PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KENAPA KOMEN JADI SPAM ?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Klik je link pengomen Anonymous tu, memang terus ke laman web iklan. Sebab tu lah komen blog saya, saya tapis....
Dah beberapa hari entri ini tersimpan dalam draf tak dapat dipamerkan dek sebab kekangan masa kerja dan urusan keluarga yang perlu diutamakan.

Banyak komen tak berkaitan entri.

Sebenarnya banyak komen yang masuk ke dalam folder spam blog saya saban hari. Selalunya saya terus delete tapi sekarang ni, saya baca dahulu, mana yang saya rasa bukan spam, saya terus pamerkan untuk saya balas dan blogwalking ke blog pengomen.

Komen dihantar ke folder spam disebabkan beberapa perkara. Seperti contoh komen-komen berikut :

Komen pertama dari Anonymous
"ωhoah this ωеblog is great i like readіng yоur aгtіcles. Keep up thе greаt work! You reсognіzе, lots of people are looking аround fοr this info, you could help them greаtly. Ϻy blоg post www.123mua.vn " pada entri  KISAH NYATA KEAJAIBAN-KEAJAIBAN DI JALUR GAZA ... dari  Anonymous pada 31/3/13.

Entri saya KISAH NYATA KEAJAIBAN-KEAJAIBAN DI JALUR GAZA ini memang banyak sangat dapat komen dari Anonymous. Entri ini saya buat semasa saya naif tentang cara berblogging yang betul. Sebab itu tidak dinyatakan sumbernya. Saya pun dah lupa entri ini pernah ada. Hehe.... Bagi pengomen yang meletakkan nama sebagai Anonymous, memang selalu e-blogger anggap ia sebagai spam. Di bawah ini websitenya. Mungkin link iklan, sebab itu juga e-blogger spamkan komen ini.

Komen ke dua dari Anonymous
"This question must have been asked for a great many times, but you need to think of it over and over agin so that you can create some accessible ideas for you to wisely learn it. In addition, you'll want a teacher who has taken the time to become certified. The educational system in Saudi Arabia is an issue only discussed and decided by its royal rulers. my webpage: www.linguanor.net" pada entri KISAH NYATA KEAJAIBAN-KEAJAIBAN DI JALUR GAZA ... juga dari Anonymous pada 2/4/13.

Pengomen ini juga menggunakan nama yang sama "Anonymous". Juga meletakkan link webpagenya pada komen. Tak tahulah saya link apakah ini. Tapi dari komen yang diberi seolah-olah telah berkali-kali si anonymous ni hantar komen yang sama. Macam nak paksa je kan?
Komen di ruang sembang
Komen chatting di chat room 1 masa lalu yang dah lama saya padam untuk mendapatkan komen berkualiti dari pembaca yang sudi komen berkaitan entri.
Komen ke tiga dari Anonymous
"Hurrah, that's what I was seeking for, what a information! existing here at this blog, thanks admin of this web site. Here is my web site: rap music" pada entri saya SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta juga dari Anonymous bertarikh 3/4/13. Anonymous yang ini, langsung saya tak faham apakah kehendaknya sebab bila saya pergi ke web sitenya. Yang ini yang keluar.
Tak tahulah apa kehendak anonymous ni....Tak kuasa akak dik... nak google-google benda yang samar-samar tak ketahuan puncanya...
Komen ke empat dari Anonymous
Yang ni yang tak menahan tu. Sebab entri saya bab agama tapi si Anonymous ni, datang dari webpage viagra. Hadehla... konfem-konfemlah saya takkan jengah. Hadoih...

"Υour rеpοгt haѕ verified useful to us. Ӏt’s quіte helρful and you're certainly quite knowledgeable of this type. You possess opened my personal eye in order to different thoughts about this particular topic together with interesting and solid content." Feel free to surf to my web page - viagra online Also see my webpage > buy viagra online" pada entri saya KONSEP MASLAHAH DALAM SYARIAT DAN PERLAKSANAANNYA DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA dari Anonymous pada 5/4/13

Pada blogger yang ingin berkongsi ilmu kenapa komen jadi spam? Bolehlah dan amat saya alu-alukan mengomen diruangan komen di bawah. Terim kasih sudi berkongsi ilmu ^__^
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 orang yang sudi komen:

  1. saya pun pernah dapat komen spam.. nasib baik ianya telah diasingkan dalam folder spam..

    ReplyDelete
  2. memang banyak pun kak... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. komen spam mmg biasa...bila dia dah automatik masuk folder spam tu kira baguslah...maksudnya sistem blogger.com dapat berfungsi dengan baik....blog sy pulak komen kawan2 yg masuk ke folder spam tu...tapi sekarang dah ok dah....semenjak ada spam yg betul2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga komen kawan2 blogger masuk ke spam tp tak banyak sgt. adala dlm 1 je komen yg masuk spam. komen spam yg betul2?camne tu ek? nak kena bljr ni... hehe

      Delete
  4. Banyak juga terima komen spam yang kandungannya sama shj dan diulang-ulang banyak kali seolah2 dilakukan oleh komputer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Mungkin mesinkan? Iya juga tu.

      Delete
  5. blog saya malah link bertebaran dalam komentar... seberapa bahaya sih sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah terbaca, google akan detect sebagai blog spam jika banyak link hidup atau link yang mati di ruangan komen.

      Delete
  6. Yang ketiga tu saya pun biasa dapat..

    kalau betul betul nak halang comment spam ni guna captcha.

    Captcha yang jenis bergambar lagi baik saya rasa.

    Lebih baik je lah, tak semestinya ok...sebab biasa software software yang diorang guna buat comment spam ni pun ada juga function yang cuba nak selesaikan captcha, biasanya software spamming ni akan link dengan captcha solver macam ni, deathbycaptcha.com. Saya pun pernah beli sebelum ni. huhu...tp dulu...

    Contoh macam software spamming ialah macam gsa ranker, scrapebox, gscraper, Xrumer ( rasanya sudah tenggelam )ni mana yang saya rasa masih ingat..ada banyak lagi ni...

    Yang viagra tu...ehem ehem...saya tak pasti kalau platform blogger, tapi kalau wordpres ada satu box yang kalau kita letak apa apa perkataan dalam box tu, contoh macam kita tak nak comment yang ada keyword "viagra", function tu yang akan automatically buatkan ia sebagai spam link. So tak perlu lah nak check satu satu kan.

    Saya ni cakap je, saya sendiri pun tak buat lgi...malas..tak pe..nanti saya buat... :)

    ReplyDelete
  7. setiap blogger pasti benci yang namanya Spam ... jadi berkomentar lah denagan baik dan sopan

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *