PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

10 LANGKAH UNTUK MENGHINDARI RASA MARAH

As salam,

Demam PRU13 masih melanda di mana-mana. Sebaiknya, elakkan caci mencaci dan memaki hamun even taksub terlampau terhadap parti yang diyakini. Budi bahasakan budaya kita...

Kepada yang menang, tahniah kerana menjadi pilihan rakyat. Teruskan perjuangan anda dalam menegakkan yang hak dan menghapuskan yang bathil. Paling penting, teruskan bekerja untuk Rakyat yang telah memberi sokongan buat anda tanpa mengira bangsa dan agama. 

Kepada yang menang dengan cara tidak sewajarnya, SYABAS dan TAHNIAH juga kerana anda masih menjadi pilihan Rakyat. Di dunia anda bebas bermaharajalela, di akhirat pasti tidak terlepas.

Kepada yang kalah, pasti ada hikmah disebalik kekalahan. Bersabarlah, usah marah-marah. Kepada yang kalah atas sebab yang tidak sewajarnya, sila ajukan kepada pihak yang berkaitan dengan bukti yang kukuh tanpa perlu semberono mengeluarkan kenyataan yang boleh lagi mengeruhkan keadaan dan memburukkan nama parti anda

Aish... panjangnya intro saya... Jika saya tersalah, harap dimaafkan.


Berkaitan dengan marah, MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah:“Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

10 langkah untuk menghindari rasa marah.

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Terima kasih adik Nur Aneesa atas perkongsian amat bermanfaat ini

PILIHANRAYA DAN PROVOKASI
KENAPA DAP MENGUASAI PRU13

hmmm... patutlah rakyat jelata marah sangat... lihat BANGGA BILA MENANG DALAM PENIPUAN DAN KEGELAPAN? MENYIRAP DARAH TENGOK ENTRI NIH... Sabarkan aku Ya Allah...
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

  1. Thanks kak sebab share. Alhamdulillah InsyaAllah negara kita akan aman sentiasa :)

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *