PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

BLOGGING DAN BLOGWALKING

As salam,

Entah mengapa tiba-tiba merudum seketika semangat untuk berblogging. Dek terbaca beberapa entri blogger yang membuat merudumnya semangat seketika. Namun, seperti biasa... Saya ingat semula kata-kata ini "memang bukan senang nak senang dan tak susah menjadi susah". Lantas, bangkitlah semula saya untuk meneruskan PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...

Bagi saya blogger baru, memang banyak perkara tentang dunia blog yang saya cuba dan sentiasa ingin pelajari. Ada beberapa perkara bagi blogger yang dah lama dalam dunia blog yang mereka tidak mungkin buat atau pernah buat cuma buat-buat macam tak pernah buat, yang memang saya buat (hehe...ape da ayat...)

Perkara itu ialah :
1. Ping entri sana-sini. Ini perlu bagi blogger lama yang masih baru macam saya. Tetapi lama kelamaan, saya membiarkan masa dan waktu menentukan segala... Jika tidak.Apapun, saya masih tetap setia menulis dan terus menulis. Bukan menulis kerana nama, wang ataupun glamour. Ya... minat menulis adalah punca utama saya terus berblogging. 

2. Meninggalkan komen di entri blogger yang hebat-hebat. Walaupun saya tahu ramai blogger hebat, tak punya masa menjengah ataupun membalas komen saya apatahlagi join mana-mana segmen saya, tak mungkin ini merupakan satu peruntuh semangat saya meneruskan penulisan saya di dalam blog saya yang tak seberapanya ni. Apapun, usah berburuk sangka dan mengharapkan balasan atas apa yang kita buat ya...

3. Me'like' entri dan mem'follow' blog lain. Lntas menjadi silent reader. Ha...ini memang tabiat semulajadi saya, asal saya suka je, tanpa kira apa, saya akan terus like entri itu dan saya akan follow blog itu. Itulah saya dahulunya. Sebab tu ramai yang saya follow tapi mereka tak follow saya balik. Tak kisah... janji boleh membaca dan melihat-lihat blog mereka yang cantik-cantik. Sekarang sudah berkurangan. Dah pandai memilih yea.... hehe. Ala...bukan orang nampak pun siapa yang kita follow kan... hanya kita sahaja yang tahu siapakah yang kita follow... kan3...?

4. Terus tutup blog yang di'blogwalking' bila dengar lagu yang membingitkan telinga. Ha, ini mungkin sebab faktor usia kowt... Dulu-dulu memang saya suka dengar lagu dalam blog yang saya belek. Tapi tak tahulah sekarang ni... sangat-sangat tak suka.... Bingit...

5. Komen juga even ada captcha word sebelum komen dipublish. Ni sebab minat dengan entri yang blogger tu tulis. Harap blogger yang ada captcha2 ni... mohon buanglah captcha ni ya.. melambatkan proses untuk berblogging je... huhu...

6. Blogwalking. Melalui blogwalking, idea akan tercetus untuk menyiapkan entri dan kadangkala merupakan motivasi buat diri untuk meneruskan berblogging yang kini merupakan rutin harian saya sebab dah mula menampakkan hasilnya yang walaupun sedikit, namun menyemarakkan semangat saya untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya sambilan saya buat masa ini. Insha Allah.


gambar ihsan google
Boleh lihat KISAH SEORANG BLOGGER BARU dan KENAPA PILIH BLOG untuk panduan bloggingnya lagi ya. Cukuplah ini sahaja buat masa ini. Maaf andai terkasar bahasa, tersentuh di jiwa dek bahasa saya. Saya bukanlah blogger yang hebat kerana saya pun masih belajar lagi. Ini semua hanyalah hasil pengalaman dan pembacaan saya sahaja.

^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^ ^-^

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa." Sumber
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. saya punye mood kadang2 tu camtu jugak.
    lebih2 lagi kalo time stress.
    nak blogwalking time kacau x seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala encik Nick, tu sebab blogwalking kena dengan jiwa yang tenang dan tak stress. Thanks encik Nick sudi singgah dan komen :)

      Delete
  2. waa~ nice entri. hehe
    fiqa pasang lagu 1D hope tak membingitkan telinga. peace~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... sebenarnya tu citarasa masing2... akak tak kisah jikalau waktu berblogwalking tu jiwa tak kacau. Janji dapat blogwalking. Tak perasan pula lagu Fiqa camana. hehe... Peace too

      Delete
  3. Salam.

    Saya pernah ping blog, reply komen, join kontest, join group, ajak org follow sya, buat segmen, buat header utk blogger lain..

    Saya rasa, hampir semua blogger lalui perkra yg sama kak :) sebab awal2, kita tak nampak dan tak tahu kaedah or cara blogging mana yg kita suka dan sesuai dgn jiwa kita.

    Lama kelamaan, saya percaya, kita akan jumpa rentak kita dalam dunia blog.. :)

    Teruskan menulis dan membaca kak..doakan saya menulis dgn lebih baik juga,hehehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. O... sy ingat, sy je yg buat sume tu... Rupanya blogger hebat mcm Cik Lana pun bermula sama juga mcm sy. Memang bukan senang nk senang... Wa... hebat cik Lana buat header utk orglain.

      Delete
  4. sama la..terus tutup blog yang berlagu2 bagai..hehe

    ReplyDelete
  5. blogging dan blogwalking adalah satu hal yang tdk bisa dipisahkan

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *