONOMI BLOOM

  • Ringkaskan (buat rumusan) 1 mukasurat ataupun 1/2 mukasurat

TAJUK 2
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

  • Cari contoh-contoh dan penerangannya

TAJUK 3
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (JSU)

  • Cari bahan dan buat rumusan.
  • Lampirkan bahan yang dicari.
  • Sertakan sumber rujukan termasuk internet dan buku rujukan.
  • Masukkan dalam fail plastik yang nipis sahaja, tidak perlu staple & binding. (Harga fail RM1.60 sefail. Nak murah, g beli kat mydin...)
Di bawah ni, tiada permintaan tapi dah alang-alang menaip, baik disertakan sekali untuk memudahkan rakan-rakan semua.

TUGASAN KUMPULAN (20 %)
  1. Pembentangan dan laporan bertulis 10 mukasurat (10 %).
  2. Ada rujukan dan termasuk lampiran (10 %).
PROJEK KUMPULAN (30 %)
Setiap kumpulan perlu sedia soalan berdasarkan aras-aras taksonomi bloom untuk menentukan aras kesusahan dan aras diskriminasi soalan.
Buat 1 soalan berdasarkan
  1. JSU
  2. Bina item soalan
  3. Tadbir ujian (beri kepada murid) implement dalam kelas.
  4. Analisis item soalan (Ambil data dan analisis data). 
 Cth : soalan 1 boleh jawab 10/20
         soalan 2 boleh jawab 20/20

Contoh soalan objektif :
  1. Isi tempat kosong
  2. Padankan
  3. Suaikan
  4. Kategorikan
Pensyarah mahukan 20 soalan aneka pilihan (objektif) yang ditadbir dalam sebuah kelas...

Semua perkara di atas adalah berdasarkan catatan saya dalam kelas. Jika ada sebarang kesilapan, sila maklumkan kepada saya ya. Terima kasih.... :)

Nota :
Hari ni saya belajar tentang domain dan hosting. Klik sini jika nak tahu lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?