BUKAN TIDAK MAHU MENYOKONG....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه




Sejujurnya, saya sudah letih join Giveaway (GA) atau segmen yg terlalu banyak kena klik sana sini dan follow sana sini. Pengalaman saya banyak dah dalam bab GA atau segmen yang sedemikian.. Bukan apa... banyak masalah dari segi masa terbuang menunggu lebih-lebih lagi blog yang lambat loading (walaupun blog ieta pun kadangkala bermasalah yang sama, masih cuba memperbaikinya dengan membuang perkara-perkara yang  tidak bersesuaian diletakkan ke dalam blog). Itu tidak termasuk menahan telinga mendengar bunyi-bunyi sound effect dari blog yang perlu diklik-klik tu lagi.

Bagi saya, GA atau segmen sedemikian ibarat meramaikan follower blog mereka sahaja secara paksaan dan bila kita follow mereka, belum tentu mereka follow kita pun.... Bukankah menjadi pengikut sesebuah blog itu hak peribadi, tanpa perlu paksaan dan tiada perasaan terpaksa? Dahulu ya, saya juga pernah mengejar follower. Kini, saya lebih kepada perbaiki mutu penulisan saya untuk santapan pembaca blog ieta. Kenapa? Kerana saya ingin berjaya seperti blogger-blogger hebat dimata dunia. Walau santai blognya, mereka telah berjaya.

Rasa letih sangat dah dengan GA atau segmen sedemikian. Yang muda remaja, tidak punya TANGGUNGJAWAB yang banyak mungkin sesuai menyertai GA atau segmen sedemikian. Bagi saya, daripada join GA atau segmen sedemikian, adalah lebih baik saya perbaiki mutu dan persembahan entri yang akan saya paparkan ke dalam blog saya, lebih berbaloi... Rezqi pun masyuk... Kan?

Mohon maaf andai GA atau segmen yang ditag kepada saya, saya tidak berminat untuk menyertainya. 

Bukan tidak mahu menyokong usaha blogger-blogger itu. Tapi sebab-sebab di atas menjadi punca utama saya tidak menyertai mana-mana segmen atau GA lagi. Biarlah follower saya datang dengan keikhlasan hati mereka dan keikhlasan hati juga membuatkan ramai silent reader terhadap blog ieta.

Namun, SEGMEN TAMBAH FOLLOWER DENGAN PANTAS TANPA BLOGWALKING sebegini bagus, menjimatkan masa. Bila kelapangan, boleh lah blogwalking ke blog peserta yang lain. Tahniah kepada blogger Nurul Syahirah yang anjurkan segmen begini.

Apa pendapat anda?

Comments

  1. Ninaa kalau join GA, depends dekat GA tu, banyak ke tak kena follow, kadang2 ninaa tak larat juga nak follow banyak2 ni, adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal...pengalaman join GA/segmen yg terlalu banyak kena follow meletihkan. Sampai rs malas dh nak join GA/segmen kekadang tu.

      Delete
  2. samalah kita. den pun memilih juga kalau nak join2 aktiviti2 seperti itu.

    ReplyDelete
  3. aah sama la kak, saya pilih2 jugak.. mn yg mudah cepat dan simple sy join :)

    ReplyDelete
  4. sy kalau ikutkan ada byk benda nak ulas pasal segmen2 ni...tapi takut rakan2 blogger terasa...siapa2 pun yg buat segmen atau GA biarlah bersifat menang-menang....tapi biasanya kalau sy join GA atau segmen tu sekadar nak support je lah...tu pon kalau sempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy join bergantung pd kemudahan owner GA/segmen berikan sebabtu segmen saya mudah dan sgt2 simple tak perlu klik2 sgt cuma sy baru je jumpa kaedah guna kod. Lps ni kalau nk wat segmen / GA sy guna kaedah tu. Lebih mudah ^_^

      Delete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.