BERPINDAH

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Hari Jumaat lalu, Guru Besar datang dan menunjukkan Memo dari Jabatan tentang perpindahan yang ku sifatkan sebagai perpindahan besar-besaran guru-guru sejabatan.

Salah seorang nama dari sekolahku yang tertera adalah namaku. Aku menerima perkhabaran itu dengan pelbagai rasa. Ini kerana Guru Besar baruku ini merupakan seorang bos yang amat profesional dalam menangani pelbagai perkara, penuh diplomasi bila berbicara dan guru besar yang beretika. Aku amat menyenangi bekerja di bawahnya.


Aku telah diarahkan untuk mengambil surat perpindahan ke sekolah mana pada hari Isnin antara jam 10  pagi hingga 12 tengahari di jabatan (beberapa jam sahaja lagi dari waktu aku menaip entri ini pada jam 2.17 pagi). Hati berdebar untuk mengetahui ke manakah aku bakal dipindahkan. Memang aku pernah memohon untuk berpindah, tetapi sungguh tidak menyangka perpindahan dilakukan di pertengahan tahun sebegini ketika aku sedang bersemangat waja untuk membaiki kelemahan murid-muridku di dalam bacaan al-quran memandangkan murid-murid kelasku tahun ini adalah murid kelas C.

Walau ada sedikit kesedihan bila melihat seorang rakanku yang menangis disebabkan 2 orang rakannya lagi merupakan rakan karibnya, aku juga tidak dapat menahan dari menitiskan airmata kerana aku telah mula sayangkan murid-muridku setelah 70 hari bercuti sempena melahirkan anak ke 5 ku. Apatahlagi bekerja dengan bos yang baik, buat hatiku berat untuk melangkah pergi. Namun demikian,  perpindahan ini merupakan hijrah ke arah kebaikan yang lebih baik. Hijrah merupakan pengorbanan. Walau di mana aku dicampakkan, Insha Allah kerjaku tetap berjalan seperti biasa. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.


Comments

  1. tak pe..semoga akak boleh buat yang terbaik di sekolah baru nanti

    ReplyDelete
  2. Harap dapat menyesuaikan diri di tempat baru dengan kadar yang cepat.

    ReplyDelete
  3. semoga ditabahkan hati dengan perkhabaran ini. Benarlah, pasti ada hikmah yang tersembunyi yang DIA telah tentukan buat sdri. Redha sajalah ye..:)-

    ReplyDelete
  4. kuatkan semangat cikgu Ieta, kat mana kerja pon sama saja..kekhlasan berbakti itu penting dan ibadah itu suatu kewajipan. semoga ceria di tempat baru nanti..

    ReplyDelete
  5. Semoga cikgu cekal mengahdapinya...masih ramai yg memerlukan khidmat cikgu tuh yer...Insya Allah semuanya akan lebih baik...

    ReplyDelete
  6. memang sedih meninggalkan kawan2 yang dah rapat dengan kita tetapi perpindahan ke tempat baru akan membuat kita merasa segar dengan suasana dan pentadbiran baru..

    ReplyDelete
  7. selamat berpindah ke sekolah baru :)

    ReplyDelete
  8. Sedih lak aku baca entru ni..
    Tapu mana2 pun sama kan...utk mryumbang bakti kpdcanak didik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy lg sedih nak tinggalkan murid2 sy yg sy sayang & rakan2 sekerja yg rapat dgn sy. Tapi takpe, ini semua menguatkan semangat sy. Berpindah utk menyumbang bakti sementara masih bernyawa :)

      Delete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.