KENAPA TUDUNG TU LABUH MACAMTU?

Pernah satu masa nan lalu... 
Ada seseorang bertanyakan padaku
Kenapa tudung tu labuh macamtu?
Adakah orang yang nak kahwin dengan kamu?
Pabila bertudung labuh sebegitu?

Aku pun termanggu-manggu
Untuk menjawab persoalan itu
Kerana bertudung labuh adalah wajib di sekolahku
Hingga kini persoalan itu bermain dimindaku
Mengapa bertudung labuh sebegitu?
Tak rimaskah? Tak panaskah kepalaku?
Tak rimaskah? Tak panaskah badanku?

Hari ini tudungku masih sebegitu
Walaupun tidaklah labuh seperti gambar di bawah tu
Bila melihat sesiapa sahaja bertudung labuh seperti gambar di bawahtu
Apatahlagi berfurdah menutup wajah nan ayu...
Hatiku menangis pilu, airmataku deras melaju
Kerana aku tidak mampu sebegitu

Pada suami ku beritahu
Terharu melihat sifurdah itu
Kerana aku sudah tidak semampu itu
Suamiku berkata "Ayangkan taat pada abang..." perintah suamiku
Tenang seketika qalbu dan hatiku
Kerana, ku memang tidak mampu
Bertudung labuh sebegitu apatahlagi berfurdah menutup wajahku
Tabik spring kepada mereka yang mampu

Kini ku terjumpa di fan page dalam fbku
Rindu menjemputku kembali ya allah nama fan page fb itu
Terjawablah sudah segala persoalan yang terbuku dihatiku


Nukilan : ieta Mat Sa'ad

Comments

  1. ss pun tak mampu untuk bertudung mcam tu. T.T

    ReplyDelete
  2. Semoga kita istiqamah dan sama2 kita doakan sahabat yang lain

    ReplyDelete
  3. As salam
    Suka baca entry ni....perkongsian yg baik:)
    Done follow awk
    Hit back http://groovyfashionshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. akak ! sama pulak tema entry kt hari ni :) ye, sy pn sgt kagum dan tabik pada mrk jgk.. mudah mudahan akn smpai ke tahap itu jg suatu hari nanti :)

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.