MALAM INI SUNYI...

Malam ini sunyi...
Sunyi dari aliran idea yang tak kunjung tiba
Sunyi dari hiruk pikuk anak-anak yang sudah tidur lena
Sunyi dari suasana yang menyakitkan hati-hati pabila membaca atau melihatnya

Malam ini sunyi...
Walau tadi aku dah tidur lena
Dikejutkan oleh ibu murid yang menalifonku
Mengganggu tidurku
Semata-mata bertanyakan urusan periksa anaknya
Sedangkanku bercuti seketika
Yang memang dia pun sudah tahu puncanya
Bagai tiada rasa bertimbangrasa
Bertalu-talu ia menalifonku
Bagai tidak menghormatiku
Betapa lena aku terganggu
Lantas ku matikan telefon bimbitku
Mengapakah wahai ibu-ibu muridku?
Tidakkah kalian tahu menghormati waktu privasiku?
Sungguh aku terganggu 
Dek mereka yang menalifonku tanpa mengira waktu

Malam ini sunyi...
Tanpa kehadiran insan-insan blogger peramah
Yang sudi beramah tamah
Berkongsi cerita dan berbual mesra
Lantaran mood blogwalking pun hilang sudah
Ku titipkan karyaku nan indah
Indah pada mataku sahaja
Indah dijari-jemariku jua

Oh Tuhan...
Bimbinglah aku dan mereka semua
Agar sentiasa kembali ke pangkal jalan
Lari dari hasutan syaitan
Yang memecahbelahkan perkauman
Yang menjanjikan pelbagai helahan
Yang tidak ingatkan Tuhan
Pabila bergelar orang atasan
Tidak pedulikan orang bawahan
Menjadikan siapa sahaja mangsa kerakusan
Dek isu-isu yang penuh dengan kebobrokan
Aku di sini sering ketakutan
Apakah akhirnya segala kekalutan
Yang melanda dunia dalaman

Kembalilah menerajui dunia
Dengan cara yang Allah redha
Tanpa menghuru-harakan segala
Tanpa menjanjikan apa-apa
Tanpa sesiapa pun menjadi mangsa
Sungguh aku merayu kepada mereka

Bunuh membunuh sudah jadi mainan
Apakah ini bukan kezaliman
Fitnah memfitnah juga berleluasan
Ini petanda dunia akhir zaman

Lihatlah anak-anak kecil yang tidak berdosa
Kasihanilah kami yang sengsara
Membayar segala harga
Dek ketamakan dan haloba
Mereka yang mengejar kuasa
Tanpa kenal dosa dan pahala
Dalam hati, bilakah semua ini akan bertemu titik noktahnya?

Malam ini sunyi...
Dari bunyi-bunyian
Hasut-hasutan
Yang memang tak ku pedulikan
Di dalam hati berdoa terus-terusan
Moga segalanya kembali aman
Maafkan aku wahai teman
Andai nukilan ini mengguris perasaan

Hasil nukilan ieta mat saad

Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.