PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Petua menghilangkan rasa marah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Biasalah kan saya ni... suka sangat share dari dinding muka buku saya... Manalah tahu... kot-kot le ada yang tak pernah jumpa kat tempat lain... Jadi, saya dengan rendah dirinya suka hati sangat-sangat nak share dari group facebook saya HIDUP MESTI HAPPY WALAU SEDANG DIUJI yang dipost oleh rakan group saya Salmiah Saad tentang Petua menghilangkan rasa marah. Manalah tahu kan... entah-entahnya esok lusa saya meninggal, sekurang-kurangnya... ada jugalah sedikit kebaikan yang boleh saya bawa sebagai bekalan di akhirat nanti walau saya ni bukanlah baik sesangat. Jangan marah ha...
marah le... nanti keluar asap kat telinga macam kartun ni. hehe
TAJUK : Petua menghilangkan rasa marah

1.Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap kita.

2.Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

3.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

5.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan jikalau anda dlm keadaan marah (tak caya cuba tengok cermin).

6.Apabila datang marah, banyakkan membawa Ta'awwuz (أَعُوذُ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan laknatullah.

7.Ini cara yang agak efektif, TIDUR. Kalau anda rasa nak marah, marah lepas bangun dari tidur. Mesti tak jadi nak marah.

8.Apabila marah sedang memuncak (yang ni confirm tak boleh bawak tidur), ambil wudhuk kerana wudhuk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

9.Yang paling penting, tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lembut dan kasih sayang.

10.Akhir sekali, banyakkan bersedekah. Kita mulakan pada hari ini. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, memadailah dengan memberi salam dan melemparkan senyuman. InsyaAllah wajah akan berseri, kita akan lebih disayangi dan dipermudahkan segala urusan.

:: SEMOGA MEMBERI MANFAAT ::

by: Rindu menjemputku kembali ya allah

Note : Membiarkan kuasa Allah menentukan segalanya :)
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. Assalammualaikum.

    Saya kalau rasa marah tu mcm membuak2..saya marahkan balik diri sndiri kak ieta.. saya akn ckp pda diri, "setan mana duk hasut ni".

    Bila ckp camtu, sy otomatik cuba tenangkn diri..sebab takmau bagi setan tu menang,mehehehe. Mungkin cam bebudak skit..tpi berkesan kat diri sya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik idea ni walau cam bebudak. Berkesan... akak pernah buat. hehe...

      Delete
  2. bagus untuk peringatan diri saya ni..tq :)

    ReplyDelete
  3. saya kalo marah cari tempat sunyi nak bagi tenang dulu :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ieta....perkongsian yg menarik...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Terima kasih sudi singgah :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *