Dari facebook blogger Ben Ashaari pula, saya ingin berkongsikan kisah Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...
Biasalah kan... solat ini memang payah untuk dilaksanakan walau muda, tua ataupun siapakah kita. Selamat membaca ^__^
Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.
MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..
Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..
Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40
Dan Doa adalah ...
رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ
"Rabbi-Aj'alni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"
[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
InsyaAllah... Jom Amal
Dari:azlina malek
Cikgu ieta Blogger, Social Media Influencer, Coaching Online Smart Trading
Hai.
Saya Cikgu ieta.
B'Fly Manager.
Bisnes saya banyak. Kini saya lebih fokus kepada Personal Coaching Blogging Basic hingga Advance dan train Dropship dan Agent² saya.
Saya merupakan Affiliate Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura.
Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online.
Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp.
Ada 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government.
Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017.
Kini Suri Rumah sepenuh masa. Bermula 14/9/2017, saya nekad meneruskan kerjaya sebagai Full Time Blogger (Social Media Influncer).
Saya juga seorang Motivator Nasihat Niaga.
Channel :
T.me/cikguieta
T.me/mindaniaga
Insha Allah boleh diamalkan untuk didik anak supaya hatinya lembut untuk beribadah...
ReplyDeleteSilakan :)
Deletekita berdoa dan teruskan nasihat. akan dtg akan solat juga anak2 tu nanti.
ReplyDelete*salam ziarah
Terima kasih sudi ziarah:)
Delete