PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

TIPS BLOGGING DARI NUFFNANG



Selamat pagi Boleh beritahu tips blogging dari Nuffnang yang bagus kepada saya? Terima kasih ^__^

Ini jawapannya :

Terima kasih kerana menulis kepada kami! Malangnya, tidak ada formula untuk apa yang dianggap sebuah blog yang baik. Kita hanya boleh mengesyorkan bahawa anda blog tentang apa yang menarik minat anda, dan pembaca yang berkongsi minat yang sama akan tidak sabar-sabar untuk melawat blog anda. Jangan juga ambil perhatian bahawa pengiklan cenderung untuk menjauhkan diri dari blog yang menyentuh tentang politik kerana mereka tidak mahu dikaitkan dengan sokongan sesiapa berikrar untuk mana-mana bidang politik. Blogs tanpa kandungan asal (COPY PASTE DI LARANG) juga tidak akan menarik banyak pengiklan secara umum. Untuk tips blogging, kami mengesyorkan anda mencari Google untuk ilham. :) Harap ini dapat menjawabkan pertanyaan anda, dan selamat berblogging! :)


TIPS BLOGGING DARI NUFFNANG
TIPS BLOGGING DARI NUFFNANG
Merujuk kepada jawapan Nuffnang tentang blog yang menyentuh tentang politik, saya tidak suka politik bukan kerana saya anti politik tetapi, saya tidak sukakan cara sesetengah orang berpolitik yang hentam sana hentam sini demi meraih undi. Bukankah lebih baik menerang daripada menyerang? 

Tahukah anda, ada pihak yang bertepuk tangan dan tersenyum riang melihat sesama bangsa bercakaran, bertelingkahan, tuduh menuduh, caci mencaci dan bermasam muka disebabkan fahaman politik yang berbeza? Bukankah lebih baik kita bersama menggembeling tenaga dan berusaha untuk terus memperbaiki taraf kehidupan kita dan memperindahkan akhlak kita daripada terus berpolitik sedemikian? 

Sebab itu, saya bencikan politik. Sebab itu juga, setelah sekian lama saya berblogging, saya tidak suka meletakkan sebarang entri tentang politik di dalam entri saya. Jawapan ini merujuk kepada pertanyaan beberapa orang rakan kepada saya "kenapa tidak buat entri politik" dan pertanyaan "kenapa tak suka berpolitik?. Seingat saya, hanya 2 sahaja entri saya pernah buat tentang politik. Itupun kerana saya musykil dan pelik dengan apa yang saya terbaca tanpa sengaja ketika mencari bahan untuk assignment saya.

Dunia blogging saya, lebih baik saya bercerita tentang hal anak-anak saya atau hal semasa saya mengajar atau saya buat entri bersajak atau berpantun. Namun untuk saya buat entri khusus untuk sesebuah badan politik, tidak sama sekali. Ini pegangan saya. Harap hormati pegangan saya ini. Sekian, tips blogging dari Nuffnang. Terima kasih.

Nota : Saya hanya suka dan cintakan politik cara Rasulullah. Tiada sebarang suapan, tiada sebarang kejian dan tiada sebarang ancaman terhadap mana-mana manusia yang hidup dimuka bumi milik Allah ini. Alangkah bagusnya jika berpolitik cara Rasulullah... Bukankah Islam is a way of life...? Cara siapa lagi jika bukan cara Rasulullah perlu kita ikut?
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. salam.. betul tu.. Rasulullah SAW role model kita dalam segenap aspek kehidupan termasuklah berpolitik.. ^_^

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pandangan sdri. POlitik di Malaysia, terkadang tu sukar diduga.perlu ambil tahu tentang politik negara tetapi jika mahu beri pendapat dan pandangan,perlu kajian mendalam danpemerhatian menyeluruh.salam perkenalan dr saya..:)-

    ReplyDelete
  3. jemput join..

    http://bondaqalish.blogspot.com/2013/04/big-giveaway-idola-saya-by-nurul.html

    ReplyDelete
  4. saya pun.. tak yah laa sampai nk bergaduh bagai...
    btw, nice sharing

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ieta...alhamdullilah info menarik...;)

    ReplyDelete
  6. betultu dear..tak perlu nak riak2 bila ade kuasa...nak tunjuk hebat.,,biar dimata Allah...kerana Allah lah juri yang paling hebat..

    ReplyDelete
  7. hihi berbelit nak fahamkan ayat dari nuffnang tu....

    tapi isu politik ni bergantung kpd org yg menulis dan membaca tu....kalau ada fakta atau hujah2 yg betul, tak salah nak menulis...

    ps: wah sudah tukar template baru nampaknya... :)

    ReplyDelete
  8. Saya paling benci semua perkara dicampuradukkan dengan politik...politik biar dengan cara politik..tapi saya maengharapkan agar suatu hari nanti kita sesama muslim bersatu demi agama...amin

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *