PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

11 THINGS ABOUT ME

As salam.


Rasanya, ini kali ke 2 saya di tag dengan soalan. Tapi kali ni, soalan berbentuk game. Kali ini saya ditag oleh +cik yaya. Kiranya ni macam memperkenalkan diri saya lah ni kan...
Syarat-syarat game

1. Post these rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the 11 questions the tagger have set for you
4. Create new 11 questions for those you want to tag
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
6. You are not allowed to tag back.

11 THINGS ABOUT Pn. Ieta
  1. Suka warna biru, pink, hijau dan purple yang lembut.
  2. Cembeng (mudah nangis) tambah-tambah kalau nampak orang menangis.
  3. Suka tangkap gambar tapi jarang publishkan.
  4. Saya gila blogging tapi saya tidak gila. Ahaks...
  5. Kategori cekap menaip. Boleh la... Sebab dulu masa sekolah menengah ada ambil kursus menaip. Kalau tengok huruf, cikgu ketuk tangan ngan kayu. Terima kasih cikgu.
  6. Orang kata saya garang. Pi memana pun orang takut. Tapi ada yang puji sebab cara  saya tu boleh kontrol murid.
  7. Berpegang pada falsafah buatan sendiri "Life is easy when you make it easy. Don't making trouble if you don't want any trouble"
  8. Tak suka lagu yang boleh mengalirkan airmata, melunturkan semangat dan jiwa. Tapi lagu Barat, layan... Suka lagu Hidustan walau tak faham makna... Boleh terbuai-buai dibuatnya... Sangat suka lagu rancak dan suka juga dengan muzik ala-ala heavy metal... Paling suka, alunan merdu Imam Makkah membaca al-quran. hehe... Orang kata saya 'ustazah rock'. Lucukan?
  9. Saya suka berkawan, tak kisah dengan siapapun. Tapi, sekali orang buat khianat, sampai mati saya ingat. Cuma tak dendam la... Tak baik berdendam :)
  10. Suka tolong orang tambah-tambah kalau orang tu susah. Sampai pernah kena tipu. Hehe...
  11. Akhir sekali, pantang sekali kalau orang duduk tempat saya dan tangan tak reti duduk diam lepastu, tak minta izin ambil barang saya.
Sekian, serba ringkasnya sahaja ^__^ 

pss... +cik yaya , nombor 2 dan 11, kita samala...

Ni soalan dari +cik yaya kepada saya :
1. Korang rasa yaya ni macam mana? sombong atau sebagainya?
    J: Yaya tak sombong. friendly. Yaya ni salah seorang pengomen tegar blog saya tau... :)
2. Apa makna disebalik nama korang?
    
J: Tukang sikat puteri Firaun
3. pernah tak tersalah tegur sesiapa then apa yang korang buat serta rasa?
    
J: Minta maaf than salam (kalo perempuan)
4. Kalau korang marah kat someone, apa yang korang akan buat.
    
J: Membebel dalam bahasa Inggeris ataupun pujuk diri dengan berfikiran positif.
5. Minyak wangi, yang kuat atau yang lembut?
    
J: Bergantung pada keadaan tapi selalunya yang lembut menjadi idaman.
6. Anak mak atau anak ayah?
    
J: Anak arwah emak & abah
7. Kalau rindu seseorang, apa u all buat?
   J: Ambil wudhuk dan solat takpun, menangis je la... takpun bagitau dunia fb sy rindukan arwah emak saya... huhu...
8. Pernah nangis depan umum tak sebab terlalu sedih sangat tak boleh tahan dah.
    J: Selalu.. huhu...
9. Kenangan yang paling manis dalam hidup korang yang korang tak mungkin dapat lupakan?
    J: Bertemu dengan encik husben seperti yang saya pernah cerita dalam ENTRI INI
10. Kalau korang minat seseorang, apa korang buat? (ok soalan pelik)
    J: Luahkan & selalu tegur dia. hehe... terkenang zaman gila-gila remaja dulu...
11. Kereta apa yang korang suka sangat?  
  J: Of course Hyundai... Kereta idamanku... tapi setakat ni, Myvi je yang termampu... Alhamdulillah...
JOM BERKENALAN DENGAN CIK YAYA

Soalan saya untuk blogger yang saya nak tag ni :
1. Apa rahsia awet muda anda?
2. Pernah dapat income dari dunia blog? 
3. Cerita la apa rahsianya...?
4. Nama penuh anda?
5. Siapa idola anda dalam berblog?
6. Secara jujurnya, apa pendapat anda tentang saya?
7. Warna yang anda suka?
8. Muzik kegemaran anda?
9. Perkara yang paling menggembirakan anda?
10. Perkara yang paling anda benci?
11. Apa nama gelaran anda masa zaman bebudak dulu?

Blogger yang saya suka... sangat hati nak tag :

  1. +Nick Nashram 
  2. +HASRUL HASSAN 
  3. +Hatimi Tahirruddin 
  4. +Mar Haini Abdul Rahim 
  5. +Nao Mei 
  6. +Mia Liana 
  7. +Mas Zull 
  8. +Nurmujahidah Ismail 
  9. +Arul chelsea 
  10. +Redzuan Ali Mohammed 
  11. +kopi pasta 
Ikut hati, ramai lagi saya nak tag. Tapi syarat game ni 11 orang je. Jadi, kalau dah jawab soalan jangan lupa kongsi dengan saya tau... have a nice day!!
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 orang yang sudi komen:

Post a Comment

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *