KISAH CIKGU IETA

Cikgu ieta Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Mula menulis di blog dari tahun 2006. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam lagi. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. �� Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

MAKANAN SEMASA BERPANTANG

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Atas permintaan, saya buat entri ini. Dari blog mohdapih, beliau menyenaraikan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Jenis makanan dalam berpantang ni sebenarnya terpulang kepada daya tahan diri setiap individu itu sendiri.  Tak semua sama. Berikut laukku semasa berpantang :
                                                                         
1. Ikan bilis – biasanya tumbuk dan goreng bersama bawang putih dan bawang merah yang juga telah ditumbuk. Jika anak dah takde sakit kuning, boleh tambah dengan lada hitam & halia.
2. Ikan merah – masak sup/ masak asam/ masak stim
3. Ikan jenahak – masak asam
4. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
5. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
6. Ikan senangin – goreng/ masak asam/ kari
7. Ikan siakap - masak stim
8. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang

SAYUR
1.    Sayur sawi – sup
2.    Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
3.    Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan dan awet muda disamping mengecutkan peranakan.

BUAH
1.    Limau Sunkist Prune (melawaskan buang air besar)
2.    Kurma (menambahkan tenaga)

MINUMAN
1.    Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang. Jangan minum milo waktu sembelit.
2. Kopi
2.    Air masak suam

UNTUK TAMBAHKAN SUSU
1.    Daun pegaga
2.    Lobak putih


TAK BOLEH MAKAN
Ikan yang tak boleh dimakan ialah semua ikan yang ada warna hitam dibadannya. Contoh : ikan cencaru, ikan bawal hitam, ikan tamban, ikan tongkol, ikan sembilang dan keli.

Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:
1.    Makanan laut – sotong/udang/ketam (takut gatal di tempat luka)
2.    Telur (luka lambat sembuh)
3.    Ayam (takut gatal di tempat luka)
4.    Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang (bisa badan)
5.    Tebu/ air kelapa/ buah anggur/ buah tembikai (kancing gigi)
6.    Makanan pedas/ berminyak/ keju/ marjerin/ susu (kembang peranakan)
7.    Aiskrim (bentan / demam)

Kalau luka dah sembuh, segala yang takut gatal tu, boleh makan... :)

Sekian. Wassalam...


Nota : Arghhhh... buruknya blogku... terlampau nak tachap... dah buruk dah jadinya... huwwwa.... tulah... ada orang offer nak tachapkan, nak gak tachap sendiri... sambil sebelah tangan pegang baby hah, nilah jadinya.... Dah serabai dah.... Dah lah tu, bila nak View blog keluar macamni pulak dah...





SHARE

Cikgu ieta Blogging Marketing Management Expert & Freelance Speaker

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *