SEMALAM YANG KALUT

As salam

Semalam hari yang penuh dengan kekalutan. Kenapa? Sebabnya

1. Pagi hantar anak ke sekolah. Anak yang sulung dan nombor dua bersekolah ganti.
2. Sibuk seperti biasa setelah habis sesi berpantang anak ke lima. Sibuk melayan anak-anak makan pagi. Biasalah kan... Dah namanya Ibu... Tanggungjawab yang menyeronokkan walau kepenatan. Juga sibuk dengan baby yang dah 65 hari semalam
3. Memasak. Rasa-rasanya dah dekat setahun lebih tak masak-masak ni. Sejak alahan teruk semasa preggy anak ke lima sehingga berpantang. Ada lah masak juga, tapi tak berat. Setakat masak air dan goreng telur je... terukkan...? Nasi pun tak boleh bau. Inilah diri saya bila alahan time preggy. Redha je lah...

Masak apa hari ni?
Ala, sempoi-sempoi je... Sup tulang, gobis goreng dan telur dadar sahaja. Jadilah kan...

Kenapa masak harini? 1. Sebab dah lama naw tak masak. 2. Sebab abah datang baiki flush tandas yang dah rosak. Seronok dapat masak hari ni. Sila jangan gelakkan saya ya ^_^ Seronok sangat sebab dapat menjamu abah, anak-anak dan suami tercinta. 

4. Sibuk perbaiki blog yang sekejap anda semua nampak cantik, sekejap nampak buruk.... Alhamdulillah header NORATIQAH BINTI ADIB tolong siapkan atas permintaan saya tengahari tadi. Masa tu, memang saya sangat-sangat buntu dengan header. Sambil menyambil memasak di dapur, saya buka blog, terpampang ayat 'Request header, cursor dan banner dibuka!'. Apalagi... saya yang memang sedang kebingungan nak membetulkan header yang tak cantik walau telah berkali-kali cuba diedit, tanpa berfikir panjang, terus buka facebook dan request header difanpagenya https://www.facebook.com/budak.kecik.bermonolog. Bila lihat header yang telah siap tu, rasa nak melompat kesukaan. Hehe... rasa muda seketika bila lihat header tu. Terima kasih kepada beliau. Tak perlu beri password blog pun untuk siapkan header (sebab ada blogger pernah minta password blog saya untuk edit blog saya). Just minta sahaja apa yang diinginkan. Jom ke blog http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/ untuk berkenalan dengan beliau yang masih muda beliawanis lagi.

5. Selesai bab header... Timbul pula masalah di bawah ni... lihat yang arrow merah tu hujungnya tiada terpapar perkataan edit seperti selalu. Terlalu lebarlah pula... Puas saya godek-godek, akhirnya berjaya juga saya meletakkan header baru saya tadi. Tapi, kelebarannya tetap sedemikian adanya. huwwwaa...

6. Sekarang, saya masih lagi cuba membaiki semula blog saya yang tanpa sengaja telah terpadam bentuk sidebar melengkung yang berwarna dan border sekeliling post. Segala komen yang masuk, tak dapat telah saya paparkan buat masa ini cuma Blogwalking pun tak belum dapat lagi. Sedang edit coding yang terhilang. Sabar je la.... 4.33 tak siap lagi, sambung esok-esok pula...

Ada sesiapa yang tahu bagaimana nak kembalikan semula kepada asal masalah no. 5 di atas?

^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^
"Adakala terlalu berkeinginan akan kesempurnaan, akan menyebabkan beberapa kerosakan"

Comments

  1. huhu.. selamat menjalankan aktiviti harian kakak :)

    ReplyDelete
  2. walaupun sibuk camana pun kita tetap akan puas hati kalau buat sesuatu yang kita suka kan kak...=D

    ReplyDelete
  3. mcm pelik pulak header tu...

    boleh cuba alih kan ke tempat2 lain dulu lepas tu patah balik ke tempat asal baru dia adjust balik kepada bentuk sebenar....kot...mungkin jugak kena adjust dia punya width melalui html editor...

    entahlah sy tgk layout tu pon mcm dah lain daripada yg asal....mcm pernah gunakan template luar (selain blogger) sebelum ni...

    tapi sekarang dah ok kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.