- Siapkan pakaian anak-anak ke dalam beg pakaian untuk di bawa ke rumah pengasuh. Sebelum tidur, saya pastikan perkara pa...ling wajib ni disiapkan terlebih dahulu supaya tidak kelam kabut esok pagi nak bekejar ke tempat kerja ataupun nak berblogging (eh ni kerja juga tau...jangan tak tahu). Tidakpun, saya bangun jam 2 atau 3 pagi (kalau terjaga la, kadangkala terlajak juga. Sebab tu siapkan sebelum tidur).
- Bangun pagi-pagi, masak air. Wajib ni... Ni perkara utama yang arwah nenek sebelah emak dan arwah emak ajar kepada saya. Suami pun selalu pesan "bangun pagi je, terus masak air". Memang ini rutin antara kami berdua. Pastikanlah tangan dibasuh dahulu ya.
- Memasak (jika sihat dan ada masa sahaja). Alhamdulillah punya suami yang ringan tulang. Kadangkala, beliau pun tolong masak jika saya tak sempat. Masakannya, SEDAP... DAGING GORENG HALIA ni, beliau yang ajar. Sebab saya dah lama tak masak masakan tu. Sekali lupa resepi da...
- Sidai pakaian. Basuhnya mudah, masuk je mesin... Sidai pun mudah je. Tapi... nak melipat tu... hadeh... hai... Tu yang menimbun macam dalam KISAH INI. Upah orang pun, tak mungkin orang boleh siap melipatkannya kan. Jadi... sobar je lah kan... lipat jelah mana yang termampu... Yang paling seronokkan, anak-anak pun memang suka tolong lipat melipat kain baju ni. Kadang-kadang balik dari kuliah hari sabtu dan ahad, ada sahaja kain baju di luar drawer mereka yang dah terlipat. Rumah jangan cakaplah kan... dah anak-anak ramai, memang macam tongkang pecah juga dibuatnya. Suami cakap 'nak rumah kemas sentiasa, tak payah ada anak kecil la kalau macamtu...' Jadi, abaikan sahaja bab itu, asalkan kami sekeluarga happy...
- Study. Tak juga jadi rutin harian sebab selalunya, study awal-awal, mudah lupa. Selalunya tak berapa hari nak exam, barulah terhegeh-hegeh baca buku hehe... Tak elok gitu kan? Well... itulah ieta. Macam pagi tadi, asyik menyiapkan entri GA, suami dah tegur 'kan nak exam tak lama lagi?' Adus... terlupa lah pula... Alhamdulillah suami ingatkan.
- Blogging. Hah, yang ni wajib dah hari-hari semenjak nuffnangs yang selalu diklik-klik tu membuahkan hasil. Walau tak banyak, jadilah kan... sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit... hehe... bukan senang nak senang kan... Niat dihati ni... nak jadi macam blogger-blogger hebat ini... blogger REDMUMMY atau blogger BEN ASHAARI atau blogger Mialiana atau blogger HASRUL HASSAN takpun seperti blogger DENAIHATI (hanya menyebut beberapa nama blogger hebat). Menulis memang bukan kerana nama mahupun wang ringgit tapi setiap blogger harus ada impian dan tujuan untuk menulis. Lihat header blog ieta pasti jelas maksudnya.
Suri rumah sepenuh masa, multitasking, freelancer Lifestyle Blogger, markerter, content creator, berkongsi apa sahaja ikut suka hati dan keselesaannya.
12 March 2013
TANGGUNGJAWAB
10 comments:
DISCLAIMER
Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.
Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.
Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.
Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁
kalau rasa bosan..cube akak tuka cikit..bg ia lebih seronok :)
ReplyDeletehehe... tu, dlm n3 tu, akak dh bgtau, beritahu diri 'ini tanggungjawab' so, hilang la rasa bosan. takpun, g shopping... hehe
Deletebesar tanggungjawab tu kak. jgn abaikan ksihatan :)
ReplyDeleteinsha allah. terima kasih :)
Deletebanyaknya rutin harian. rutin harian insyaAllah merupakan ibadah dgn niat yg betul.
ReplyDeletebetul tu, teringat kata ustaz hadis nabi "setiap amalan bermula dengan niat" Moga dengan niat yg baik Insha Allah segalanya berjalan dgn lancar. Terima kasih ats panduan ^_^
Deletetahniah sebab brusaha mnjadi isteri terbaik :)
ReplyDeleteSentiasa berusaha. Terima kasih sudi singgah blog ieta ^_^
Deletemmg mencabar nak buat semua tu hari2....respek dengan kak ieta...
ReplyDeleteCabaran itu baik untuk menguji ketahanan mental dan fizikal. Biasa2 je... tu sebab dinamakan tanggungjawab ^_^
Delete