PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

BLOG, WORDPRESS DAN WEBSITE


As salam.

Pagi tadi, saya blogwalking ke blog blogger mrsyam yang tinggalkan jejak di chatbox blog ieta. Masa nak tinggalkan komen, disebabkan blognya under wordpress, maka saya perlu login ke wordpress untuk meninggalkan komen. Saya pun loginlah sebab ada pernyataan yang saya ni dah ada akaun dengan wordpress. Dalam hati "bila masa la pula aku ni ada akaun wordpress?" login je la.... berkali juga login sebab tak ingat password. Tengok-tengok, eh eh... iya la... memang ada... La... ada dah rupanya... tu la, main klik-klik punya kisah lah ni, dah register tinggal... tak ingat dah ada rupanya blog yang under wordpress.

Baru je bercadang-cadang nak tukar template Blog ieta ni kepada template Thesis yang smart dan kemas macam yang ramai blogger hebat dah gunakan.

Masalahnya kan, TAK TAHU la nak guna wordpress... huhu... macam pelik dan janggal je walau nampak mudah dan cantik lagi kemas blog under wordpress tu. Tu yang serabut semacam je blog tu. Nak buat entri pun tak pandai.... Dah tu, nak postkan entri tentang apa dalam wordpress tu pun tak tahu lagi. Macam risau pun ada kalau banyak sangat blog, nanti tak terjengah dan tak ter update pula entrinya. Sayang la pula dengan Blog ieta under blogspot.com ni... sebab di sini segalanya bermula dunia blogging saya.

Kemudian teringat pula, saya sudah menyiapkan laman web yang untuk assignment saya bagi semester yang ke 5 ni. Web site itu dalam bahasa arab. Yang tu pun perlu diperbaiki lagi mutu dan kualitinya. Maklumlah, baru beberapa hari sahaja belajar buat website sebab cuti bersalin agak lama haritu. Terfikir juga, website itu pun nak perlu di update selalu dengan info yang terkini. Sekurang-kurangnya ada ilmu di dalamnya untuk tatapan ramai. Takkan nak dibiarkan terkubur begitu sahaja dah penat-penat selama 4 hari 3 malam membinanya. Kan..? 

Apa pendapat anda?

Pssss... saya dah godek-godek tapi tak menjadi la... boleh beritahu saya bagaimana nak menghilangkan nuffnang conversation yang sepatutnya ruangan komen tu?
SHARE

Cikgu ieta Blogger, Social Media Influencer, Coaching Online Smart Trading

Hai. Saya Cikgu ieta. Saya seorang Suri Rumah juga Blogger, Stokis produk Supplement B'Heavendan Supplier beberapa produk bisnes lain. Bisnes saya banyak. Kini saya lebih fokus kepada Supplement B'Heaven dan Personal Coaching Blogging Basic hingga Advance disamping train Dropship dan Agent² saya. Saya merupakan Affiliate Kelas Online Instagram Advance Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Ada 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah sepenuh masa. Bermula 14/9/2017, saya nekad meneruskan kerjaya sebagai Full Time Blogger (Social Media Influncer). Saya juga seorang Motivator Nasihat Niaga. Jemput join Channel Telegram : T.me/cikguieta T.me/mindaniaga

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 orang yang sudi komen:

  1. saya dulu guna blogspot now guna wordpress.. dua2 ada kelebihan masing2.. actually blogspot and wordpress dua2 masih guna utk tugas berbeza.. tp best la worspress ni jika guna domain sendiri.. jgn gune free xbest limited kata org

    ReplyDelete
    Replies
    1. o macamtu... Insha Allah saya akan guna wordpress yg berbayar 1 hari nanti. Buat masa ni KIV dulu wordpress tu. Terima kasih atas cadangan

      Delete
  2. Assalammualaikum.

    Saya tak tahu secara jelas perbezaan antara wordpress dengan blog.

    Cuma, saya perasan, template2 yg wordpress sediakan, lebih menarik..mnarik dri segi elegant dan simplenya tu.. mcm sblm ni, template yg sy guna, wordpress punya, kena godek2 skit code html nya, nak disesuaikn dgn blogspot,huhuh

    Tntg Nuffng Conversation tu..sya pun tak brapa sure kak pasal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuff Conversation tu dah settle dah, just buang HTML yang ada bawah ruangan entri je. Terima kasih Cik +Tinta Lana kerana sudi berkunjung ke blog ieta yg seadonya je ni ^_^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *