PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

SABAR DAN SOLAT HAJAT

As salam
11.25 malam : setelah tidurkan baby dan tertidur, bangun untuk study subjek exam esok. Perkara wajib buka dulu... blog le... apa lagi kan...
Pagi ini, saya ingin berkongsi cerita berkaitan sabar dan solat hajat. Cerita ini adalah perkongsian dari rakan-rakan saya juga hasil motivasi dari pelbagai sumber

KISAH PENJAWAT AWAM

Suatu hari A telah dimarahi seteruk-teruknya oleh seseorang yang mempunyai kuasa tertinggi yang mampu menyahkan oranglain dari tempat beliau. A hanya tersenyum dan merenung mata orang itu dalam-dalam dan bersuara selembut-lembutnya bagi menjelaskan perkara sebenar. Walaupun kepala A dituding-tuding dan diherdik di hadapan bosnya, A tetap tersenyum. Bagi beliau, tidak perlu meninggikan suara pada orang yang memang ego lagi sedang marah dek hanya mendengar hasutan dari oranglain. Akhirnya, orang itu memaafkannya walaupun A tidak meminta maaf pada mulanya kerana beliau tidak bersalah. Beliau tidak melakukan apa yang pekerja orang itu ceritakan. Bos si A yang bersikap profesional telah berjaya meredakan keadaan dengan perkataan MAAF. Alhamdulillah, berkat SABAR dan solat hajat, kemelut remeh temeh yang melanda berjaya diselesaikan tanpa A dipindahkan dari tempatnya bekerja.

KISAH DI TEMPAT KERJA

B berkawan rapat dengan kerani di tempat kerjanya. Satu hari, seorang rakan sekerjanya yang memang suka sibuk menjaga tepi kain orang telah menggelidah laci kerani itu dan membelek-belek gambar di atas meja kerani itu. Gambarnya itu agak seksi. Pada B,  itu hak peribadi, tak perlu dikeji-keji atau dicanang sana dan sini. Tetapi rakan sekerjanya yang memang bizibody telah bercerita hal gambar kerani itu ke sana dan ke mari. Oleh kerana tidak tahan telinga mendengar, B telah menasihati supaya kerani itu menyimpan gambarnya itu supaya tidak menjadi bahan bualan tanpa memberitahu si kerani siapa yang bercerita sana sini. Dek kerana terlampau geram, kerani itu telah menulis sekeping nota yang agak pedas. Yang membaca, pasti terasa jika membuat seperti yang tertera pada notanya. Rakan sekerja B terbaca dan mengherdik B "Aih, hang ka yang bawa mulut?". B dengan bengangnya berkata "sapa yang suka gelidah tempat orang? akak kan?". Kebetulan 2 orang rakan sekerja yang lain juga berada disitu. Yang seorang terdiam. Yang seorang lagi mengiyakan sahaja. Kerana mereka telah sedia maklum perangai rakan sekerja yang memang suka bizibody. Kebetulan ada perjumpaan kakitangan, B yang sakit hati kerana dituduh sedemikian terus mendiamkan diri, tidak hadir ke sesi perjumpaan itu walau dipanggil pihak pentadbiran berkali-kali. Sambil itu, B melakukan solat hajat. Memohon agar diberikan kesabaran agar tidak terlepas cakap. Akhirnya, di dalam sesi perjumpaan itu, rakan sekerjanya itu mengaku A 2 Z apa yang telah berlaku dan meminta maaf kepada si B atas kesilapannya menuduh itu. Ha...kan dah malu...habis semua orang di tempat kerja tahu sikap buruknya itu.

KISAH TALAM DUA MUKA

Merujuk kepada ENTRI INI pada contoh yang ke 2, B yang sabar dan rajin solat hajat telah ditunjukkan satu persatu siapa kawan, siapa lawan dan siapa talam dua muka atau bermuka-muka. 

Apapun yang berlaku, bersabarlah... dan berdoalah...

PANDUAN HIDUP, AGAMA, KISAH TAULADAN, Sabar, Solat hajat, Kuasa solat hajat, Kunci ibadah, Keutamaan sabar, Fadhilat solat hajat, http://www.blogieta.com/2013/03/sabar-dan-solat-hajat.html
Ehsan : Pakcik gugel. Teruskan berdoa... Doa itu senjata mukmin...

^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ 
Sesungguhnya, hidup ini ibarat roda... Jadi, usah menipu, menganiaya, memperlekeh dan mengaibkan orang. 1 hari Allah balas, tak kita yang kena, keluarga atau saudara mara kita akan terkena. Tak sama dengan apa yang telah kita lakukan kepada orang, mungkin Allah akan balas dengan cara atau musibah yang lain.
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. Salam,
    Benarlah apa yg di ceritakan. Setiap kesabaran dan keikhlasan pasti mendapat ganjaran Jika tidak di dunia ini, pastinya di akhirat. Mintalah pedoman dan pertolongan dari Allah agar kita sentiasa mendapat perlindungiNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar belaka ^__^. Allah maha mengetahui segala-galanya. Sabar sahajalah penguat jiwa

      Delete
  2. sesungguhnya sabar itu penuh dengan keindahan kak... ^_^ saya tau sebab saya pernah melaluinya dan masih melaluinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup memang perlu banyak bersabar ^__^

      Delete
  3. sabar sabar :) terima kasih share :)

    ReplyDelete
  4. adalah insan yang sabar ni..mungkin satu dalam seribu.
    kena banyak belajar sabar

    ReplyDelete
  5. Bersabar adalah jalan yang paling terbaik kak

    ReplyDelete
  6. Itu yang saya pegang kata-kata oleh mymom

    "Hidup Ibarat Roda"

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  7. sebut roda, teringin nak buat domain roda.my
    tapi tak valid pulak domain tu huhu :(

    ReplyDelete
  8. Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah
    s.a.w bersabda :
    “Tiada seorang mukmin yang ditimpa musibah,
    samada kepayahan, penyakit, kebimbangan, kesedihan,
    kesakitan mahupun dukacita sehingga duri yang
    dipijaknya melainkan semua itu pasti akan menjadi
    sebab Allah menghapuskan dosa-dosanya”.
    (Riwayat Ahmad)

    bersalah tanpa hadnya.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *