PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

MASA ITU EMAS!

As salam

Dah pagi rupanya... Semalam, seharian kelam kabut dengan pelbagai perkara. Pagi, bizi dengan baby dan layan anak-anak makan seperti biasa. Suami bizi membasuh pakaian di washing machine. Saya, kalut dengan baby, seterusnya kelam kabut bersegera ke bengkel kereta untuk baiki semula aircond yang masih tidak berfungsi selepas dibaiki hari Jumaat lalu.

Saya minta pekerja bengkel menghantar saya ke rumah mertua, kerana saya sekeluarga tidur di sana malam semalamnya. Selesai makan tengahari, sibuk lagi dengan baby dan layan anak-anak makan. Diam tak diam, jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kelam kabut bersiap untuk ke kelas di Kolej Siswa Jaya. Minta pekerja bengkel hantarkan ke sana sebab kereta tak siap-siap lagi. Tension... tension menunggu dan risaukan lewat hadir ke kuliah.

Sampai di kelas, 2 kelas digabung menjadi 1. Subjek Keusahawanan. Pada mulanya, amat membosankan. Selepas rehat selama 5 minit, aktiviti Ice Breaking pun bermula. Pensyarah mengarahkan kami membentuk kumpulan masing-masing untuk mencipta sebuah syarikat mengikut produk yang ingin dipasarkan dan mesti ada Moto, Visi, Misi, Logo, Jawatankuasa dan Trademark syarikat. Sungguh menyeronokkan. Kami berjaya mengeluarkan idea masing-masing. Saya dilantik sebagai ketua kumpulan. 

Seterusnya sesi pembentangan, berjalan lancar. Sebanyak 23 kumpulan telah tercipta. Sungguh kreatif semuanya. Akhirnya, pensyarah mengarahkan kami untuk membuat bussiness card berpandukan apa yang telah kami bincangkan dan bentangkan. Due date adalah pada 12/5/2013 ini. Harap sempat dan ada masa untuk saya siapkannya. Saya memang suka kerja-kerja berbentuk grafik ni walaupun tak lah pandai sangat...

Yang paling menyeronokkan, subjek Keusahawanan ini tiada final exam. Markah dikira berdasarkan penglibatan diri dalam aktiviti berkumpulan disetiap kali pertemuan kelas dan sesi pembentangan. Yiiiihaaa....  I like... it! Hosnestly, dalam banyak-banyak subjek lah kan... subjek ni saya paling enjoy. Sebab dapat bertukar-tukar idea tentang dunia bisnes.

Setelah melalui kelas Keusahawanan ni, minda saya dipenuhi pelbagai idea untuk meneruskan segalanya. Tambahan pula, saya dilantik oleh ahli kumpulan sebagai ketua. Begitu juga dengan subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS), saya juga dilantik menjadi ketua. Saya merasakan saya tidak bijak tetapi bila dilantik oleh rakan-rakan yang merupakan ahli kumpulan, saya tidak berupaya menolaknya. 

Faktor yang menyebabkan saya tidak berupaya menolak menjadi ketua kumpulan 2 subjek di atas pada semester ini :
  1. SAYA AKAN MENEBUS KEMBALI SEGALA YANG TELAH SAYA LALUI. 
  2. SESUNGGUHNYA, SAYA TELAH DITAKDIRKAN MENJADI KETUA WALAU DIMANA SAYA BERADA DARI BUJANG DAHULU SEHINGGA KINI.
  3. BUKAN NAK BANGGA TETAPI, SAYA SEBENARNYA BERUPAYA MENJADI INSAN GEMILANG, CEMERLANG DAN TERBILANG DIMATA DUNIA WALAU APAPUN YANG TELAH SAYA LALUI, WALAU APA PUN YANG TERJADI. 
  4. KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN OLEH SESIAPAPUN KEPADA SAYA, AKAN CUBA SEDAYA UPAYA SAYA LAKSANAKAN WALAU SAYA RASA SAYA TAK HEBAT.
  5. INI ADALAH CABARAN UNTUK SAYA TERUS MAJU KE HADAPAN DALAM MEMBENTUK DIRI YANG LEBIH CEMERLANG! 
  6. SAYA SUKAKAN CABARAN!
  7. SAYA YAKIN, SAYA BOLEH!
Sesungguhnya segala yang berlaku adalah takdir Allah S.W.T. Allah yang menggerakkan hati-hati seseorang itu untuk membuat pilihan masing-masing. Pilihan, ditangan sendiri...

Akhir kata, maafkan saya tidak dapat membalas komen rakan-rakan blogger di dalam entri saya kerana buat masa ini, saya lebih suka untuk meneruskan blogwalking jika ada masa. Tapi, bagaimana nak blogwalking andai letak nama sebagai Ananymous dengan link web yang tak betul...? Kala ini, MASA ITU EMAS!


Terima kasih kepada semua silent reader blogger, rakan blogger yang rajin komen, rakan facebook serta rakan sekuliah yang sudi memberi semangat dan sudi membaca di dalam blog saya. Tanpa anda semua, blog ieta tak mungkin dikenali dimata dunia walau tidak sehebat manapun blog dan diri saya ini.
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. memang ada bakat menjadi leader, mungkin tidaknampak pada pandangan mata sendiri tetapi mata orang lain dapat melihat bakat tersebut.

    ReplyDelete
  2. takde final exam??? waa... best2.. sebab sy kadng2 waktu final tu laa yang ade problem. TITAS pon akak amek jugak... best2. Hehe

    ReplyDelete
  3. memang benar apa dikata.. MASA ITU EMAS.. hee2.. singgah sini jap.. mcm lama dh x singgah sini..

    ReplyDelete
  4. Anda punyai keyakinan diri yg tinggi. I like it....!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Banyaknya komitmen...belum lagi di dunia maya, dgn blog, FB, Twitter G Komuniti dan lain2... Jgn yg dikendong tak dapat.
    Buat yg terbaik...Yakin diri sendiri anda boleh. Menghampakan seseorang itu tidak baik, tidak kiralah ianya di depan mata atau di alam maya. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih the malay male dan en. Hanif Idrus. kata2 sdra berdua lebih menguatkan semangat sy :)
    Tenku Butang : mmg dh lm pun, takpe2 akak fhm... :)
    Amirul Ramli : mmg best. blom prnh takde final. TITAS subjek wajib ambil ms short sem bg kami student PJJ. Thanks a lot sudi singgah sini :)
    Bin Muhammad : Tu lah tu, sll terkejar2 nak buat itu ini tp sll listkan so, setakat ni blom lg ada yg dikendong berciciran. hehe... thanks a lot sudi singgah ya :)

    ReplyDelete
  7. When Allah brought you to it, Allah will get you through it. InsyaAllah ^^ baru follow sini.

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Kita mungkin rasa kita tak layak, tapi orang lain mungkin nampak kelebihan kita kak :)

    Selamat menjalankan segala amanah dan tanggungjwb dgn baik. :)

    ReplyDelete
  9. hmmm tu lah banyak betul benda nak buat ye kak...apa2 pun sy doakan semuanya dipermudahkan....

    ReplyDelete
  10. @ammelia yusoff :That's true. Thanks for being my blog follower :)
    @Tinta Lana : Terima kasih. Semua itu pinjaman dari Allah. Syukur kpdnya :)
    @Hatimi Tahirruddin : Sekadar berkongsi cerita. Terima kasih ats doa :)

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *