05 March 2013

PANDUAN MENGATASI PERMASALAHAN REMAJA

As salam

Beberapa orang rakan bertanyakan saya kaedah atau cara mengatasi permasalahan remaja.

Saya bukanlah terlalu bijak untuk berkongsi perkara ini dan saya juga bukanlah terlalu 'alim (orang yang amat mengetahui). Namun, saya merasakan perlunya saya berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada di sini.

Mungkin ada di kalangan anda pernah mengalaminya. Mungkin di kalangan anda, anak-anak sedang dan memang pasti akan mengalaminya. Di sini ingin saya berikan beberapa panduan berdasarkan pengalaman dan pendekatan saya menangani pelbagai permasalahan remaja. 

1. Dekati dan dampingi mereka dengan cara yang berhikmah.
2. Usah marah atau meleteri mereka.
3. Beri motivasi kepada mereka dengan penuh berhikmah tapi usah terlalu strict...
4. Beri galakan rajin membaca. Selain buku sekolah, paling bagus bacalah majalah Ujang takpun Gila-gila agar mereka tidak terlalu tertekan.
5. Ajak mereka join dan sibukkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.
6.  Ingatkan pengorbanan ibu dan ayah remaja yang sedang falling in love atau terjebak ke dalam gejala sosial ketika usia remaja.
7. Sarankan mereka melibatkan diri dengan kerja-kerja amal secara berkumpulan. Contoh : bergotong-royong di rumah anak-anak yatim.
8. Buka ruang untuk mereka meluahkan apa jua masalah kepada kita. Kita adalah pembimbing mereka. Mereka perlukan bimbingan kita.
9. Elakkan mereka bersendirian. Kenapa? kerana hasutan syaitan atau perkara yang tidak baik mudah mempengaruhi diri diwaktu bersendirian.
10. Harus diingat... semua orang punya kisah silam masing-masing. Jadi, usah diungkit segala yang pernah terjadi. Yang penting, kita cuba untuk membantu mengatasi permasalahan mereka.
11. Jika yang Islam, sarankan mereka menunaikan solat dan mengaji atau libatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Bagi remaja yang bukan Islam,  saya gunakan panduan 1 hingga 10.

لا َتَقْرَبُوا الزِّنَا 
Janganlah kamu menghampiri zina

Katakan pada diri :
"Aku perlu berda'wah (menyeru) ke arah kebaikan walau aku rock, walau aku nakal dan walau siapa pun aku. Semua sebagai bekalanku di akhirat sana dan supaya matiku tidak sia-sia". Tidak perlu menjadi ustaz atau ustazah untuk ke arah kebaikan. Cukuplah berusaha untuk menjadi insan yang baik dengan cara tersendiri.

Maaf sepanjang saya sebagai seorang blogger, ada coretan saya atau komen saya yang mengguris hati kalian tanpa saya sedari. 

8 comments:

  1. Setuju. Tidak perlu menjadi ustaz atau ustazah untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan. Apa yg kita tahu, kita kongsikan. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ada kelainan dapat saya rasakan bila baca hipnosis tu. Mengantuk & rasa macam lain lah. Tak tahu nak terangkan. hehe

      Delete
  2. done follow ya..follow me back

    ReplyDelete
  3. ye saya suka perkongsian akak yg ni.. remaja ni zmn br nk naik, mmg kena ade skill utk tackle mereka kn.. tak boleh terlalu keras dh, takut patah, lembut sgt nnt langsung x menjadi. yg ssuai dpraktikkan berkwn dn berdamping kan.. nice3 entry ni, thx kak :D

    ReplyDelete
  4. ooo dah bace..thanks kak ieta :) info berguna

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?