PENGUMUMAN PEMENANG SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Hampir terlupa... Hari ini merupakan hari terakhir segmen julung kali yang telah saya adakan selama 2 bulan.
Alhamdulillah telah selesai. Di luar jangkaan saya, 13 orang peserta telah sudi menyertai segmen ini. Saya bersyukur kerana entri segmen ini telah berjaya mendapat 6 kali 'like' dari ahli G+, seramai 66 orang telah komen termasuk saya yang membalas balik komen di dalam entri segmen dan seramai 511 orang (sehingga jam 12 tengahmalam telah membaca entri segmen ini yang sekaligus membawa pembaca terus kepada blog peserta. Secara tidak langsung telah meningkatkan jumlah pageview saya yang semakin hari semakin bertambah pembaca senyapnya mahupun pembaca yang sudi meninggalkan jejaknya.

Melalui segmen ini, saya juga merasakan satu kejayaan buat saya kerana, ada blogger yang telah mengikut jejak langkah saya meletakkan senarai nama peserta di dalam satu entri segmen / GA tanpa perlu klik ke page yang lain. Sebagai makluman, segmen ini saya buat tanpa meniru mana-mana segmen ataupun GA. Sememangnya saya gembira bilamana sesuatu yang saya buat itu, dapat memberi idea atau bermanfaat kepada orang lain. ^__^

Melalui segmen ini juga, oleh kerana saya blogger yang baru belajar, maka pengalaman berharga ini memang amat saya hargai. Banyak perkara telah saya pelajari darinya.

Agak sukar untuk saya membuat pilihan pemenang. Oleh kerana saya tidak mahu berat sebelah dan berlaku adil, maka saya telah menggunakan kaedah memilih pemenang melalui random.org. Berikut adalah hasil cabutan dari random.org :


Pemenang pertama yang bertuah jatuh kepada peserta ke 13 iaitu pemilik blog umikasum.blogspot.com a.k.a +Yumida Huda. (Nantikan review khusus untuknya seperti yang saya telah janjikan).

Pemenang ke dua ialah peserta ke  6 iaitu pemilik blog misteriomuchacha.blogspot.com a.k.a +cik yaya .

Pemenang ke tiga pula ialah peserta ke 5 iaitu pemilik blog pakciklie.com a.k.a +PakcikLie PCL .

Tahniah kepada ke tiga-tiga peserta yang telah berjaya dan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana telah sudi memeriahkan segmen saya dan sudi menyokong blog ieta. Para pemenang, sila pm nama dan alamat penuh difacebook saya untuk saya poskan hadiah (tak add saya difacebook pun tak mengapa, masih boleh tinggalkan mesej diinbox, selewat-lewatnya 30/4/2013). Terima kasih ^__^

Insha Allah saya akan review umum peserta yang telah sudi menyertai segmen saya ini secara berperingkat apabila kelapangan masa. Mohon maaf jika terkasar bahasa sepanjang saya berblogging.

^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^ ^__^

Belajar diam dari banyak berkata-kata. Belajar memaafkan walau hati terluka. Belajar senyum dan sabar walau dicerca...

Comments

  1. alhamdulillah..terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. wah menang apa ea.. t.kasih ieta.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    thanks akak
    tahniah pd yg lain jg

    ReplyDelete
  4. wasalam.. alahai tak sempat nak join, tak ada rezeki.. tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya mencapai matlamat. :) Tahniah pada yumida, cik yaya dan jugak PCL menjadi yang bertuah untuk segmen ini :)

    ReplyDelete
  5. wah ada pemenang rupanya segmen ni...sy terlepas nak join...(hihi...padahal takde apa nak komen pon pasal blog ni...)

    sepanjang tempoh segmen tu sy tgk blog kak ieta ni byk berubah...dari template lama kpd yg skang ni....border2 kat sidebar tu pon dah makin cantik...:)

    apa2 pun tahniah kepada semua pemenang...

    ReplyDelete
  6. salam ieta :)

    tahniah pd eita sbg penganjur dan kepada para pemenang...:)

    p/s: entry keputusan GA..dah dipublish :)

    ReplyDelete
  7. tahniah pada pemenang.tak da rezeki lagi.hehe. :)

    *ha'ah akak,tengah sedih.huwaa~jemput laa join contest dari saya :)

    http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/contest-header-paling-meletop-2013-by.html

    ReplyDelete
  8. Takde rezeki. Tahniah buat pemenng.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih En. Timi, cik Yaya, PCL, cik Yumida & cik froggie (tak tau nk panggil apa) kerana sudi singgah sini dan komen :)

    ReplyDelete
  10. tahniah untuk yg meng ^_^

    ReplyDelete
  11. tahniah untuk semua pemenang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.