اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Anak adalah anugerah allah. Tanpa anak, hidup sunyi dan sepi... Merekalah yang menjadi penyejuk hati
tatkala hati bersedih, merekalah penawar segala duka nestapa sewaktu jiwa berduka. Bukanlah kerana mereka kita menderita. Bukanlah kerana mereka rumahtangga porak peranda. Anak-anaklah pembawa bahagia. Bersyukurlah dikurniakan anak, walau bagaimana rupa mereka...ingatlah mereka anugerah tidak ternilai dari allah untuk suami & isteri. Bagi yang belum punya anak, bersabarlah. Perbanyakkanlah solat hajat, disamping usaha-usaha yang lain.Mintalah pada DIA yg memberikan jodoh, rezqi dan segalanya. Jangan berputus asa. Jika anda tidak punya harta, tidak punya wang, tidak punya pangkat dan tidak punya segala... ingatlah, anda tetap punya anak. Jadi janganlah dipersia-siakan anak-anak yang ada... Perbanyakkanlah amalan, pertingkatkanlah zikrullah. Mudah-mudahan anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan aku dan suami juga bisa menjadi hamba yg beramal, bertaqwa dan cukup dengan apa yang ada sentiasa. Amin Ya Rabbal 'Alamin...Gambar hiasan |
salam ieta :)
ReplyDeletesbb itulah kata org anak itu cahaya mata kpd suami isteri kan...ada juga yg anggap sbg 'buah cinta' :)
Benar apa yang dikata. ^__^
Deleteanak pengikat kasih sayang suami dan isteri..
ReplyDeletebetul tu, kdg2 nk merajuk ngan encik usben tak jadi sbb tergelak tgk keletah anak2 hehe...
DeleteHarap sangat dapat anak kembar bila berumah tangga nanti. hehe.. tak kira la ape pun yg penting doa anak-anak yang soleh dan solehah dapat beri bantuan kepada kita..
ReplyDeleteAmin... doa & sll solat hajat. Insha Allah dapat :)
Deletebelum berkahwin. jadi belum dpt terima anugerah tu :P
ReplyDeletetak lm lg, smpi la jodoh tu... :)
DeleteAssalammualaikum kak ieta.
ReplyDeleteMaaf..lama saya tak dtg sini.. :)
Iya.. anak sememangnya anugerahNYA yang ternilai..melihat anak2 kecil, dah buat kita rasa mcm lapang dada..anak yg dah dewasa, kita boleh berkongsi rasa..
Saya harap,saya diizinkanNYA utk membina keluarga sndiri dimasa depan nanti.. :)
Insha Allah akn smpi msnya nnt cik Lana memiliki keluarga diimpikan :)
DeleteAmin ;)
ReplyDeleteTerima kasih Kak Adzairdawati a.k.a makdara :)
Delete