PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

JARI JEMARI YANG SUKA MENAIP APA SAHAJA...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Ya Ampun... lamanya sudah tidak ku jengah Giveaway(GA) dan Segmen2 yang telah kusertai. Dek kesibukan menangani baby yang hari ini sudah telah 44 hari lahir dan pelbagai kesibukan lagi. Bukan mencipta alasan namun, inilah realiti keadaan blogger part time merangkap isteri, ibu, guru juga pelajar Space. Alhamdulillah ramai yang sudi membantu dalam urusanku seharian.

Kepada semua tuanpunya GA dan segmen mohon ampun kerana lama tidak menjengah blog kalian. Kepada peserta-peserta yang singgah ke teratak buruk blogku ini, maaf ku pinta kerana singgahan kalian ada yang tidak sempat ku balas dan jejak-jejak yang kalian tinggalkan tak mampu ku balas dek pelbagai sebab. Maaf zahir dan Batin...

Hari ini merupakan hari pertama kehadiranku ke kelas setelah 43 hari bercuti dari kuliah seperti sebab di atas. Kuliah berjalan lancar seperti biasa, rakan-rakan sekuliah juga seperti biasa... happy dan ceria dengan gurau senda dan gelak ketawa. Tahniah dan syabas kepada mereka kerana masih dapat mengekalkan kehadiran ke kuliah seperti biasa kecuali diriku yang MC seketika dek sebab seperti di atas.

Terima kasih kepada semua pembaca setia blog ieta kerana  sudi membaca entri-entriku samada pembaca setia yang hanya membaca tanpa mengikuti blog ieta ini, mahupun pembaca yang sudi mengikuti blog ini. Tanpa kalian, tak mungkin blog ieta ini sentiasa ada pembaca. Walau kadangkala entah apa-apa yang ku taip, kalian masih sudi juga membaca. Maklumlah... belum sehebat blogger-blogger lain yang memang sudah terkenal di mata dunia.

Kepada yang sudi singgah secara sengaja mahupun tidak sengaja, juga ku ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga. Andai kalian tidak meninggalkan sebarang jejak, tak mungkin ku balas kunjugan kalian itu. Kepada yang sudi meninggalkan jejak, kelewatan membalas jejak kalian harap dimaafkan. Sesungguhnya, diriku ini hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa kecuali jari jemari yang suka menaip apa sahaja...


Seperti biasa, gambar dari encik google je ya
Hari ini, ku ingin berkongsi tentang sebuah cerita yang telah menitiskan airmataku.

Kisah ini ku cedok dari pembacaanku di dinding muka buku sepupuku CtRuziah Abdul Rahim yang telah berkongsi cerita dari status di dinding muka buku Islam Agama KuMungkin antara kalian, ada yang pernah membaca atau mendengarnya. Rasanya tidak salah andai ini sebagai sedikit tatapan mata di malam hari sebagai ulangan cuma.... Silalah baca ya...

============================================================
Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.


Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu.

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?


Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.


Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.



Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Esok hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

Renung2kan lah.

=====================================================
Maaf, entri panjang berjela...  Macam-macam dugaan nak menaipnya...   

Tulisan kelam kabut macam mood penulis yang sedang kurang bagus. Sori...                         

SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. mendalam maksud cerita 50 sen tu dan memang membawa kita ke satu realiti... nice sharing kak...

    ReplyDelete
  2. aah sy pn tersentuh baca kisah nii.. huhu syukurlah seadanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sentiasa bersyukur dgn apa yg ada

      Delete
  3. Istiqamah membawa berkat..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan

    tahniah baru dapat baby :)

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *