Posts

Showing posts from January, 2013

NTAHAPATITLENAKLETAKNI...

As salam... Hari ni, entri tanpa gambar sebab MOUSE PULAK PROBLEM... Nak blogwalking pun takde mood... Banyak juga komen untuk entri semalam yang saya tak tahu nak publishkan guna keyboard ni ha... Jadi, tak dapatlah ia dipaparkan... Susah juga guna keyboard ni sebab dah selalu guna mouse. Dulu, tahu juga la mana key untuk function tertentu tapi bila dah selalu guna mouse, memang tak tau dah guna keyboard shortcut tu. Entri ni pun tak tersusun sebab tak tahu bagaimana nak justify tulisan guna keyboard. Huhu.... O ya, domain dot my saya masih berfungsi baik macam biasa berdasarkan komen-komen yang masuk dan sedang menanti untuk dipaparkan tapi tak boleh nak dipaparkan sebab saya tak tahu guna keyboard untuk memaparkannya seperti sebab tertera di atas (berapa kali mahu ulang da...) Itu bermakna, sesiapa pun masih boleh melihat blog saya ni. Itu sudah kira bagus... Cuma masih tak boleh adalah View page selepas edit blog atau edit widget blog. Tak kisahlah, janji orang boleh bele

BER DOT MY SEMULA walau masih error...

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Beberapa hari lalu.... Kini... walau agak slow... mungkin slow sebab blog ni berat kot... Alhamdulillah... Thanks to  Tapi, sentiasa macamni la pulak... bila nak klik kat ' your changes have been save.View Blog'  selepas save untuk edit blog/widget. Update : Blog dah okay :) tapi... sekejap ok, sekejap tak... haish...

BLOGSPOT.COM semula...

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Rententan daripada  INI , terpaksa bertukar kepada blogspot.com semula. Huhu... Janji dapat berblogging... Joint GA bagai nak dapatkan domain dot my nih...tapi... servis? hrmmm... ramai blogger cakap, macam hampeh.... happe da... 11/12/2012 joint GA untuk dapatkan domain .my ni. 13/12/2012 dapat domain .my. siap buat ENTRI  lagi sebab rasa seronok giler... 22/1/2013 Asia Host cuma email ni kat aku Aku siap like lagi Asia Host punya fb... 26/1/2013 domain .my mula problem sehingga ke hari ini. Masa tu buat  ENTRI  ni. Ada terbaca dalam blog blogger mana ntah tak ingat, mungkin tempoh 3 hari domain .my problem. Ada la hikmahnya ni kot... Apa pun, usah jemu untuk teruskan berblogging macam biasa walau tanpa domain .my yang sedang problem untuk sementara waktu :)

TOLONG2... BLOG PROBLEM

As salam. Blog sy  http://www.ieta .my  bermasalah tak boleh di View sbb google tak jumpa blog saya dan sbb Domain Name Server error, bagaimana nak perbetulkannya? Puas dah saya godek2 tapi tak boleh juga. Tolong saya... Tqvm

MAKANAN SEMASA BERPANTANG

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Atas permintaan, saya buat entri ini. Dari blog mohdapih , beliau menyenaraikan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jenis makanan dalam berpantang ni sebenarnya terpulang kepada daya tahan diri setiap individu itu sendiri.  Tak semua sama. Berikut laukku semasa berpantang :                                                                           1.   Ikan bilis – biasanya tumbuk dan goreng bersama bawang putih dan bawang merah yang juga telah ditumbuk. Jika anak dah takde sakit kuning, boleh tambah dengan lada hitam & halia. 2.   Ikan merah – masak sup/ masak asam/ masak stim 3.   Ikan jenahak – masak asam 4.   Ikan selar kuning – goreng/ masak asam 5.   Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng 6.   Ikan senangin – goreng/ masak asam/ kari 7. Ikan siakap - masak stim 8.  Biskut/roti – sesuai unt

CINTAKAH KITA KEPADA BELIAU?

Image
Cintakah kita kepada beliau? Junjungan mulia yang akan memberi syafaat kepada kita. Di waktu tiada siapa yang pedulikan kita DI SANA.. Cintakah kita kepada beliau? Insan mulia yang tidak berharta. Lagi Ummi tetapi kaya jiwa. Kaya budi pekerti mulia... Cintakah kita kepada beliau? Andai sunnahnya tidak kita jaga Andai hadisnya kita cerca Andai fatwanya tidak kita guna Andai amalannya kita persenda... Cintakah kita kepada beliau? Jika hukum Allah yang mengutuskannya kita buat-buat lupa. Jika kita terlalu alfa dengan dunia. Jika hukum Allah sering dipersenda... Cintakah kita kepada beliau? Sedangkan di dunia kita bertelagah sesama kita. Dek pegangan kita yang tak serupa. Sedangkan bila Maulidur Rasul, kita sambut bersama? Cintakah kita kepada beliau? Sebagaimana beliau kasihkan kita. Sedangkan beliau mengasihi kita ummatnya. Ayuh, bersatulah wahai semua... Supaya aman dunia, selesa kita bersama. Dari segala ancaman manusia durjana. Yang mementingkan

BILA BLOGKU DIREVIEW (PART 3)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Rasa nak buat entri tentang tajuk di atas pula hari ni. Sebelum ni dah pernah buat juga entri tentang review ni. Tak kisahlah kan... asalkan tak ciplak idea orang lain dan ada sesuatu untuk dikongsikan. Kan3... 1)   Review pertama tentang blogku adalah dari blogger femes,   Cik Didiey (blog-review-ieta-myblog).   Sila klik link kalau nak tahu apakah reviewnya. Inilah kali pertama blogku direview. Masa ni tak berapa pandai nak update blog lagi. Header pun sangat-sangat sempoi. Entri tentang review dari Cik Didiey ni,   DI SINI . Ada beberapa perkara menurut Didiey beliau tertarik dan beliau komen tentang blogku pada masa itu iaitu:- 1) Widget surah. Widget ni dah terhilang masa update-update blog. Huhu... Masih tercari-cari widget ni tapi belum terjumpa lagi. 2) Gambar anak-anak di Lilypie Sticker. Sekarang ni, gambar anak-anak just letak di page tab About Me sahaja. Mungkin satu hari nanti, nak buat Video gambar-ga

HELP ME : SSL CONNECTION ERROR

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ HELP ME : SSL CONNECTION ERROR.  Tak perasan  Setiap kali bertukar domain baru,  blog  pasti bermasaalah begini iaitu bila nak View Blog setiap kali di update layout atau layout nya. HELP ME : SSL CONNECTION ERROR. Save boleh tetapi bila klik View Blog untuk lihat hasil setelah edit layout berlaku SDL CONNECTION ERROR .

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Teringin gak nak menang top up ni... Segmen Top Up by   Blogger Emas Putih . Dah lama (tahun ni juga) follow blog Emas Putih :) Kalo nak joint, sila klik banner di atas na... :) Tarikh Tamat 30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam

Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Segalanya bermula DI SINI Dari blog INI , saya terjah ke blog  INI tAK KIRA,tak kira Nak juga joint contest ini... Suka joint Contest yang ni sebab 1. Dari Contest ini, telah didermakan kepada Palestine melalui Aqsa Syarif yang telah diuruskan oleh geng blogger tuan punya contest ni.  2. Blogger hebat  benashaari  antara pengadilnya . 3. Semua penaja adalah blogger yang hebat! Hari ini juga secara rasminya aku adalah follower ke 1598 blog tuan punya Contest ni. Wa... Dasat tu 1ribu lebih follower...  Pendapatku tentang blog  mksyahir  ni kan (Tak sempat abes lagi ku mentelaah blog ini. Baby dah nangis... Hehe...) 1. Header blog ini abstract. 2. Loading ke blog cepat. 3. Sidebar blog ini tersusun dengan kemas. 4. Paling suka ayat ini 2 ayat di atas membuatkan ku tergelak besar. Haha 5. Lagi yang membuatkan ku tergelak besar sampai nak terguling-guling, kat sini ayatnya memang

SHORT SEGMENT BY NAA

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Nak joint lah... Segmen kali pertama tahun 2013. Sebab syarat-syaratnya mudah sahaja... Maka saya pun joint segmen ini. Saya dah lama dah  follow blog NAA.  Hari ni baru saya  like fanpage NAA.  Dah siap juga letak banner NAA yang kat atas tu. Segmen ni akan tamat pada tengah malam ini. Inilah gambar atau header blog saya  (untuk cik NAA   promote blog  saya nanti). Ini pula link fanpage fb  saya. (Nak juga   fanpage di promote ...). Siap  buat  entry  pasal segment ni. Terima kasih  Cik Nurul Ain Ahmad  sudi buat segmen ini :)

InsyaAllah ke In Shaa Allah?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Sekadar berkongsi ilmu...

BLOGWALKING SAMBIL EDIT BLOG

Image
Harini, setelah selesai belek baby ku, dia pun dah tidur lena... ku mencari-cari beberapa tutorial untuk mentachap (apa bahasa da...) blogku ini. Ada beberapa orang dah offer untuk tachap blog aku ni tapi... bila dah cuba-cuba try test edit , rasa seronok pula. Lagipun, rasanya, elok aku try and error baru ada thrill ... kan3... Biarlah tak secantik apatahlagi sehebat blog blogger  lain janji cuba... Sambil-sambil blog walking , terjumpa kat blog INI  Nak tau apa yang ku jumpa? Jeng3.... Kelakar... Tergelak-gelak aku tengok video dari You Tube ni. hehe... Nota : Terlampau edit , terhilang widget  surah pilihan.... huhu...

KISAH DALAM WAD N.I.C.U

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Sementara baby ku Abdul Latiff sedang tidur, nak bercerita pengalaman duduk dalam wad NICU,  selama 3 hari disebabkan jaundice  (demam kuning). Bukan tak pernah anak-anak lain kena  jaundice  tapi kali ini pengalaman lain dari yang lain. In Shaa Allah ada kesempatan, akan ada entri tentang berpantang kali ke 5 ni seperti permintaan beberapa orang rakan  blogger.  Nak tahu lebih lanjut tentang jaundice, boleh klik  sini .  Terima kasih atas info berguna itu. Memang amat tidak menyeronokkan walau layanan doktor dan nurse di sana baik. Kenapa tak seronok? Sebab-sebabnya :- 1. Makanan bukanlah makanan orang berpantang. Ye la, mereka masakkan overall untuk semua pesakit. Memang tak sempatla nak masak khususkan untuk orang baru bersalin. Ikan dan ayam, maaf cakap hanyir... aku memang dari dulu lagi, kalau terbau hanyir, terus hilang selera nak makan... Tapi... redha je la... yang mana boleh dimakan, makan... Mo

TIDAK DAPAT BERBLOGGING BUAT SEMENTARA WAKTU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Harap maaf, blog ini sedang dikemaskini.... & saya masuk hospital dengan baby ke 5 saya kerana jaundice baby tinggi (19.5). Doakan saya dan baby saya sihat. Terima kasih Hari ini baru dapat buka komputer. Ahad 13/1/2012 dah keluar dari NICU, Hospital Ampang. Tapi petang ni kena bawa anak ke makmal semula untuk cek jaundicenya tinggi atau tidak. Harap tidak tinggi. Amin.  Terima kasih atas doa dan ingatan semua :)

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Image
Malam-malam buta ni, lepas betulkan yang patut di sini  rajinlah pulak nak joint segmen... Takmo cakap banyak, sesiapa yang nak joint, sila klik banner di bawah ya :) Tarikh Berlangsungnya Segmen : 30/12/12 ---> 30/1/13 Nota : Masih mencari-cari sesuatu untuk perbaiki blog sebab bila tengok blog oranglain, rasa hebatnya... blog mereka. Hehe... 

LAHIRNYA MEMBAWA JUTAAN BAHAGIA

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ 4/1/2013 - Abdul Latiff pada hari pertama dilahirkan. Anakku yang ke 5. Alhamdulillah... Penantian membuahkan kebahagiaan. Sebab tu lah  lama tak ber update  blog ini... hehe...        Hari ke dua...    Hari seterusnya, tak payah lah gambar lagi ya... nanti sarat plak blog ni dengan gambar je.... Memandangkan hari ini adalah hari ke 4 cahayamataku ini dilahirkan, Abdul Latiff pun sedang lena... maka dengan penuh rindunya terhadap blogku ini, entri khas ku taipkan untuk pembaca dan pengikut setiaku yang baru mencecah ke 150 orang sehingga 1.52 petang ini. Hari ni hari ke 4 Abdul Latiff dilahirkan. Dah 2 malam dia asyik meragam je. Dah 2 hari juga nurse dari klinik datang melawat. Dah 2 hari juga siap berurut. Semalam macam nak demam rasanya. Maklumla kan, lama tak berurut... Hari ni, ok sikit dah. Semalam, nurse cek temprature temprature Abdul Latiff 37.7 celcius. Suami bawa dia ke klinik dekat dengan r