CARI DI SINI

08 March 2013

ISTILAH MAKANAN YANG BERKAITAN DENGAN BABI


As salam. 

Pagi ini, saya buka gmail saya. Perkara pertama saya lihat adalah notification yang berlambak dari rakan-rakan dan pelbagai email dari g+ followers dan blog followers. Ada yang invite saya join segmen dan ada juga yang mohon sharekan kisah mereka dan macam-macamlah lagi...

Antara yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkaitan Istilah Makanan yang berkaitan dengan Babi...

Jadi, selepas membaca perkongsian ilmu ini, harap kita semua termasuklah diri saya sendiri lebih berhati-hati dalam memilih makanan ya. Kerana makanan adalah sumber yang akan menjadi darah daging kita. Apabila menjadi darah daging, sudah tentulah kita WAJIB memilih yang halal. Makanan yang halal adalah dari sumber yang halal. Terpulang kepada anda samada ingin menyebarkan atau menyimpan sahaja di dalam minda atau hati anda. Tepuk dada, tanyalah iman. Jom baca...

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 

4. Boar:Babi liar. 

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.





SUMBER1SUMBER2 di sunting oleh ieta

2 comments:

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan gang paranoid akhir zaman dan teori konspirasi yang gila isim keturunan atau isim makrifat.

Sila sabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, syirik, sesat dan khurafat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak dan bangkang sepenuhnya.

Saya benci perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya reject terus.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Jika mesej atau email saya sila nyatakan,
1) Nama.
2) Dari mana kenal saya.
3) Tujuan mesej
Sebab saya ada banyak laman sosial, sila nyatakan nama channel atau laman sosial anda kenal saya.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapan borang diberi.

Terima kasih 😊
Nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah Sepenuh Masa,
Freelance Blogger, Social Media Expert Coach. Pembekal Pemborong Biskut Homemade dan Kudapan.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *