28 February 2013

BLOG, WORDPRESS DAN WEBSITE


As salam.

Pagi tadi, saya blogwalking ke blog blogger mrsyam yang tinggalkan jejak di chatbox blog ieta. Masa nak tinggalkan komen, disebabkan blognya under wordpress, maka saya perlu login ke wordpress untuk meninggalkan komen. Saya pun loginlah sebab ada pernyataan yang saya ni dah ada akaun dengan wordpress. Dalam hati "bila masa la pula aku ni ada akaun wordpress?" login je la.... berkali juga login sebab tak ingat password. Tengok-tengok, eh eh... iya la... memang ada... La... ada dah rupanya... tu la, main klik-klik punya kisah lah ni, dah register tinggal... tak ingat dah ada rupanya blog yang under wordpress.

Baru je bercadang-cadang nak tukar template Blog ieta ni kepada template Thesis yang smart dan kemas macam yang ramai blogger hebat dah gunakan.

Masalahnya kan, TAK TAHU la nak guna wordpress... huhu... macam pelik dan janggal je walau nampak mudah dan cantik lagi kemas blog under wordpress tu. Tu yang serabut semacam je blog tu. Nak buat entri pun tak pandai.... Dah tu, nak postkan entri tentang apa dalam wordpress tu pun tak tahu lagi. Macam risau pun ada kalau banyak sangat blog, nanti tak terjengah dan tak ter update pula entrinya. Sayang la pula dengan Blog ieta under blogspot.com ni... sebab di sini segalanya bermula dunia blogging saya.

Kemudian teringat pula, saya sudah menyiapkan laman web yang untuk assignment saya bagi semester yang ke 5 ni. Web site itu dalam bahasa arab. Yang tu pun perlu diperbaiki lagi mutu dan kualitinya. Maklumlah, baru beberapa hari sahaja belajar buat website sebab cuti bersalin agak lama haritu. Terfikir juga, website itu pun nak perlu di update selalu dengan info yang terkini. Sekurang-kurangnya ada ilmu di dalamnya untuk tatapan ramai. Takkan nak dibiarkan terkubur begitu sahaja dah penat-penat selama 4 hari 3 malam membinanya. Kan..? 

Apa pendapat anda?

Pssss... saya dah godek-godek tapi tak menjadi la... boleh beritahu saya bagaimana nak menghilangkan nuffnang conversation yang sepatutnya ruangan komen tu?

"Mini GA sempena 2nd Anniversary"

As salam.

Terima kasih kepada blogger Nazirah kerana sudi jemput saya join GA ini. Susah juga nak siapkan entri ni. Tapi tak mengapalah, menunaikan jemputan...hehe... Seadanya je ya

KENANGAN MANIS ANDA DENGAN INSAN TERSAYANG

Begini ceritanya...

Masa study dulu, saya ada buat part time job sebagai pustakawan. Saya memang pendiam semasa di Kolej, buat hal saya je sepanjang masa. Tak ambil tahu langsung hal oranglain. Dan saya memang kakibuku. Sebab itulah saya suka bekerja di library kolej disamping menambah sumber kewangan. Setiap kali menjaga library, wajib tulis nama dibuku kehadiran dan setiap kali itulah terpandang nama seorang pemuda di muka depan buku kehadiran. Dalam hati saya "Sedap nama orang ni. Siapalah agaknya orang ni ya?"

Setelah tamat study saya bekerja macam orang lain juga. Suatu hari, datang seorang pemuda yang merupakan kawan baik kepada rakan sekerja di pejabat saya bekerja. Saya yang memang tidak hairan dengan lelaki buat selamba badak jelah kan... iyalah... dia handsome (kata rakan-rakan sekerja) tak setanding dengan saya yang tak comel tapi manis ada ni... hehe...(iewwww... perasannya....kan?)

Tiba waktu solat asar, pemuda itu bertanya kepada saya "Cik, kiblat arah mana ya?" saya pun dengan muka nan selamba badaknya tanpa senyuman, memberitahu arah kiblat yang ditanya. "Oh...arah sini bukan situ?" sambil  memandang wajah saya. Dia nak buat lawak ataupun beramah tamah dengan saya rasanya masa tu. Dalam hati saya, dengan wajah yang selamba badak juga dan hati yang membengkek, "eh mamat nih, dia main-main plak...". Seterusnya, saya pun berlalu menyiapkan kerja-kerja saya tanpa mempedulikan pemuda itu.

Setelah pemuda itu balik, rakan-rakan sekerja saya, Kak Moly, Ita dan Rosli (entah ke mana dah mereka agaknya, terputus hubungan sudah...) menyakat saya. Kata kak Moly "Ko tak nak ngorat ke si Man tu? kalau ko tak nak, aku nak... aku ada nombor fon dia... ko jangan menyesal..." (Walhalnya, dia takde pun nombor fon pemuda tu). Tokok tambah Ita pula "ha ah, ko taknak, aku amik kang. jangan menyesal..." Rosli pulak offer saya... "ko nak ke nombor fon dia? kalau ko nak, aku ada... dia tu pemalu. Biasa orang yang perempuan yang kol dia sebab dia tu pemalu" Serius je muka si Rosli tu mengoffer saya. Dalam hati saya "apa lah diorang ni? ingat aku ni apa ke? sesuka hati je..." Biasalah saya kan... suka naw bercakap dalam hati je... hehe..

Entah macamana... tiba-tiba terbuka hati saya untuk meminta nombor telefon pemuda itu dari Rosli "bagilah, nombor fon dia" kata saya. Berhari-hari juga lah saya dok berkira-kira nak telefon atau tidak. Malu ada, takut ada, tak berani pun ada. Iya lah kan, takkan dia sudi nak berkawan atau berbual dengan saya? Saya ni perempuan, nanti orang kata perigi cari timba pula. Satu hari, kebetulan ada perkara yang saya kurang faham, saya pun memberanikan diri menalifon pemuda itu. Bermulalah episod koling mengkoling dan selainnya lagi... Tak tahulah macamana dan bagaimana pada tarikh 25/1/2002, sahlah diri saya menjadi seorang isteri kepada pemuda itu yang juga merupakan ketua pelajar di Kolej semasa saya menjadi pustakawan dahulu dan dialah empunya nama yang tertera di dalam buku itu. Inilah namanya jodoh... Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Diam tak diam, sehingga ke hari ini, kami telah mempunyai lima (5) orang anak. Moga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat. Amin...

Mini GA berlangsung:
27 FEB 2013-17 MAC 2013 11.59pm

27 February 2013

KISAH KAWAN MAKAN KAWAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Entri ini sudah lama juga tersimpan sebagai deraf di dalam blog ieta. Bermula dari blogwalking ieta ke entri blogger INI, digarapkan sedikit dengan pelbagai sumber pengalaman, terhasillah entri seperti tajuk tertera. Entri ini juga dibuat hasil cadangan dan pertanyaan berkenaan masalah rakan-rakan ieta yang mahukan tajuk ini diketengahkan.

NUFFNANGKU SAYANG

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Malu sebenarnya nak postkan entri ni. Tapi... takpelah, buat semangat...

Pernah dah buat entri tentang NUFFNANGS. Tak adalah nak kisah sangat kan.
Sebab niat berblogging hanyalah 1, berkongsi pendapat, ilmu dan cerita.
Tadi, baru je meninjau dari blogger hebat Cik Shida bagaimana nak dapat BE dari Nuffnangs. Baru je nak mencuba buat tips yang diberi. Masa buka dan belek akaun Nuffnangs, Tarra...

Nuffnang, PV melonjak melalui Nuffnang, RM0.25
PV BLOG ieta

RM0.25 aje? Itupun nak kecoh... ingatkan RM250.00. Janganla gelakkan saya... Huhu...

Dari mana ek dapat banyak tu?
Belek punya belek, dari sini rupanya...
NUFFNANG, COST PER CLICK BLOG IETA
COST PER CLICK BLOG IETA

Apanya yang teruja sangat ek dengan RM0.25 tu? Teruja la... sebab inilah pertama kali masyuk... even sedikit, pasti lama-lama jadi membukit. Betul tak?

Blogging memang best, biar lambat masyuk, takpe... teruskan berblogging.
Ada rezqi, adalah tu.

Terima kasih kepada Cik +Mar Haini Abdul Rahim yang sudi klik singgah ke BLOG IETA.
Terima kasih juga kepada blogger berempat di bawah yang rajin meninjau BLOG IETA

NUFFNANG, PAGE VIEWER BLOG IETA
PAGE VIEWER BLOG IETA

26 February 2013

BUKAN SENANG NAK SENANG

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Pada 26/2/2013 jam 4.10 pagi (waktu entri ini ditaip) sambil tersengguk-sengguk menyiapkan assignment, terperasan dari dulu BLOG ieta yang bermula dengan hanya 11 orang followers dan tidak ramai pembaca, kini... taklah hebat sangat tapi ia cukup menaikkan semangat seorang blogger lama yang baru mengetahui cara-cara dan betapa seronoknya berblogging.

Bak kata blogger hebat DENAIHATI " tiada jalan mudah utk menjadi yg terbaik dan lebih susah untuk kekal terbaik".


Setelah join segmen INI yang menceritakan tentang KISAH BLOGGER BARU dan mendapat suntikan semangat dari SIFU melalui entrinya yang menyebut namaku setelah ku seru namanya (aish, ape da... ayat terbelit...hehe) di dalam segmen itu, ketahuilah BUKAN SENANG NAK SENANG dan tak susah menjadi susah (cuba buat entri kondem blogger lain, tengok... apa yang terjadi?)

Secara jujurnya, aku tak kisah ramai followers atau tidak janji aku dapat menulis dan ada yang sudi membaca dan berkongsi pendapat denganku. Banyak sebenarnya manfaat ramai follower. Tapi bagiku, lebih baik tak ramai followers kalau ramai yang tak berpuas hati dengan kita kerana sikap kita yang tak mesra alam daripada ramai followers tapi just follow kerana joint segmen klik-klik sana sini tapi tak baca entri kita dan tak mesra alam langsung... menyombong, bila kita komen dientrinya, maaf la nak balas komen pun tak pernah, jengah blog kita pun tidak...

Biar tak ramai followers, yang penting, aku tetap menulis demi kepuasan diri, berkongsi ilmu, pendapat dan cerita. Terima kasih semua followersku dan pembaca BLOG ieta yang masih sudi bertandang ke blog ini. Tanpa kalian, siapalah aku... Oleh itu, sudi-sudikanlah join SEGMEN JULUNG KALI yang aku taja sendiri ni sebagai tanda kalian menyokong BLOG ieta).

Update je keghojenye...
Maaf membahasakan diri aku (macam kasar je bunyinya kan?) tapi pelik je nak tukar kepada saya sebab mula-mula entri dah bahasakan diri "ku". Apa-apa ajelah ya, janji ada entri. Hehe...

25 February 2013

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Terima kasih buat ADILA kerana sudi tag akak.Lama dah terdraf segmen ni dari terbitnya entri ini dan mula ditag oleh Adila. Dek pelbagai kesibukan, entri segmen ini tersimpan rapi dalam senarai draf entri. Hari ini baru ada masa nak menyambungnya.
Blog saya namanya, BLOG ieta
UPDATE 28/2/2013>> Blog ieta ni adalah blog kali ke tiga (3) dibuat setelah yang dua (2) lagi tidak rosak.
Entri dalam ke dua (2) blog telah diimport ke dalam Blog ieta ni.
Blog kali pertama di ajar buat oleh adik bongsu yang telah berkubur blognya disebabkan beliau lupa password
Tarikh mula berblogging : 2/6/2009
Mula serius berblogging : Bulan 10, 2012 itupun secara sambilan sahaja hingga ke hari ini. 
Kenangan manis & pahit semasa berblog.
Banyak kenangan pahit dan manis dalam berblogging ni.
 Boleh baca sebahagiannya dalam entri ini 
Idola masa mula serius berblog ialah MIALIANA
Nak tag 3 orang : MIA,  EN. HASRULHASSAN & NICK NASHRAM
Sebab tag :
Gaya penulisan bloggers ini adalah hebat. Mereka juga blogger yang tak lokek ilmu. Tak percaya, jengahlah ke blog mereka bertiga.
Terima kasih blogger +mailey jayley sebab buat segmen yang best ni :)
UPDATE
Antara kenangan paling pahit :
1. Bila domain .my dapat free hasil dari join GA problem akhir tahun lepas problem, hingga menyebabkan peserta dari pelbagai segmen dan GA yang dah saya join tak dapat view blog saya. Boleh baca dalam ENTRI INI
2. Ada blogger yang singgah dari segmen yang saya juga join, menipu, cakap dah follow tapi sebenarnya tak pun... than saya blogwalking ke blog dia, saya follow dia baru lah dia terhegeh-hegeh nak follow BLOG ieta ni. (kot iya pun nak ramaikan follower blog... usahlah menipu... dahlah dulu-dulu memang saya suka follow blog orang sesuka hati saya)



Antara kenangan manis dan keseronokan berblogging : 

1. Suami sudi membaca entri dalam blog dan memberi sokongan moral terhadap pembabitan saya ke dalam dunia blog.
3. Kemudian, blogger hebat Nick Nashram dan MIALIANA sudi follow BLOG ieta ni.
4. Seterusnya blogger hebat En. HasrulHassan sudi tinggalkan komen dalam ENTRI INI dan beliau sudi menyahut seruan saya untuk join segmen INI.
5. Blogger Denaihati juga meninggalkan kenangan manis kepada saya bila sudi komen di dalam ENTRI INI

pssss.... ada sesiapa tahu ke macamana nak unfollow blog yang ada malware & blog blogger penipu?

24 February 2013

Petua menghilangkan rasa marah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Biasalah kan saya ni... suka sangat share dari dinding muka buku saya... Manalah tahu... kot-kot le ada yang tak pernah jumpa kat tempat lain... Jadi, saya dengan rendah dirinya suka hati sangat-sangat nak share dari group facebook saya HIDUP MESTI HAPPY WALAU SEDANG DIUJI yang dipost oleh rakan group saya Salmiah Saad tentang Petua menghilangkan rasa marah. Manalah tahu kan... entah-entahnya esok lusa saya meninggal, sekurang-kurangnya... ada jugalah sedikit kebaikan yang boleh saya bawa sebagai bekalan di akhirat nanti walau saya ni bukanlah baik sesangat. Jangan marah ha...
marah le... nanti keluar asap kat telinga macam kartun ni. hehe
TAJUK : Petua menghilangkan rasa marah

1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.

2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan jikalau anda dlm keadaan marah (tak caya cuba tengok cermin).

6.Apabila datang marah, banyakkan membawa Ta'awwuz (أَعُوذُ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah.

7.Ini cara yang agak efektif, TIDUR. Kalau anda rasa nak marah, marah lepas bangun dari tidur. Mesti tak jadi nak marah.

8.Apabila marah sedang memuncak (yang ni confirm tak boleh bawak tidur), ambil wudhuk kerana wudhuk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

9.Yang paling penting, tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lembut dan kasih sayang.

10.Akhir sekali, banyakkan bersedekah. Kita mulakan pada hari ini. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, memadailah dengan memberi salam dan melemparkan senyuman. InsyaAllah wajah akan berseri, kita akan lebih disayangi dan dipermudahkan segala urusan.

:: SEMOGA MEMBERI MANFAAT ::

by: Rindu menjemputku kembali ya allah

Note : Membiarkan kuasa Allah menentukan segalanya :)

22 February 2013

AZAB BAGI WANITA


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Dari wall muka buku saya, saya ditag oleh Mummy Darwishes Altafunnisa. Rasanya tak salah jika saya kongsikan di dalam blog saya pula
Allahuakhbar....lindungilah kami semua dari azab kubur dan siksa api neraka.... amin...


Chepah Ila Hussein Fza Sabree Linda Dino Norliza Ismail Mai Madziatul Ieta Mat Sa'adUmmi Nasir Erna Amirul Adah Jentayu Merah —
Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.


Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:


1.. Biarkan infi ini tetap dalam facebook Tok Wan.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Salam Ukhuwah..~
Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal).
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat


Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. 
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api  neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1.. Biarkan info ini tetap dalam facebook Tok Wan.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Salam Ukhuwah..~

21 February 2013

BLOGWALKING

Blogwalking di SINI sebab macam blur nak buat entri
Berat kepala memikirkan 2 assignment yang tak siap lagi
Dah cuba godek sana dan godek sini
Entah tak tahu dah apa caranya lagi
Nak masukkan silibus dalam assignment website yang akan dibentangkan dihujung semester ini
Blogwalking sahajalah pagi-pagi ni...
Kot-kot dapat ideanya nanti

Menarik entri blogger Nicknashram ni

Apa nak jadi la dengan orang zaman sekarang ni?
Semua dah tak boleh sekarang ni
Guru-guru buat sedemikian bersebab sudahlah pasti
Sedangkan "Rotanlah anakmu ketika berumur 10 tahun jika tidak menunaikan solat" ajaran Nabi
Kini, guru dipersalahkan sana sini?

Pssss.... Jom le joint SEGMEN ni...

19 February 2013

MALWARE atau HACKERS PENYEBABNYA?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

TAHUKAH ANDA? HACKERS berada di mana-mana sahaja. Laman web juga boleh dihack dengan pelbagai cara.

Ada yang hack dengan menggunakan virus seperti contoh MALWARE. Ada yang hack melalui upload software yang sudah sedia diketahui pasti ramai ingin mencuba atau menggunakannya. Ada juga yang menggunakan kaedah klik, klik. Ada juga melalui memasukkan kod tertentu ke dalam kod laman web orang lain.

Pastikan anda tidak memberi katakunci lamanweb atau blog anda kepada sesiapapun sekalipun untuk tujuan edit mencantikkan lamanweb atau blog anda.

Memang hampeh kan hackers ni? Blogku juga tak lari dari dihack oleh hackers. Pernah masuk dalam emailku, amaran seseorang CUBA BUKA EMAILKU yang sudah pastinyalah link terus dengan blogku ini. Tu nak godamlah tu. Apa lagi kan...? Walhalnya, blog ieta ni bukanlah feymes amous macam FATIN LIYANA salah seorang blogger hebat dimataku.

Inilah yang terjadi bila aku nak komen kali pertama dalam entri Fatin Liyana.


Ini pula bila kali pertama aku nak like entri Fatin Liyana


 ntah apa iklan yang keluar ntahla...

Sebab aku dah lama jadi followers senyap dalam blog Fatin Liyana ni (dulu tak tau kaedah berblogging) maka inilah yang keluar bila aku lupa aku dah follow blog Fatin, than aku nak follow lagi sekali melalui google.
 






dah keluar yang ni, ingatkan tak keluar lagi














tup-tup, keluar pula lagi sekali yang ni...





Akhirnya, bila aku kembali ke blog aku semula, blog aku akan hang (apeda bahasa melayunya...) dengan lamanya.

Inilah pula yang terjadi setiap kali aku nak jengah blog NABILAMEDAN blogger yang juga hebat dimataku.

Diikuti dengan blogku terus tertutup dengan sendirinya tanpa sebarang amaran diberikan.
Dahlah tu... di group komunitiku bila ada blogger post entrinya (mungkin secara random) jadi pula macamni



Beginilah nasib blogger ieta setiap kali blogwalking ke beberapa blog sejak blog ieta kena MALWARE tempoh hari. (Fatin Liyana salah satu blog yang aku suka jengah selain blog MIALIANA).

Yang pasti, blogku bermasalah dari tarikh 22/1/2013 dengan masalah SSL CONNECTION ERROR.HTML. Diikuti dengan BLOG PROBLEM.HTML pada tarikh 27/1/2013. Seterusnya DOMAIN .MY PROBLEM pada 30/1/2013 . Terbaru ieta BLOGLIST KENA MALWARE pada 7/2/2013.

Bila kerapkali jadi begini, aku jadi fobia dan fedup rasa nak berblog walking (tapi malu nak beritahu....) Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa jadi perkara-perkara seperti di atas tu. Aku musykillah...

UPDATE : (Inilah contoh yang terjadi bila domain dot my merosakkan semua segmen-segmen dan GA yang sudah ku join). Ini salah satu segmen yg telah ku join. UPDATE : (Blogku berada di nombor 41)

UPDATE : (malangnya bila aku atau sesiapapun) klik je link blogku ini

keluarlah robot ni... UPDATE : (menyatakan, address blogku tak dijumpai. Patutlah blogku sunyi semacam je.... takde feedback langsung dari semua segmen dan GA yang dah disertai. Ini masalahnya rupanya). huwwwaaa....

Tak sudah dilanda masalah blog aku ni kan? MALWARE atau HACKERS PENYEBABNYA? Apapun, itu semua tidak mematahkan semangatku untuk JARI JEMARIKU MENAIP walau entah hape-hape yang kutaip.

18 February 2013

TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Baru semalam buat ENTRI NI
iSH.... buat gabra je...
Ada dah tu ha... 
puas digodek-godek...
Ada dah ha...
Ni... dia...
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/tips-menambahkan-pengikut-dan-pembaca.html
Belum ramai lagi... sejak join segmen Mia first time haritulah bermula naik jumlah nya
Terima kasih Mia... :)

Ini pula Rakan-rakan G+ sehingga 1.21 petang ini.
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/tips-menambahkan-pengikut-dan-pembaca.html
Beza kan jumlahnya?



TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA

Walau tidak sehebat mana blog ieta ni sebab sambil-sambilan sahaja berblogging, tapi tidak salah rasanya berkongsi apa yang telah diketahui. Tips ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan dalam blog blogger hebat dimata saya seperti INI, INI dan INI. Tips ini juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

1. Rajin-rajin Blog walking bila berkesempatan.
2. Rajin-rajin tinggalkan jejak dengan komen di dalam blog blogger otai secara berhemah.
3. Rajin-rajin follow blog lain walau tak semua blogger akan follow blog kita balik. Tak mengapa, asalkan dapat membaca. Tapi nak follow, kena tengok juga la... Yang ada malware takkan nak follow juga kan?
4. Rajin-rajin join segmen atau GA yang bersesuaian dengan diri blogger.
5. Tulis apa sahaja mengikut citarasa diri sendiri tetapi sediakan entri yang berhemah. Ringkas pun tak mengapa yang penting, berhemah. Ingat ya, blog bukan untuk gosip dan kutuk sana sini.
6. Jadilah blogger yang mesra (tapi ada je blogger yang tak mesra ramai follower). Itu namanya rezeqi...
Boleh tambah jika ada yang tertinggal. Terima kasih.

Ada blogger yang post entri ke dalam komuniti blog saya terpaksa saya remove kerana spam. Ada sesiapa yang tahu bagaimana mengelakkan post ke dalam komuniti jadi sebegini?
TIPS MENAMBAHKAN PENGIKUT DAN PEMBACA
Sekian. Ini sahaja untuk hari ini. Terima kasih kepada semua pembaca yang rajin tinggalkan jejak atau pembaca senyap blog ieta. Tanpa anda semua, blog ieta mungkin tidak ceria :)


Pss... Jom join SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta TAMAT

GADJET FOLLOWERS SUDAH HILANG!

Bertukar kembali kepada domain blogspot.com sebab domain .my dah tak berfungsi kepada blog ieta.
Banyak benda kena tukarkan kepada http://www.ieta-myblog.blogspot.com
Panjangnya...
Jadi... kenalah betulkan semula segala macam benda dalam blog ieta ni. 
Leceh gak kan?
Perkara pertama yang saya perasan ialah Followers gadjet telah hilang.



Bukan sahaja hilang, malah tidak boleh add langsung dah gadjet followers!
Dah lama tau nak hilang tapi tak sangka pagi ni pula terus hilang... 
Maka, tiada followers dahlah blog ieta...

Tapi jangan risau... ia diganti dengan Google+Followers
Yang mana, lebih cepat lagi mudah
Tak berapa pandai nak terangkan sebenarnya
Cubalah sendiri ya


Update :
Jadi kepada bloggers yang belum meletakkan G+ Followers lagi...
Silalah berbuat sedemikian ya
Sebab dah berapa blog pagi-pagi sefi'ie ni saya BW sambil siapkan assignment, 
Ada nama followers je
Tapi gambar-gambar followersnya hilang...

Esok-esok la sambung... dah tak larat dah... tersengguk-sengguk

Terima kasih sudi menyokong Blog ieta

Update lagi...
Godek-godek...
Ada dah la pulak gadjet followers tu...

16 February 2013

JARI JEMARI YANG SUKA MENAIP APA SAHAJA...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Ya Ampun... lamanya sudah tidak ku jengah Giveaway(GA) dan Segmen2 yang telah kusertai. Dek kesibukan menangani baby yang hari ini sudah telah 44 hari lahir dan pelbagai kesibukan lagi. Bukan mencipta alasan namun, inilah realiti keadaan blogger part time merangkap isteri, ibu, guru juga pelajar Space. Alhamdulillah ramai yang sudi membantu dalam urusanku seharian.

Kepada semua tuanpunya GA dan segmen mohon ampun kerana lama tidak menjengah blog kalian. Kepada peserta-peserta yang singgah ke teratak buruk blogku ini, maaf ku pinta kerana singgahan kalian ada yang tidak sempat ku balas dan jejak-jejak yang kalian tinggalkan tak mampu ku balas dek pelbagai sebab. Maaf zahir dan Batin...

Hari ini merupakan hari pertama kehadiranku ke kelas setelah 43 hari bercuti dari kuliah seperti sebab di atas. Kuliah berjalan lancar seperti biasa, rakan-rakan sekuliah juga seperti biasa... happy dan ceria dengan gurau senda dan gelak ketawa. Tahniah dan syabas kepada mereka kerana masih dapat mengekalkan kehadiran ke kuliah seperti biasa kecuali diriku yang MC seketika dek sebab seperti di atas.

Terima kasih kepada semua pembaca setia blog ieta kerana  sudi membaca entri-entriku samada pembaca setia yang hanya membaca tanpa mengikuti blog ieta ini, mahupun pembaca yang sudi mengikuti blog ini. Tanpa kalian, tak mungkin blog ieta ini sentiasa ada pembaca. Walau kadangkala entah apa-apa yang ku taip, kalian masih sudi juga membaca. Maklumlah... belum sehebat blogger-blogger lain yang memang sudah terkenal di mata dunia.

Kepada yang sudi singgah secara sengaja mahupun tidak sengaja, juga ku ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga. Andai kalian tidak meninggalkan sebarang jejak, tak mungkin ku balas kunjugan kalian itu. Kepada yang sudi meninggalkan jejak, kelewatan membalas jejak kalian harap dimaafkan. Sesungguhnya, diriku ini hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa kecuali jari jemari yang suka menaip apa sahaja...


Seperti biasa, gambar dari encik google je ya
Hari ini, ku ingin berkongsi tentang sebuah cerita yang telah menitiskan airmataku.

Kisah ini ku cedok dari pembacaanku di dinding muka buku sepupuku CtRuziah Abdul Rahim yang telah berkongsi cerita dari status di dinding muka buku Islam Agama KuMungkin antara kalian, ada yang pernah membaca atau mendengarnya. Rasanya tidak salah andai ini sebagai sedikit tatapan mata di malam hari sebagai ulangan cuma.... Silalah baca ya...

============================================================
Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.


Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu.

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?


Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.


Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.



Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Esok hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

Renung2kan lah.

=====================================================
Maaf, entri panjang berjela...  Macam-macam dugaan nak menaipnya...   

Tulisan kelam kabut macam mood penulis yang sedang kurang bagus. Sori...                         

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?