19 April 2013

TIPS MENJADI ORANG YANG CEMERLANG

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Sebelum BERPINDAH dari sekolah, saya telah memberi 3 tips ini kepada murid-murid saya sewaktu diminta berucap di dalam perhimpunan sekaligus mengingatkan diri saya.

1. Sentiasa berfikiran positif
Contoh: Bila diumpat atau dikeji atau difitnah, beritahu pada diri "tak mengapa, dia beri pahala kepadaku dan jika aku tiada pahala, dia mengambil dosa-dosaku". Senyum dan tak perlu menyerang orang yang mengeji, memfitnah atau mengumpat kita.

2. Utamakan yang penting dari yang penting
Contoh 1 : Bermain bola penting untuk kesihatan tetapi peperiksaan yang menentukan masa hadapan amat penting. Jadi, pilih utamakan peperiksaan. 
Contoh 2 : Facebook dan blogging penting untuk menambahkan pendapatan atau menambahkan kenalan tetapi buat kerja lebih penting dari berfacebook atau berblogging sewaktu ditempat kerja kerana gaji yang diperolehi akan menjadi darah daging sepanjang hayat.

3. Buat yang betul, jangan buat yang tak betul
Contoh : Bila belajar hendaklah dengan bersungguh-sunggah tetapi jangan sesekali meniru semasa peperiksaan. Kesannya adalah untuk jangka masa sepanjang hayat kerana keputusan peperiksaan yang didapati itu akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan jika lulus atau cemerlang. Hasil dari gaji pekerjaan itu, pasti menjadi darah daging. Jadi, usah dicemari perkara yang betul dengan perbuatan yang tak betul.

Walau dimana sekalipun kita, 3 tips ini perlu diterapkan di dalam minda agar terus maju disamping memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kerjaya dan kehidupan. Jujur dan amanah itu penting supaya sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Mudah-mudahan dengan berhijrahnya saya ke tempat kerja yang baru, jati diri saya akan terus meningkat dan akan sentiasa terus berusaha untuk menjadi yang terbaik walau saya tahu bahawa untuk menjadi yang terbaik memerlukan kekuatan diri dan semangat yang tinggi.


Moga bermanfaat. Mohon maaf di atas kekasaran bahasa atau terguris hati di atas kata-kata di atas.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?