PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

"Mini GA sempena 2nd Anniversary"

As salam.

Terima kasih kepada blogger Nazirah kerana sudi jemput saya join GA ini. Susah juga nak siapkan entri ni. Tapi tak mengapalah, menunaikan jemputan...hehe... Seadanya je ya

KENANGAN MANIS ANDA DENGAN INSAN TERSAYANG

Begini ceritanya...

Masa study dulu, saya ada buat part time job sebagai pustakawan. Saya memang pendiam semasa di Kolej, buat hal saya je sepanjang masa. Tak ambil tahu langsung hal oranglain. Dan saya memang kakibuku. Sebab itulah saya suka bekerja di library kolej disamping menambah sumber kewangan. Setiap kali menjaga library, wajib tulis nama dibuku kehadiran dan setiap kali itulah terpandang nama seorang pemuda di muka depan buku kehadiran. Dalam hati saya "Sedap nama orang ni. Siapalah agaknya orang ni ya?"

Setelah tamat study saya bekerja macam orang lain juga. Suatu hari, datang seorang pemuda yang merupakan kawan baik kepada rakan sekerja di pejabat saya bekerja. Saya yang memang tidak hairan dengan lelaki buat selamba badak jelah kan... iyalah... dia handsome (kata rakan-rakan sekerja) tak setanding dengan saya yang tak comel tapi manis ada ni... hehe...(iewwww... perasannya....kan?)

Tiba waktu solat asar, pemuda itu bertanya kepada saya "Cik, kiblat arah mana ya?" saya pun dengan muka nan selamba badaknya tanpa senyuman, memberitahu arah kiblat yang ditanya. "Oh...arah sini bukan situ?" sambil  memandang wajah saya. Dia nak buat lawak ataupun beramah tamah dengan saya rasanya masa tu. Dalam hati saya, dengan wajah yang selamba badak juga dan hati yang membengkek, "eh mamat nih, dia main-main plak...". Seterusnya, saya pun berlalu menyiapkan kerja-kerja saya tanpa mempedulikan pemuda itu.

Setelah pemuda itu balik, rakan-rakan sekerja saya, Kak Moly, Ita dan Rosli (entah ke mana dah mereka agaknya, terputus hubungan sudah...) menyakat saya. Kata kak Moly "Ko tak nak ngorat ke si Man tu? kalau ko tak nak, aku nak... aku ada nombor fon dia... ko jangan menyesal..." (Walhalnya, dia takde pun nombor fon pemuda tu). Tokok tambah Ita pula "ha ah, ko taknak, aku amik kang. jangan menyesal..." Rosli pulak offer saya... "ko nak ke nombor fon dia? kalau ko nak, aku ada... dia tu pemalu. Biasa orang yang perempuan yang kol dia sebab dia tu pemalu" Serius je muka si Rosli tu mengoffer saya. Dalam hati saya "apa lah diorang ni? ingat aku ni apa ke? sesuka hati je..." Biasalah saya kan... suka naw bercakap dalam hati je... hehe..

Entah macamana... tiba-tiba terbuka hati saya untuk meminta nombor telefon pemuda itu dari Rosli "bagilah, nombor fon dia" kata saya. Berhari-hari juga lah saya dok berkira-kira nak telefon atau tidak. Malu ada, takut ada, tak berani pun ada. Iya lah kan, takkan dia sudi nak berkawan atau berbual dengan saya? Saya ni perempuan, nanti orang kata perigi cari timba pula. Satu hari, kebetulan ada perkara yang saya kurang faham, saya pun memberanikan diri menalifon pemuda itu. Bermulalah episod koling mengkoling dan selainnya lagi... Tak tahulah macamana dan bagaimana pada tarikh 25/1/2002, sahlah diri saya menjadi seorang isteri kepada pemuda itu yang juga merupakan ketua pelajar di Kolej semasa saya menjadi pustakawan dahulu dan dialah empunya nama yang tertera di dalam buku itu. Inilah namanya jodoh... Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Diam tak diam, sehingga ke hari ini, kami telah mempunyai lima (5) orang anak. Moga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat. Amin...

Mini GA berlangsung:
27 FEB 2013-17 MAC 2013 11.59pm
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. semoga jodoh kamu berkekalan la yea..
    dari segmen yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah... Amin Ya Rabbal 'Alamin

      Delete
  2. yaya bw sini dr segmen yang sama
    http://misteriomuchacha.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah...join GA ^_^ Trm kasih singgah blog ieta lg

      Delete
  3. salam.. jenjalan sini. dr GA yg sama :)

    http://anisanisa33.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html

    ReplyDelete
  4. salam kenal.. good luck.. sy pun singgah dr GA yang sama saya join .... Alahai so sweet... jadi suami akhirnya mmg kenangan yg manis xkan dilupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semua tu kuasa Allah :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *